Tuesday 29 May 2012

WAHAI TENTERA AR RAHMAN, INI BEKAL MU..!







Syukur
alhamdulillah, beberapa hari yang lalu saya telah mendapat tamparan hidayah yang hebat daripada ALLAH SWT.



Syukur yang tidak terhingga...

Sesungguhnya diri ini sangat terharu dan tersentuh dengan ingatan yang diberikan NYA 
sedangkan 
masih berlambak manusia di luar sana, 


namun DIA masih ingat pada diri ini.
DIA masih memandang pada hati ini yang terlalu banyak leka dari mengingati NYA…subhanAllah, syukran ya Rahman…






Apa yang terjadi,




seperti biasa sebelum saya tidur.. saya akan berniat untuk bangun bertahajud pada esok pagi nya.
Sambil berbaring mengiring ke kanan, akhirnya saya terlelap sambil mengira zikir-zikir saya….




Tiba-tiba saya tersedar bahawa saya sedang berada di dalam sebuah bangunan yang sangat besar.
Beribu manusia sedang memenuhi ruang bangunan tersebut. 
Saya yang agak tidak selesa kerana asyik dilanggar dan dihimpit, akhirnya saya mengambil keputusan untuk berlari ke tingkat bawah.



Kelihatan sebuah bilik di hadapan saya. 
Saya mencapai tombol pintu lalu membukanya.


Alangkah terkejut apabila saya melihat


 ratusan manusia sedang di seksa di dalam bilik tersebut. Kelihatan wanita, kanak-kanak dan orang awam sedang di seksa oleh sekumpulan lelaki yang lengkap beruniform tentera. 




Darah saya berderau.


Saya hanya mampu berdiri kaku di sana.


Kedengaran raungan manusia yang sedang di seksa itu.


Mereka di terajang, di pukul dan di herdik sesuka hati.






Saya terus memalingkan badan dan menutup pintu itu semula. 
Saya menarik nafas, Cuma mencari semula kewarasan. 


Terus saya berlari ke tangga menuju ketingkat paling bawah.
 Rupanya,
 suasana di luar lebih huru hara. 
Manusia lari bertempiaran sambil menjerit melolong. Saya bingung.



“Apa yang jadi ni...?!!”



Tiba-tiba


seorang lelaki tua menghampiri saya




lalu menyerahkan sepersalinan pakaian kepada saya. Saya yang sedang bingung hanya mampu diam seribu bahasa. Lalu lelaki itu berkata,


“Cepat tukar. Kita dah tiada masa..!”



Rupanya lelaki tersebut mahu saya menyertai saff peperangan mereka. Berkali-kali dia menghulur pakaian tersebut pada saya. 
Saya menolak...!!
Terus saya menjauhkan diri dari nya. Saya mengeleng-gelengkan kepala. 
Dia terus-terus mengejar saya.
Lalu saya berlari meninggalkan kawasan tersebut sambil menjerit,



“TAKKK, AKU TAK SEDIA…!!!”








Kaki ini membawa saya jauh entah kemana... 


Tidak lagi kedengaran suara manusia berteriakan.
Cuma kelihatan banyak kumpulan manusia yang sedang meninggalkan kawasan perang tersebut. 
Dan…..saya juga termasuk dalam kelompok itu…. 


Saya menoleh semula kawasan peperangan tadi…..
semakin lama semakin jauh saya meninggalkan tempat itu…. 
tiba-tiba hati kecil saya berbisik,



“kau lari dari medan perang pah….....?”








.............................................................................................


Saya terjaga dari mimpi tersebut dan terus melihat jam pada telifon bimbit saya.

“0600”

Astagfirullahal azim, dah la tertinggal tahajud. Azan pun tak dengar, astagfirullah……








Sedang saya membaca mathurat, 
tiba-tiba terlintas di fikiran saya kata-kata seorang pejuang HAMAS..

“jika kita tak mampu nak berdiri bertahajud dua jam sehari. 
Kita tidak akan mampu untuk berdiri 5 minit pun di medan perang…!!”




Astagfirullahal azim…. Sungguh saya sangat tertampar dengan itu.


Terus saya tertunduk. 
Saya menghentikan seketika bacaan mathurat saya....






“kenapa di kolej boleh bangun lagi awal.....”
“sedangkan di rumah ni lagi selesa kemudahan”



“kenapa di kolej boleh baca sehari hampir satu juz quran”
“sedangkan di rumah lagi banyak masa”







 Astagfirullahal azim…
Benarlah kata-kata ustaz Rahman tokoh dakwah dari Indonesia.


Monyet yang panjat pokok kelapa, kalau di atas pokok tu tiba-tiba angin RIBUT TAUFAN datang. Monyet tu akan LEBIH KUAT genggamannya.

Makin kuat angin tu, makin kuat monyet tu bertahan.

Tapi… kalau angin yang datang tu angin sepoi-sepoi bahasa.

Membelai-belai.

Akhirnya monyet itu akan leka, mengantuk.

Akhirnya, genggaman nya akan lemah. Dan terus monyet itu akan tertidur lalu jatuh dari pokok kelapa tersebut.


Astagfirullah.. .syukur saya masih belum menerima akibat seperti monyet itu. Alhamdulillah dengan mimpi yang dikurniakan. Betapa besar makna mimpi tersebut.

Buku “Zadun a’la at tariq” tulisan Ustaz Mustafa Mahsyur terus bermain di fikiran

Bekalan sepanjang jalan….
Ya, itulah buku yang murabbi saya minta saya habiskan terlebih dahulu sebelum buku-buku fikrah yang lain. Memang besar ertinya buku itu dalam kehidupan seorang pengembara seperti saya. Alhamdulillah diberi kekuatan untuk menghabiskannya.

…………………………..






Wahai saudara seperjuangan sekalian,
berjalan sepanjang jalan tanpa bekalan,akan membawa kepada kecelakaan.




Orang yang sedikit bekalan sering menyembunyikan diri,


berpeluk tubuh,

sedikit hasil karyanya,

lemah memikul tugas-tugas penting

dan


tidak mampu memikul
rancangan-rancangan yang besar.





Tetapi


 bekalan yang banyak dapat memberi 


TENAGA..!

DAYA GERAKAN.! 


MENGHASILKAN DAYA KARYA..!


KUAT AZAM..! 


KESANGGUPAN 
menghadapi
segala kemungkinan


dan
sanggup melaksanakan segala urusan dan tugas penting walau
di waktu yang genting sekali.










................................





Para pendakwah, tentera aqidah yang mempunyai bekalan pasti akan menghargai dan
menyedari kedudukannya di dalam barisan, 



Wahai para pekerja Islam, tentera angkatan Ar Rahman...
Seorang ansarullah, dia tidak menghadkan ibadahnya
hanya kepada ibadah-ibadah khusus sahaja,
 berzikir, 
atau menuntut ilmu sahaja.



tetapi dia juga
berdakwah, 


berjamaah,


berjihad di jalan dakwah 


dan berjuang di dalam
jamaah harakiyah 
untuk membangunkan daulah Islamiyah dan mengembalikan khilafah
Islam..








.......................


Para pembawa bekalan,
mempunyai penilaian dan
pertimbangan sendiri tidak mudah hanyut mengikuti arus.


tetapi 
dia menimbang segala
perkara menurut pertimbangan syariat Islamiyah, dia juga sentiasa itizam dengan hukum syariat dalam kehidupan sehariannya.


...................................................




Pendokong dakwah yang mempunyai bekalan yang banyak pasti akan


menghayati urusan umat
Islam dan dunia Islam




mengetahui dan memerhatikan segala peristiwa yang terjadi di
kalangan muslim seluruh dunia,


 merasai 


dan menyedari segala cita-cita


dan kesakitan
di mana pun mereka berada. 


Dia menyahut seruan mereka


menolong mereka menurut
kemampuan diri mereka.



Dan tetap bertahan di
atas jalan kebenaran dalam jihad fi sabilillah dalam rangka mencapai keredhaan Allah,



walaupun ia mengambil masa yang lama.


Walaupun bertahun-tahun sehingga dia
menemui Tuhannya di dalam keadaan yang demikian. 
Dia tetap menyerahkan diri sebulat hati.....




,,,,,,,,,,,,,,,,,,








Wahai tentera ar rahman sekalian,..
Sudah masanya kita mengambil semua ini dengan serius. 


Tiada lagi masa untuk bersenang lenang.

ALLAH SWT telah memberi modal kepada kita


Yakni NYAWA  dan masa hayat kita.





Ya, kita bercita-cita besar mengharapkan daulah islamiyah, serta ustaziatul a’lam.
Namun jangan kita lupakan formulanya,


“ALLAH tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, sehingga mereka mengubah nasib DIRI mereka sendiri.”






Kekuatan sebenar adalah iman.
Senjata sebenar adalah taqwa.



Sukar apabila terlalu asyik berbincang mengenai teori.
Jadi mari bersama kita senaraikan praktikal kita di alam realiti.
Suka untuk saya mengajak saudara seperjuangan semua bersama saya bermuhasabah dengan mutaba’ah amal seharian kita:


(1) Solat – cukup fardu nya?

                   - solat di awal waktu?

                   - berjamaahkah kita?
                     ( ar rijal afdal berjamaah di masjid atau 
                       surau)

                   - Rawatib cukup 12 rakaat?




Saya lihat kesemua di atas mendapat jawapan “ya”  dari anda.
Alhamdulillah. Teruskan momentum itu. Tambah dengan manisnya khusyuk, insyaAllah kita lah ansarullah yang faham dengan tanggungjawab kita.




(2) Al Quran – anda lebih banyak mentadabbur   
                               quran daripada melayan fb?

                           - sehari lebih dari 5 muka
                               (1 solat x 1 ms quran)




Sekali lagi anda menjawab ‘ya’, subhanAllah..!
Memang anda insan terpilih untuk menyongsong perjuangan dakwah Islam. 


Dalam kesibukan kita melayari media massa,
merapatkan silaturahim sesama kenalan dan mencari ilmu berguna di internet. 


Jangan kita menjadikan ia alasan untuk mengurangkan tadabbur al Quran kita. 
Kerana saya sendiri memang selalu melekat di hadapan komputer.


Pernah saya mengutarakan masalah saya ini kepada seorang sahabat. Lalu beliau memberi saya penyelesaian yang sangat hebat....


1 jam online x 1 ms al quran. 










Demi Allah, kita tidak akan merasa manisnya hidup tanpa mentadabbur ayat-ayat cinta ALLAH SWT buat kita ini… 

Melayari internet selama 3 jam tidak mampu menandingi manisnya mentadabbur 1 ayat quran karim….
subhanAllah.







(3) Qiamulail – sekurang-kurangnya sehari 2 rakaat 
                         tahajud.


Biar sedikit tetapi istiqamah.
Namun saya sangat yakin,
jika anda telah merasa asyiknya berdua bersama ALLAH SWT. Pasti, semakin hari, semakin bertambah tempoh qiamulail anda itu... 








Seorang yang mencintai pasangan nya, tidak akan pernah puas dan jemu untuk berdua bersama kekasih hatinya…. 


Alangkah seronoknya dapat berdua bersama ALLAH SWT, merayu meminta kepadaNYA… 


ketika insan lain memilih bantal dan tilam yang empuk, kita memilih sejadah, quran dan air mata… 


kitalah VIP di waktu itu. VIP di mata ALLAH SWT. Dan seorang VIP layak untuk meminta apa sahaja yang diingini…


sabda Rasulullah SAW: “Rabb kita Tabaraka wa Ta’ala turun pada setiap malam ke langit dunia ketika masih ada baki satu pertiga malam yang akhir.

Allah berfirman:

 Sesiapa yang berdoa kepada-Ku, pasti Aku akan memakbulkannya, sesiapa yang meminta kepada-Ku pasti Aku akan memberinya dan sesiapa yang memohon ampun kepada-Ku pasti Aku akan mengampuninya.”

subhanAllah...





(4) terjun ke medan dakwah yang sebenar




Dari 1400 sahabat saya di fb, 
hampir 90% daripada mereka, merupakan individu yang selalu mengirim pautan ilmiah, 
tazkirah dan perkongsian yang islamik dan berguna kepada pembangunan jiwa masyarakat.


 Saya bangga bersahabat dengan anda semua, 


syukran jiddan kerana sentiasa menyejukkan mata saya dengan kiriman-kiriman yang bermanfaat di halaman muka buku tersebut.. 


belum lagi masuk kepada geng-geng blogger saya. subhanAllah, saya sangat bersyukur kerana anda semua sentiasa komited dalam menyampaikan ilmu dan berdakwah di medan maya ini.


Besarnya pengaruh anda semua kepada ummah, bakat dan kesungguhan anda itu pasti mampu membuahkan sesuatu di dalam kebangkitan Islam di zaman ini. Teruskan usaha anda semua..!



Bila saya berkira-kira, subhanAllah jika 90% daripada 1400 sahabat-sahabat fb saya ini turun ke medan sebenar. 


Medan dakwah yang realiti. Pasti impaknya sangat besar kepada dakwah kita.


Jika seorang sekurang-kurangnya mampu membawa 5 mad’u dalam satu masa. 
Jika 1260 x 5 = 6300

Selepas itu, 6300 itu bawa lagi 5 mad’u.

6300 x 5 = 31 500
31 500 x 5 = 157 500
157 500 x 5 = 787 500
787 500 x 5 = 3 937 500


Itu hanya kiraan secara kasar dan bukan purata tahunan. 


Mahu jumlahnya menjadi berjuta malah berbilion. 


Makin bertambah individu yang memahami Islam di bumi Malaysia tercinta khusus nya.


Waaa semoga imaginasi akan terealisasi ameenn…

Benar, kita tidak melihat pada angka. Tetapi angka tetap tidak boleh ditolak dari KPI dakwah kita.



Medan dakwah yang sebenar sangat berbeza dengan medan dakwah kita di alam maya. 



Medan dakwah di alam maya hanya 5% dari medan reality.

Turunlah ke medan yang sebenar wahai tentera ar Rahman sekalian...

Rasailah betapa sakitnya mengadai masa berbakti kepada orang lain.

Rasailah betapa payah melangkah ke jilsah sedang orang lain bersenang.

Rasailah betapa pantasnya duit saku habis di infak di jalan ALLAH.

Rasailah betapa sakit mata mentelaah buku ilmiah dan fikrah.

Rasailah betapa suntuknya waktu keluar mencari daurah.







Rasailah semua itu, kerana itulah yang telah kita jual belikan bersama ALLAH SWT sebagai seorang tentera NYA.



Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga

(disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; 
dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah
kemenangan yang besar.
(At-Taubah:111)






………………





Mutaba’ah amal di atas hanyalah sedikit sahaja dari apa yang ada di dalam kitab karangan Ustaz Mustafa Mahsyur itu. Saja saya menekankan point-point di atas kerana saya sendiri telah merasakan kekuatan yang sangat subhanAllah setelah menambah bekalan-bekalan ini sepanjang perjalanan saya. 


Ini baru sedikit kan, belum lagi kita praktik semua. subhanAllah. 
Allah lah sebaik-baik penolong dan pemberi motivasi bagi tentera NYA.


Telah saya inbox kan kitab “Zadun a’la at tariq” kepada akhawat yang saya kenali. Jika ada sesiapa yang memerlukan kitab tersebut, boleh inbox di fb saya. Bersama kita menggali khazanah yang terkandung dalam kitab tersebut. Semoga kita tidak tergolong dalam kalangan yang melarikan diri dari medan perang,… Nauzubillahi min zalik..
syukran ya Rahman atas mimpi yang dahsyat itu~~~





Semoga anda dan insan di sekeliling anda sentiasa bahagia di bawah payung rahmat dan kasih sayang NYA...
suka nak ingatkan diri sendiri dengan kata-kata pejuang HAMAS ini:


“jika kita tak mampu nak berdiri bertahajud dua jam sehari. 
Kita tidak akan mampu untuk berdiri 5 minit pun di medan perang…!!”






wallahua'lam...


2 comments:

  1. SubhanAllah !!! Allahuakbar !! jzkk atas perkongsian yg sgt mmnberi kesan ni..mge kite semua thabat. Biarlah kita mnjdi monyet yg ditiup angin kuat drpd kite leka dek ditiup angin yg sepoi2 bhase...kne jge2 dgn 'angin sepoi2 bhse'...

    ReplyDelete
  2. SubahanALLAH.. hebat nanang. tamparan yg dasyat. blh lah nak bku zadun a'la tariq tu..teruskan perjuangan. !!

    ReplyDelete