Wednesday 30 October 2013

Cara MUDAH hafal 30 juzuk Al Quran





CARA PALING MUDAH HAFAL 30 JUZ QURAN.

**bingkisan ini merupakan hadiah hari kelahiran sahabat dunia akhirat ku Dr Shazwin Hassan yang sama-sama mohon DQ waktu umur 17 dulu. Tapi ditolak sebab kami aliran sains bukan aliran agama... ah sedih bila ingat balik... 

Mudah !

Mudah !


Mudah !


InsyaAllah kita dapat menghafal 30 juzuk dengan hafalan yang kuat dan sempurna.


Apa saya kata, hafalan yang kuat dan sempurna?



Ya, 30 juzuk sempurna ^_^



Mahu merasa kelazatan al Quran dan menjadi semakin dekat dengan ALLAH SWT..?
Mari kita belajar caranya..



Cuma 15 minit sahaja dari waktu kita setiap hari. 
(paling sesuai selepas fajar).

Sehari 3 ayat sahaja.

Disarankan mula dengan juz 30.



Setakat 3 ayat, 

saya jamin kalian boleh hafal kurang dari 15 minit.
Ambil 3 ayat awal surah An Naba (orang usrah, wajib kut hafal surah ni).

OK JOM MULA..!!

Dari solat sunat dhuha, rawatib, dan semua solat fardu hari tersebut, ULANG 3 AYAT tu je.
*kalau jadi imam solat maghrib dan isya, tambahlah dengan surah2 lain (takut makmum rasa pelik).


Esoknya,
15 minit lagi di awal hari.
Hafal 3 ayat seterusnya.



Jadi sekarang kita sudah ada 6 ayat (campur yang semalam).
Dari solat sunat dhuha, rawatib, dan semua solat fardu hari tersebut, ULANG 6 AYAT tu je.
*seperti biasa kalau yang jadi imam tu pandai-pandailah ye.



Lusanya,
jadi 9 ayat.
Seperti biasa ulang dalam setiap solat sunat dan fardu.


Baik, 
Katakan kita mula hafal 3 ayat tadi masa hari ISNIN.
Sampai hari SABTU, kita sudah hafal berapa ayat??
Ya, 16 ayat kan.

AHAD,
jadikan sebagai hari untuk kita ULANG semua 18 ayat tersebut.

Masukkan bacaan tersebut dalam solat malam tersebut.
(tak mungkin daie qiam seminggu sekali sahaja kan..faham ke?)
Jadi kiranya, hujung minggu adalah hari TASMIK BESAR-BESARAN kita.
Bagusnya cari kawan untuk dengarkan bacaan kita.



Minggu berikutnya,
tambah lagi 3 ayat.
Ulanglah rutin seperti minggu lalu.



Sehinggalah................ kita berjaya menghafal keseluruhan juz 30.

Bukan keseluruhan 30 juz.
Alhamdulillah.. !! tahniah awokk
Bila sudah berjaya hafal 1 juz tersebut.
JANGAN terus gopoh untuk hafaz juzuk seterusnya.

Rehat selama seminggu...





Rehat selama SEMINGGU...?




Ini betul-betul, bukan cobaan.
Rehat sekejap.
Kalian tahu mengapa?

Supaya hafalan kita KUAT dan SEMPURNA.
Lakukan perlahan-perlahan..

Dalam seminggu tersebut,
Ulang hafalan juz amma sebanyak 2 kali.
Setiap hari ulang 2 kali.



Lepas rehat seminggu.


Baru kita tambah 3 ayat baru.

Ulang langkah yang sama, iaitu ulang sepanjang waktu solat sunat dan fardu.
Dan..
Ulang 1 per 4 dari hafalan juz amma kita yang lepas.
Setiap hari tambah 3 ayat dan ulang 1 per 4 juz amma yang sudah kita hafal.


Bila dah berjaya hafal 2 juzuk.
Alhamdulillah.. !! tahniah awokk
Seperti biasa, rehat seminggu.

Bila sudah mula hafal juzuk ke 3 Alhamdulillah.. !! tahniah awokk

Teruskan, setiap hari hafal 3 ayat,

dan ulang 2 per 4 dari hafalan yang lalu.



Setelah berjaya menghafal 30 JUZUK dengan sempurna.Alhamdulillah.. !!Alhamdulillah.. !!
Alhamdulillah.. !! tahniah awokk

Kurangkan 3 perkara,
-makan
-berborak
-tidur



Mudah !

Mudah !


Mudah !




Cari cinta Allah swt sebelum mula menghafal.

Kerana hanya dengan bantuan NYA, kita mampu membaca dan menghafal ayat-ayat suci tersebut.


Khalifah Umar al Khatab memeluk islam tika usianya agak lewat. Namun beliau mampu menghabiskan hafalan al Quran sebelum meninggal dunia.

Jadi apalah alasan kita yang sejak bayi sudah beragama islam,
malah muda belia, 
serta hidup mudah dengan segala gajet, UNTUK TIDAK MENGHABISKAN HAFALAN AL QURAN KITA.


Saya mencadangkan nanti kita buat pertandingan hafazan besar-besaran. Bagus kalau PEMBINA anjur. Dengar makin banyak PEMBINA berdaftar di IPT di Malaysia.

Mari Meneraju Arus Mahasiswa,
Dengan lahirkan mahasiswa dan para ilmuwan yang hafaz 30 juzuk al Quran ..!!







Memang sedih sangat-sangat DQ tak terima kami dulu. Ah sedih sangat..
Tapi mungkin, Allah swt nak beri peluang katakan depan DIA nanti,

 "Alhamdulillah kami berjaya hafal 30 juzuk kalam MU wahai ALLAH, walaupun kami tidak masuk DQ. 
Terimalah bukti cinta kami ini ya ALLAH.. !!" 




Sanah helwah belahan jiwa ku, Dr Shazwin Hassan.
redhalah atas kami ya Rabb.
Amal lillahi ta'ala.

Salam Sekencang Tarbiyah,
Semantap Dakwah. 


Rasulullah saw bersabda, 

“Siapa yang membaca Al-Qur’an, mempelajarinya, dan mengamalkannya, maka dipakaikan mahkota dari cahaya pada hari kiamat. Cahanya seperti cahaya matahari dan kedua orang tuanya dipakaikan dua jubah (kemuliaan) yang tidak pernah didapatkan di dunia. Keduanya bertanya, ‘Mengapa kami dipakaikan jubah ini?’ Dijawab, ‘Karena kalian berdua memerintahkan anak kalian untuk mempelajari Al-Qur’an.” (HR Abu Daud)




*syeikh ni yang buat bertambah zuq nak menjadi hafizah: klik sini

Sunday 6 October 2013

ALLAH kirim Akhawat.



Bingkisan ini ku tulis 
sambil berborak di laman muka buku 
bersama sahabat dunia akhirat ku,
al fadhilah Duktur Shazwin Hassan. 

Beliaulah bakal pewaris legasi pejuang Palestin As Syahid Dr Abdul Aziz Ar Rantisi suatu hari nanti insyaAllah..


entahlah kalau ingin berbicara mengenai ukhuwah ni.


Ukhuwah adalah…
Bila para perindu bergetar jiwanya mencari jawapan,


            Bila para perindu mengharapkan luka-luka di jiwa ini hilang,


                              Bila para perindu ini semakin gelisah meniti pencarian…

                                            Ku jumpa bunga-bunga mawar di balik lopak kehidupan..






Dalam kamus hidupku.
Itulah ukhuwah…



Esok saya ada projek juta-juta di Shah Alam.
Kekangan itu lumrah hidup.

Akhawat kawasan terdekat tidak dapat teman.
Terpaksa minta tolong Prof Faieza Rosli (nama fb dia Zaujatul Mahbubah) turun Selangor.


Seperti biasa
prof tidak pernah menolak untuk bantu.


Sebenarnya dah tahu, sebab tu minta tolong dia.

Cuma.
Terfikir juga..
Destinasi esok Shah Alam, 
dia gerak pula dari Kuala Sg Baru, Melaka..



Sehari sebelum gerak..
Tanya pakcik google..


“pakcik…berapa jauh KSB ke S.alam?”



“tak jauh nak… 125 KM sahaja.”







tak jauh…

Tak jauh kalau MCK 6217 tu kereta.


Tiba-tiba…zup rasa kesian.



Rasa nak batalkan pula permintaan terhadap prof tu.
Tapi..
Singgah suara Prof Faieza,



“alhmdulillah Allah pilih kita kan kak..!!”

(baca dengan nada SEMANGAT)




itulah yang selalu dituturkan bila mendapat apa-apa tugasan dakwah.
MasyaAllah….


Aku bersyukur di kurniakan sahabat-sahabat ini.


Mereka yang cintakan ALLAH swt tanpa merasa beban dalam dakwah ini.
Sedangkan yang habis itu adalah masa mereka.
Tenaga mereka.
Harta dan perasaan mereka.


Akhawat selalu buat saya terharu...





Bila dalam dakwah,

Duit meluncur macam air.

Masa saya kesempitan wang di kolej.

Tiba-tiba 
muncul beberapa keping RM 10 atas meja.
dan sekeping nota kecil,


“Orang yang bantu agama Allah, pasti Allah bantu dia..”

MasyaAllah….





Waktu saya tahun akhir.
Sibuk dengan PEMBINA dan juga MPP.

Setiap hari,
Keluar rumah jam 8 pagi.

Malam tiada di rumah sebab urus program harian di surau.

Balik tengah malam, tidur selalu jam 2.

Baju selalu bertimbun dalam baldi.
Selalu dulu basuh sehari sekali.
Ini hujung minggu baru ada masa untuk basuh.

Tapi…
Allah…..
Balik rumah buka locker 
baju sudah siap berlipat kemas.
Cantik tersusun rapi.
Allah...akhawat selalu buat saya terharu...



Bila hendak exam..
Selalu saya menghafal sambil baring atas katil.

Tahu-tahu tertidur.
Lupa nak sterika baju.

Exam pagi pula tu.
Lepas solat subuh jemaah dan mathurat mula kelang kabut.

Tup..tup…
Baju saya sudah bersangkut dan siap cantik di sterika.

MasyaAllah..akhawat selalu buat saya terharu..



Lepas isya,
Selalu merayau rumah akhawat baru.

Ziarah dan pancing mad’u.
Tengok jam dah hampir pukul 12.

Mata mengantuk.

Angkat kaki balik rumah.

Kepala terbayang..

Katil…katil……



Rumah tingkat dua..Bahagia betul bila mula nampak pintu rumah.

Mata makin pedih..
Dalam kepala…
Katil….katil…

Ketuk-ketuk..bagi salam..

“kak pah…!! 
Kita ada buatkan tah 0 panas untuk kak pah.. 
mesti akak penatkan..”
(baca dengan senyum sampai ke telinga dan senyuman comel)




Zuppp….
hilang penat.
Hilang katil..
Terus rasa bahagia.

Bagai dunia ini aku yang punya….



MasyaAllah……akhawat selalu buat saya terharu.
Patutlah pahala besar bagi isteri yang sediakan minuman bagi suami yang baru pulang ke rumah…






Saya anak mak.
Selalu nak telifon.

Kalau boleh tiap hari.

Tapi memang tak lah sebab perlu jimat kredit untuk buat kerja.



Ada seorang akhawat ni.
Dari keluarga yang agak berada.
Telifon BB.
Guna bill.


Dan selalu marah saya dan akhawat lain kalau tak guna BB beliau.
Katanya..


“saya tak pandai bagi tazkirah..
mungkin ini yang dapat saya sumbang untuk dakwah…”





MasyaAllah…..akhawat selalu buat saya terharu.
Sudah berapa puluh tangan yang menggunakan telifon beliau tanpa dicas atau diungkit-ungkit.
Allah..Allah…




Banyak
Banyak
Dan banyak lagi yang pernah akhawat buat untuk saya.
Di atas ini hanya secebis sahaja.
Baru untuk saya.
Untuk insan lain..masyaAllah.
ALLAH SWT itu MAHA MENGETAHUI dan semestinya telah tercatat segalanya dalam buku amal kalian, wahai akhawat ku sayang..




Tetapi yang terakhir ini….
Rasanya..
Ini yang paling saya terharu dengan akhawat…



Betapa saya disaksikan bahawa 

doa rabithah yang kami selalu amin kan bersama itu 

benar-benar mengikat hati kami….







Saya jenis suka pendam masalah…
Bagi saya masalah peribadi bukan hak public.

Bukan perlu untuk aku ceritakan.

Hatta pada sahabat baik ku sendiri.

Sebab…tak semestinya mereka boleh bantu.

Malah…mengapa perlu aku menambah beban orang lain.
Sedangkan itu hanya masalah ku seorang.


Itu prinsip saya.
Boleh jadi saya silap.



Masa cuti.
Tiba-tiba ada masalah.

Berat juga tangung sendiri ni.
Tapi dah prinsip…



Tiba-tiba..
Masuk panggilan seorang sahabat.


Tanyakan khabar saya.

Saya katakan saya dalam keadaan yang amat-amat baik.
Terus sahabat saya itu menidakkan kenyataan itu.


Katanya..saya mesti dalam susah.

Kerana beberapa hari lepas dia selalu mimpi saya dalam keadaan menangis.
masyaAllah....


Selang beberapa hari.
Seorang sahabat lain juga telifon bertanyakan khabar saya.

Tetap saya katakan saya dalam keadaan yang amat baik.
Namun, dia juga menidakkan.

Katanya..dia bermimpikan saya dalam keadaan menangis dan dalam kesusahan.
Allahu Rabbi….


Siapakah kalian ini….?





Kejadian ini sudah beberapa kali berlaku sejak saya belajar di syurga tarbiyah, UNITI.
Bukti doa rabitah itu mengikat hati-hati setiap tentera-NYA.














MasyaAllah..
Penyayang nya ALLAH mengirimkan aku ini dengan wanita-wanita syurga..






Mengenali kalian 
merupakan antara nikmat terbesar 
yang ALLAH SWT kurniakan dalam hidup saya.



Hadith yang diriwayatkan oleh Muslim,

Rasulullah s.a.w telah menceritakan kepada sahabat 
tentang satu kisah yang pernah berlaku suatu masa dahulu. 

Kisah tersebut ialah 
kisah seorang sahabat ingin menziarahi seorang sahabatnya
yang tinggal dalam sebuah kampung yang lain. 

Lalu Allah s.w.t. telah mengutuskan malaikat 
untuk bertemu dengan lelaki itu.


Malaikat yang menyamar sebagai manusia itu
lalu bertanya kepada lelaki itu, 

"Kemana engkau ingin pergi? "

Lelaki itu menjawab:
 "Aku ingin pergi bertemu sahabatku di kampung ini."


Lalu disoal lagi lelaki itu tentang tujuannya menziarahi sahabat itu. 


Lelaki itu menajwab 
dengan jawapan yang amat indah mengenai sebab utama dia ingin menziarahi sahabatnya, iaitu;



 " Aku mengasihi sahabatku kerana Allah s.w.t.






Maka Malaikat itupun terus memberitahunya

bahawa dirinya adalah malaikat 
yang disuruh untuk memberitahu lelaki itu bahawa..

Allah Ta'ala mengasihinya
 sebagaimana dia mengasihi saudaranya kerana Allah. 







Salam sekencang kerinduanku 
buat saudara seaqidah sekalian,

Khusus salam kerinduan ini 
buat sahabat-sahabat seperjuangan yang kini bertebaran di bumi Allah SWT.



Semoga segala urusan kalian dipermudah Illahi, 

walaupun jalan yang dipilih ini 

tidak berhamparkan permaidani merah 
dan kuntuman mawar yang mewangi.


Namun..
teruskanlah langkah menapak duri dan badai 

kerana yakinlah wahai saudara ku,
janji yang kita ikrarkan bersama membawa kepada mahar sejati. 

Mahar CINTA ILLAHI. 
Buat dibeli taman Firdausi. 




Taman indah yang kita janjikan untuk bertemu bercanda bersama SANG KEKASIH kita buat selamanya di sana nanti..



**19 oct ini HIMMAH kita di UPM. Jumpa di sana wahai wanita-wanita syurga..!!



Saturday 5 October 2013

Akhawat tak busuk..

Ditelengkupkan badan Ismail,
lalu dengan keadaan mata tertutup,
Nabi Ibrahim meletakkan pedang yang tajam tepat di batang leher anak kesayangannya itu.


Dengan nama Allah
maka dipancunglah leher Ismail,..

Lalu terperciklah darah yang masih panas dan merah
mengenai badan Nabi Ibrahim.


Menggeletar tubuh Nabi Ibrahim.
Hakikat beliau juga manusia biasa yang punya rasa  di hati.
Bayangkanlah saudara ku,
pedang yang tajam itu bukan di tuju pada batang leher binatang
tetapi pada anak yang selama ini dibesarkannya dengan penuh kasih sayang dan harapan menjadi pembantunya di jalan dakwah.

Namun atas mengenangkan ini adalah wahyu dari yang Maha Esa maka akurlah sang bapa ini.

Nabi Ibrahim mencari kekuatan untuk membuka penutup matanya...

Dengan penuh rasa redha,
Nabi Ibrahim teguh melaksanakan perintah Allah SWT itu.
Walaupun berat yang ditanggungnya hanya Allah yang tahu....









Tetapi..

Alangkah terperanjatnya
apabila melihat yang disembelihnya itu bukanlah anaknya melainkan seekor kibas.


Dengan memuji kebesaran Allah S.W.T,
kedua-duanya pun berpelukan sambil bersyukur kepada Tuhan kerana memberi kekuatan sehingga dapat melaksanakan amanat dari Allah S.W.T.


Itulah coretan sejarah agung
di mana pada suatu hari Nabi Ibrahim mendapat mimpi.

tajuk akhawat busuk..??
Dan di dalam mimpinya itu
Allah menyuruh Nabi Ibrahim menyembelih anak kesayangannya yang bernama Ismail.



Peristiwa pengorbanan ini dirakamkan oleh Allah s. w. t. di dalam surah As-Saffat, ayat 102 hingga 109. Antaranya Allah menyatakan:


فَلَمَّا بَلَغَ مَعَهُ السَّعْيَ قَالَ يَا بُنَيَّ إِنِّي أَرَى فِي الْمَنَامِ أَنِّي أَذْبَحُكَ فَانظُرْ مَاذَا تَرَى قَالَ يَا أَبَتِ افْعَلْ مَا تُؤْمَرُ سَتَجِدُنِي إِن شَاء اللَّهُ مِنَ الصَّابِرِينَ

Maksudnya: Maka tatkala anaknya itu sampai ke peringkat umur yang membolehkan dia berusaha bersama-sama dengannya, Nabi ibrahim berkata: "wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi, bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapat mu. Anaknya Ismail menjawab,” wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu, Insya Allah ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar".





Begitulah lipatan sejarah
sehingga tersyariatlah hari raya Aidiladha.
Selain Aidilfitri, aidiladha juga merupakan perayaan kedua terbesar dalam Islam.
Aidiladha disambut pada hari ke 10, 11, 12 dan 13 bulan Zulhijjah setiap tahun.

Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, 

diikuti dengan solat sunat Aidiladha 

serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah,

sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.



10 Zulhijjah juga merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam
di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.



Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat,
manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.


mana akhawat busuk..??

Berdasarkan kepada hadis (terjemahan) 

“Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadat korban yang kamu lakukan.” (Hadis riwayat At-Tirmizi)



ERTI PENGORBANAN

Mari kita renung sejenak bagaimana hebatnya pengorbanan yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim a.s  serta anaknya Nabi Ismail a.s.
Perintah pemancungan Nabi Ismail merupakan perkara yang sukar untuk diterima dengan akal yang waras. Tetapi kita lihat bagaimana hebat penyerahan diri kedua insan ini kepada Tuhannya. Mereka sanggup untuk melaksanakan perintah itu walaupun dikeji oleh ramai manusia di zaman itu. Semata-mata mengenangkan itu adalah perintah dari Tuhan Yang Maha Mengetahui.

Hebatnya ketaqwaan mereka hingga akhirnya, Allah membalas pengorbanan mereka itu dengan sesuatu yang tidak disangka-sangka. Hebatnya Allah. Maka benarlah sahabat-sahabat akan firman Allah SWT dalam surah  at Talaq ayat2-3:

“Barang siapa bertaqwa kepada Allah nescaya DIA akan membukakan jalan keluar baginya. Dan DIA  memberinya rezki yang tidak disangka-sangka. Dan barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluannya). Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan NYA. Sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu.”


Tidakkah anda merasai indahnya firman Allah SWT itu wahai saudara ku.
Sehingga mampu menggetarkan urat-urat yang berpaksikan aqidah yang satu

Namun,
saya lihat anda tidak merasai apa-apa..
Apa yang terjadi pada iman anda sahabat..?
Ulanglah semula bacaan firman Allah SWT di atas, dengan penuh rasa khusyuk dan tenang…


Kini saya lihat anda memikirkan sesuatu.
“Patutlah masalah aku selama ini tidak selesai”
“Patutlah aku sentiasa jumpa jalan buntu”
“Patutlah jiwa aku selalu di rundum sesak dan celaru”

Iman anda telah mula berbisik sahabat, Alhamdulillah.
Kini diri mu telah tahu bahawa kunci kepada segala masalah adalah TAQWA.

Jika kita melaksanakan segala perintah NYA dan meninggalkan segala larangan Allah sebaiknya, 
PASTI AKAN ADA JALAN KELUAR
mana akhawat busuk..??

Walaupun jalan keluar itu di luar akal yang logik.
Ya,ia pasti.
Dan telah terbukti dalam coretan sejarah agung Nabi Ibrahim dan Ismail ini…



Dan kini
saya lihat anda mula memasang misi hidup yang baru,

Saya akan menjadi hamba yang taat perintahNYA”




“Saya akan tinggalkan segala dosa maksiat yang menutup jalan keluar ku selama ini”



“Saya akan menjadi hamba yang benar-benar bertaqwa, kerana hanya di situ pintu ketenangan jiwa sebenar”




Alhamdulillah,
syukur pada Allah.

Saudara-saudara seaqidah yang disayangi sekalian,
bersamalah kita menyambut aidiladha yang bakal tiba
dengan nafas iman yang baru
bersulamkan kemantapan taqwa kepada Allah SWT.

Wallahu a’lam~~



*akhawat busuk? propa sahaja tu. Akhawat semua wangi..Rindu akhawat yang bertebaran di seluruh dunia. Cepatlah balik malaysia, keluar dari tempat bertapa. Sepak terajang survival islam menanti kita.


Salam Sekencang Tarbiyah,
Semantap Dakwah..!!