Tuesday 25 June 2013

Masihkah ada si soleh itu?

\



250613
Jam 12 tengahari 
waktu Malaysia....



IPU kawasan Pelabuhan Klang menunjukkan bacaan  389 (paras bahaya).
Jerabu
Sakit mata
Sakit tekak
Amat bahang

Memang satu kafarah buat kami…..



Lebih 300 jemaah hadir pada solat sunat "Istisqa" di Masjid Negara tengah hari tadi bagi memohon hujan berikutan masalah jerebu dan cuaca panas yang sedang melanda negara.




Memang ramalan kaji cuaca hari ini tidak menjangkakan hujan berlaku di Lembah Klang

 kecuali di Johor dan pedalaman Negeri Sembilan dan sedikit kawasan di pantai Selangor.

Namun kuasa Allah telah menurunkan hujan lebat, sederhana lebat dan sekejap-sekejap di Lembah Klang hari ini dan sekitar selangor.

Alhamdulillah...
Di kala pemimpin dan penyokong DAP dalam twitter mereka memperlekeh solat istisqa' anjuran kerajaan, Allah Taala menunjukkan kebenarannya.

Ah malas hendak bercerita mengenai politik sekarang ini.
Memang si politikus akan terus mencari isu mainannya..

Sekarang aku ingin bercerita mengenai si soleh

Ya si soleh...

Solat sunat istisqa di Masjid Negara itu tadi didirikan selepas zohor. Mugkin dalam jam 2 atau 2 setengah...

Selepas dua jam, mula heboh turun hujan di kawasan-kawasan yang mencapai tahap bahaya.

“nenek..! nenek! Ada awan hitam..! nak hujan dah nek..!”



Aku tak tahu mengapa terikan anak saudara ku itu buat mata ku ingin menangis.....
Ya bumi ini mula basah dengan Rahmat-Nya...........

Sebentar sahaja.....
Benarlah kalimah cinta-NYA
Kun, fa yakun........

Mana si soleh?

Aku nak nangis........
Nak bercerita panjang namun kekangan kesihatan dan juga homework ku yang masih berbaki 18 muka untuk ku selesaikan..  (heh sikit yo pun)


dia...
si soleh itu...

Saya tak kenal dia...
Tapi saya tahu ALLAH SWT sangat sayangkan dia....

Saya cemburu dengan dia...
DEMI ALLAH, saya sangat cemburu dengan dia....


mari dengarkan cerita pendek ini tentang dia, si soleh yang tidak punya nama.........


di zaman Nabi Musa a.s
ketika mana Bani Israel ditimpa musim kemarau yang berpanjangan .. Tidak tahan dengan ujian itu , mereka berkumpul dan datang menemui Nabi Musa a.s supaya berdoa agar diturunkan hujan ..


Berdirilah Nabi Musa as bersama kaumnya dan mereka bersama-sama berangkat menuju ke tanah lapang. 

Dalam suatu pendapat dikatakan bahawa jumlah mereka pada waktu itu lebih kurang 70 000 orang..!



Nabi Musa a.s dan umatnya berdoa kepada Allah s.w.t memohon hujan turun.. 
Namun , keadaan tidak banyak berubah .. 
Langit tetap terang-benderang , tidak ada tanda-tanda hujan akan turun ..



 Kemudian Nabi Musa berdoa lagi..
 dan kali ini Allah menjawab doanya dengan berfirman:



“Bagaimana Aku akan menurunkan hujan kepada kalian?

sedangkan di antara kalian ada SEORANG HAMBA di kalangan yang hadir berdoa,

melakukan maksiat sejak 40 tahun lalu.

Umumkanlah di depan manusia supaya dia berdiri di depan kalian semua.

Kerana dialah Aku tidak menurunkan hujan untuk kalian.”



Lalu Nabi Musa mengumumkan firman Allah itu.
Di saat itu,..
seorang umatnya tahu dialah orang yang dimaksudkan....


Lalu terbisik di hatinya: 

“Kalau aku keluar di depan manusia, akan terbukalah rahsia ku....
 Kalau aku tidak berterus-terang, hujan pun tidak akan turun.”







Hatinya menjadi gundah gulana….


 hingga menitis air matanya….....

 sambil berkata dalam hati:


 “Ya Allah...
Aku sudah melakukan maksiat kepada-Mu selama 40 tahun 
tetapi...
Engkau tidak pernah membuka aibku. 
Aku bertaubat kepada-Mu sekarang, 
maka terimalah taubatku, ya Allah...”





Saat itu langit mula mendung 
dan hujan mulai turun.

Nabi Musa kehairanan....

kerana tidak ada seorang pun muncul untuk mengaku seperti dikehendaki Allah....??


Nabi Musa a.s merasa hairan lantas berdoa, 

" Ya Allah , Engkau sudah turunkan hujan kepada kami , namun tidak seorang pun yang keluar mengaku kesalahannya di hadapan kami . " 





Lalu Allah s.w.t berfirman:

Hujan yang diturunkan disebabkan oleh taubat orang yang melakukan maksiat itu ..





Nabi Musa seraya berkata: 

“Tunjukkan aku siapakah hamba-Mu yang taat dan beriman itu. Agar dapat aku berterima kasih pada nya” 





Namun Allah menjawab..... dan di sinilah...aku tidak mampu menahan air mata ku.........


“Ya Musa, 

Aku tidak membuka aibnya 
padahal dia bermaksiat kepada-Ku. 

Apakah Aku akan membuka aibnya,
 sedangkan dia taat kepada-Ku!”




subhanAllah,...................




Turunnya hujan di kawasan pelabuhan klang ini, yang tahap IPU nya sudah mencapai tahap bahaya...
Buat aku menangis panjang.
Tangis syukur atas Cintanya ALLAH SWT itu pada hamba-hamba-NYA.
Yang waktu lekanya kadang melebihi waktu taatnya..............................
betapa ALLAH SWT itu tetap menjaga nama hamba-hamba NYA..
Disimpan segala rahsia dan aib hamba-NYA.



Demi ALLAH,,,,aku terharu dengan cinta-NYA.........................




UMAT ISLAM MSIA MAKIN CELARU...!!
beri kami kekuatan ya Rabb..


"ISMA juga bersikap biased terhadap golongan yang tidak bersetuju dengan mereka dan melebelkan mereka sebagai pejuang feminisme dan liberalisme tanpa memahami konteks label-label tersebut. 
Mereka terlalu memandang berat isu maruah keturunan dan zuriat tetapi tidak mempunyai nilai perikemanusiaan akan hak dan suara seseorang individu."

TEPUK DAHI baca artikel ni.
tak perlu tulis ISMA pun pasti si pembaca akan tetap tepuk dahi...
Mereka mempertikaikan makna 'KEADILAN'
sedangkan mereka yang mengambil makna secara literal sahaja.
astagfirullah...

http://www.projekdialog.com/featured/projek-dialog-membantah-isma/

wahai saudara seaqidah sekalian..
ikuti kronologi peristiwa ini dan buatlah penilaian anda sendiri.
Saya pasti, kita akan mengiyakan kata yang sama.
ISLAM





Buka topi politik masing-masing.
Fikir dengan iman.
Selamat berjuang untuk ummah!!



* ku harap 30 Jun 2013 hanyalah tarikh biasa, yang mana genap setahun pemerintahan Dr. Muhd Mursi di Mesir. Yang hak tetap akan menjalar walau si batil punya tipu helahnya.... kerana janji ALLAH SWT itu pasti, Allahu khairun makirin.......


Wednesday 5 June 2013

3 TIPS MENJADI MANUSIA TERKAYA





Selamat Datang bakal jutawan sekalian!
Kalian akan melalui satu pergembaraan yang menyeronokkan yang akan membawa anda menjadi MANUSIA TERKAYA.
Kalian sudah bersedia.
Mari kita mulakan...



Pertama
ambil sebatang pen

Kedua
Sediakan sehelai kertas kosong

Dan ketiga
(Ini step paling penting ye. Jadi tumpukan perhatian)

Ambil pen dan kertas tersebut. Tuliskan semua yang kita ada dalam hidup kita yang TIDAK BOLEH dibeli oleh duit.

Mudahkan. Selamat mencuba..!!


opss sebelum menutup tirai. Anda telah mengetahui cara untuk menjadi manusia terkaya dari saya. Jadi anda perlu membayar harga tips tersebut. Mudah sahaja.
Memandangkan anda telah menjadi antara manusia terkaya di dunia, maka saya ingin meminta sedikit harta anda agar harta itu terus subur dan bercambah berkahnya.

Begini caranya,
Dalam masa 24 jam, anda diamanahkan untuk menelifon atau memebritahu secara berdepan kepada kedua ibu bapa anda dan katakan 3 ayat keramat ini:
"Mak abah…saya minta maaf dari orang kecil sampai sekarang"


"Mak abah…redhakan anak mak abah ni ye."

"Mak abah…kalianlah insan paling saya sayang atas muka bumi ni."


Haaaaa ini AMANAH.
Senang bukan.
Itulah cara orang kaya menghargai kekayaannya.

Isu baharu yang orang kaya perlu tahu…….

Situasi bergelora di negara Turki dan sebelum ini di Tunisia adalah 'skrip' sama yang ditayangkan di persada politik Mesir. Cumanya watak dan 'pelakon'nya berlainan. Semuanya tidak mahukan cahaya Islam menyinar di bumi tersebut. 
Kecuali di Tunisia, sumber berita melaporkan terdapat komplot yang dirancang oleh Iran. Semuanya kerana kelantangan Erdorgan dan Mursi mengecam sekutu rapat Iran, Bashar dan memberikan bantuan kepada rakyat Syria. Begitu juga peranan Iran membekalkan senjata dan menghasut pengikut Syiah bangkit di negara Bahrain. 

Di Mesir, kita boleh melihat dengan jelas bagaimana Syiah khasnya memberi sokongan padu kepada pemimpin Barisan Penyelamat, Hamdeen Sobahi. Syiah tidak pernah menyokong dan bersama Presiden pilihan rakyat, Dr.Muhammad Morsi kerana Syiah tahu Mursi akan melaksanakan syariat Islam yang sebenar.

liberalisme : jika diamalkan secara fardi tak menjadi masalah (maknanya, taklah memberi kesan besar, tu dosa dia secara individu sahaja) Tetapi bila liberalisme mahu diangkat sebagai pasak undang-undang sesebuah negara...itu MASALAH BESAR. 
Dan itu yang kita risaukan di Malaysia. Kerajaan yg memerintah negara kita selama ini, ya punya banyak isu koropsi dan sebagainya..tetapi masih punya barging power Islam yang kuat dalam barisan tersebut... Di pihak pembangkang pula dilihat barging power Islam itu kurang...malah lemah dan digugat. Tidak mahu bertopikan mana-mana blok politik,,, Masyarakat kini perlu berfikir 10, 20 tahun akan datang... masa depan umat Islam akan datang di bumi Malaysia yang kita cintai kini.....

Wahai para jutawan sekalian, kalian rasa yang angkat botol arak semasa demonstrasi di Turki tersebut kesemuanya non muslim ke....?
Semoga ALLAH SWT memberi kekuatan kepada Islamis di Turki dan seluruh alam ini...

Dan saya suka ulasan yang dibuat oleh page Melayu Sepakat Islam Berdaulat ini :





Dan sila baca semula perenggan-perenggan diatas. 
Ada  AMANAH buat kalian semua.
Syukran kepada orang kaya sekalian..!!

\




Salam sekencang israk mikraj~~~~
***saya tak pernah ucap sayang pada abah saya. Sekarang dia dah takda, jadi saya selalu doa supaya malaikat yang sampaikan ucapan sayang saya pada arwah abah saya. Jangan jadi orang kaya macam saya.