Thursday 17 May 2012

Mampukah CINTA berpisah dgn RINDU...?





Salam sekencang kerinduanku buat saudara seaqidah sekalian,
Khusus salam kerinduan ini buat sahabat-sahabat seperjuangan yang kini bertebaran di bumi Allah SWT.

Semoga segala urusan kalian dipermudah Illahi, walaupun jalan yang dipilih ini tidak berhamparkan permaidani merah dan kuntuman mawar yang mewangi.
Namun..
teruskanlah langkah menapak duri dan badai 
kerana yakinlah wahai saudara ku,
janji yang kita ikrarkan bersama membawa kepada mahar sejati. 

Mahar CINTA ILLAHI. 

Buat dibeli taman Firdausi. 

Taman indah yang kita janjikan untuk bertemu bercanda bersama SANG KEKASIH kita buat selamanya di sana nanti..







Saudara seaqidah ku sekalian,
Sesungguhnya bingkisan kali ini ku catatkan dengan titisan air mata...

Sakit dan
pedihnya hati seorang perindu..
Sungguh..
kerana alangkah beratnya menanggung beban rindu ini....


..............................................................................



Izinkan saya menggunakan panggilan akhawat, kerana sesungguhnya tulisan ini saya tujukan khusus buat akhawat saya yang sangat saya sayangi kerana ALLAH SWT…

Akhawat…masihkah kalian ingat daurah kita tentang 
“WANITA SOLEHAH & CINTA ILLAHI”…?
Apakah ciri wanita solehah di mata ALLAH…?
Apakah yang engkau ungkapkan sebagai cinta ILLAHI itu…?

Sesungguhnya seorang muslimah tidak dapat dipisahkan dengan CINTA ILLAHI.


Kerana iman itu CINTAnya.


Kerana taqwa itu CINTAnya.


Jihad itu bukti CINTAnya.


Dan zikir itu RINDUnya….


Akhawat…
bila kita mencintai seseorang.
Semestinya kita sentiasa mengingatinya.

Seorang suami yang mencintai isterinya, mampu melupakan seketika wajah isterinya di siang hari.
Atas kesibukan tugas, sang suami itu mampu menepis rindu yang membara kepada isterinya.

Namun....
apabila sang suami ingin melelapkan mata,
pasti wajah isteri tercinta yang akan bermain dan berlegar di ingatan. 


Di sana baru rindu yang terpendam bersuara. 
Sehingga ada segelintir kaum adam yang mampu menitiskan air mata apabila mengenang isteri tercinta yang jauh di mata....









Namun akhawat…
jiwa kita dan kaum adam, sangat berbeza.

Ya mungkin seorang suami mampu menitiskan air mata sekali sahaja dalam sehari apabila dicengkam kerinduan kepada isteri tercinta.

Tetapi, bagi seorang hawa..yang jiwa dan fitrahnya sentiasa sarat dengan rasa dan cinta…


Seorang isteri mampu menitiskan air mata sepanjang hari apabila dicengkam kerinduan kepada suami tercinta yang jauh di mata.




Sehariannya akan dilanda risau.

Dan tidak keruan.


Wajah yang di rindu sentiasa di depan matanya.


Hatinya sentiasa diselubungi rasa rindu.


Dalam kesendirian, hati itu terbang melampaui batas dan waktu.....





Akhawat….dan itulah yang diriku rasakan kini.

Titisan air mata terus-terus membasahi pipi ku dari awal tulisan hingga kini.





subhanAllah…mampukah cinta berpisah dengan rindu…?
Sekali lagi akhawat, jawaplah pertanyaan ku ini..



Mampukah cinta berpisah dengan rindu…?









Sentiasa diri ini tertanya-tanya..




“adakah si dia juga merindui ku…?”


“adakah si dia juga sedang mengingati ku..?”

“betapa hebatkah cinta si dia terhadap ku…?”








“adakah cintanya melebihi cinta ku terhadapnya..?”





“adakah dia juga tertanya-tanya tentang diri ku, sebagaimana aku juga tertanya-tanya tentang dirinya…??”

…………..............









“Dan apabila hamba-hamba KU bertanya kepada mu tentang AKU, maka (jawablah) bahawasanya AKU dekat. AKU memakbulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada KU…”
 (Al Baqarah : 186)






Bila para perindu bergetar jiwanya mencari jawapan,
            Bila para perindu mengharapkan luka-luka di jiwa ini hilang,
                              Bila para perindu ini semakin gelisah meniti pencarian…
                                                    Ku jumpa bunga-bunga mawar di balik lopak kehidupan..





“Apabila seorang hamba mengingati ALLAH dalam dirinya maka ALLAH akan mengingati hamba itu dalam diri NYA pula. Apabila seorang hamba mengingati ALLAH dalam kelompok yang ramai, maka ALLAH akan mengingati hamba NYA dalam kelompok yang lebih ramai lagi..”
( HR Bukhari Muslim)





Wahai akhawat sekalian, demi ALLAH.
Kita tidak dapat menandingi KERINDUAN SANG KEKASIH kita terhadap setiap hamba NYA.
Andai kehangatan tangis itu atas dasar CINTA ILLAHI,
Ketahuilah wahai sang hati.. sesungguhnya SI DIA lebih bergetar dan dahsyat CINTA NYA terhadap diri mu…

Lahaulawala kuata illabillah….siapalah kita…?
Siapalah kita yang hina ini…?
Yang terus-terus lalai saban masa dalam merindui NYA…

Sedangkan SI DIA…


“jika hamba KU mendekati ku sejengkal, AKU akan mendekatinya sehasta…. Dan jika dia mendekati KU sehasta, AKU akan mendekati nya sedepa… dan jika dia mendatangi KU dengan berjalan, AKU akan mendatanginya dengan cara berlari…
(hadith riwayat Tarmidzi)




Apalah perlu ALLAH YANG MAHA KAYA itu untuk berlari ke arah kita…?
Sekali lagi saudara, fikirlah dengan hati mu…hayatilah hadith di atas dengan jiwa nurani mu..
Tidakkah bergetar perasaan mu…
Saya lihat jiwa mu masih kosong.
Kemana CINTA mu wahai saudara seaqidah ku..?
Sedangkan SI DIA sanggup berlari ke arah mu. Ya ke arah mu..
Sedangkan kita bukannya siapa-siapa…!!
subhanAllah.......

....................................



Itulah CINTA saudaraku…
Apa yang mengikat kita dengan NYA
Bukanlah tali hamba dan tuan
Bukanlah tali rakyat kepada pemerintah
Tetapi TALI CINTA

Lihatlah, siapa yang lebih mencintai siapa..?
Adakah wujud tuan di atas muka bumi ini yang lebih mencintai hambanya..?
Bukankah itu sesuatu yang ganjil dan pelik.
Tetapi tidak pada ALLAH SWT yang sememangnya PEMILIK SEGALA CINTA.,

subhanAllah……benarlah, cinta NYA adalah hidup kita…
teruslah merasai cinta itu..
wahai akhawat yang sangat ku sayangi kerana ALLAH…
andai engkau mampu menangis mengenang hebatnya CINTA NYA terhadap diri mu..
menangislah..


menangislah wahai perindu sejati….



Demi ALLAH, tidak akan mampu engkau memisahkan cinta dengan rindu..
Biarlah rindu mu terhadap NYA terus membara.


Biarlah hati mu terus terbang melampaui batas dan waktu.


Biarlah hati mu terus diselimuti rindu, hangat dan bergelora…


Dan…iringilah rindu dendam itu dengan zikrul mahabbah…
Zikir yang penuh rindu dan getaran cinta.
Rindu seorang hamba untuk mendapatkan kasih dan sayang RABB nya..





“Hai orang-orang yang beriman, berzikirlah  (dengan menyebut nama ) ALLAH, zikir yang sebanyak-banyaknya. Dan bertasbihlah kepada NYA di waktu pagi dan petang.”
(Al Ahzab : 41-42)

Hadirkan dirimu dalam keheningan malam..
Waktu berdua dengan NYA
Mampukah engkau bercermin pada permukaan air yang deras dan keruh..??

Engkau hanya mampu menangkap bayangan wajahmu di atas permukaan air yang tenang dan bening.
Maka, dalam kesunyian malam, bangunlah wahai para perindu.
Alunkan zikir mahabbah mu..
Zikir yang penuh rindu dan gelora cinta.
Selaklah tirai kemalasan yang selama ini merobek jiwa mu.
Bangkitlah berdua dengan NYA
Bermesralah dengan penuh cemas tetapi rindu..






“Dan sebutlah nama TUHAN mu pada pagi dan petang. Dan sebahagian dari malam, maka sujudlah kepada NYA pada bahagian yang panjang di malam hari.”
(Al insan: 25-26)




...............................................


Akhawat…tidakkan mampu engkau memisahkan cinta dengan rindu.
Maka, ekspresikanlah rindu itu dengan zikir.

Orang yang berzikir, hakikatnya sedang mempamerkan keghairahan rindu yang melangit, dan pengharapan menggunung serta suasana batin yang memuncak..!!



Ingatlah akhawatku sayang,
Sehebat mana engkau merindui SI DIA,
Hebat lagi rindu NYA pada mu.
Dan..
Siapa yang merindu,
Pasti dirindu…

“Kerana itu, ingatlah kepada KU, nescaya AKU ingat (pula) kepada mu, dan bersyukurlah pada KU dan janganlah kamu mengingkari (nikmat) KU “
(Al Baqarah : 152)








Selamat bercinta dengan NYA wahai akhawat ku sayang~~~~



No comments:

Post a Comment