Wednesday 19 December 2012

Bah, NI KALI LAH..!




 “Ar…ar…arrahman… ‘al..’al…”

Fuu…lambat laa group tadarus aku ni katam..”
Mengeluh dalam hati. 
Sambil merenung tajam ke arah nenek yang duduk selang dua tempat dari ku.
Ingin sahaja aku membacakan untuknya. 
Tapi kurang sopan pula.

Dengan penuh sabar menunggu giliran ku.
Halaqah itu lebih kurang 8 orang.

Ting..
ting..
ting…

Alhamdulillah giliran ku tiba.
Satu muka surat ayat suci al quran itu ku habiskan tidak sampai 3 minit.
Mak cik di sebelah kanan  ku terus menyambung muka surat seterusnya.

“Bagusnya bacaan kamu nak.. Lancar.” 

sapa makcik tersebut sejurus menghabiskan bacaanya.
Aku hanya mampu tersenyum.
Dalam hati mengucapkan syukur yang teramat pada PEMILIK LIDAH ini.
DIA lah YANG MAHA KUASA  melancarkan semuanya.

“Baguslah kamu muda-muda dah lancar baca quran. Jangan jadi macam kami yang dah tua-tua ni. Mata dah kabur baru nak belajar mengaji. Lidah keras dah nak. Tu yang lambat sangat baca tu. Hurmm..kalau lah mak cik belajar dari muda macam kamu.”

Wanita berusia itu menundukkan kepalanya. Menatap sayu al quran di tangannya.....



“hu..hu…..hu wal…wal lazi..”

Kedengaran kembali bacaan yang sangat merangkak dari nenek tadi.

Mata ku merenung simpati padanya.
Terharu dengan kesungguhannya.



Kelanjutan usianya itu tidak menghalangnya untuk hadir majlis tadarus tersebut.
Sedangkan pemudi seusia ku boleh di kira dengan jari.

Malah kejelikkan bacaannya itu tidak membina tembok malu dalam dirinya dari berada dalam majlis payungan malaikat itu.

Jelik di mata ku manusia biasa.
Tapi aku yakin bacaannya itulah paling indah di telinga TUHAN kita.
Bacaan yang bersungguh mencari redhanya.





INI KALI LAH!


“Ah malu nya pah. .!Awat hang baca terkedok-kedok ni. Ecah yang form 1 tu lagi lancar kut..!!”

Aku mengeji diri ku sendiri.
Sedar-sedarlah diri tu dah form  4.
Tapi bacaan quran macam budak darjah 1.
Budak darjah 1 pun agaknya lagi lancar dari kau pah.

Argghh teruk-teruk……!!


Tahu tak apa perasaan bila kita baca quran merangkak-rangkak..?
SESAK-SESAK.
MALU

Bukan malu dengan orang. (tu memang lah kan)
Tapi…
Tapi aku lebih malu dengan DIA….
DIA yang cipta lidah aku ni………….


“Jangan nak salahkan mak ye pah. Mak dah ajar kau dari kecik lagi.”

Aku yang tak amal...
Bila je buka quran..
Astagfirullahal azim.....






 ..........................................................................



FORM 5
Ramadhan Kareem.
INI KALI LAH..!



Sambutan ramadhan di bumi tarbiyah SBPI Rawang sangat subhanAllah.
Usai terawih bersama warga asrama penuh tersebut.
Aku lebih suka memilih untuk duduk di tepi beranda masjid untuk bertadarus sendiri.
Tadarus berkumpulan kami dijalankan di waktu tengahari.

Waktu lapang di malam yang dingin itu sungguh indah.
Lampu warna-warni di sekeliling bumbung masjid.

MasyaAllah…
Baru aku sedar.

Aku kini di bulan tarbiyah.
Bulan turunnya al Quran.


Turunnya quran, maka terpancarlah hidayah buat umat manusia di Mekah.
Maka bermulalah segala perubahan.

Kau taknak berubah pah..?



Al quran di tangan ku genggam kemas.
Aku bertekad untuk melancarkan bacaan al quran ku yang sangat teruk ini.
“Ya Rahman, berilah hamba MU ini kekuatan ya Allah….”


..................................

Pernah suatu hari,
Tekak ku sangat sakit.
Rasa bagai hendak demam.
Namun ku teruskan juga bacaan quran ku itu.
Sedang kebanyakan sahabat-sahabatku memilih untuk bersenang-senang di tengahari bulan yang mulia tersebut.

“Teruskan pah. Bila nak berubah.”



Sehari aku akan menghabiskan hampir 2 juzuk.
Aku sendiri tidak tahu bagaimana aku boleh setekad ini.

Dengan bacaan yang sangat merangkak.
Kadang aku jadi benci dengan diri ku sendiri.
Air mata ku tahan kelat.
Tak mahu aku biarkan tumpah.

Tapi……
Bagaimana kita tidak menangis membaca ayat-ayat cinta ALLAH SWT ini.
Makna di setiap ayat cinta tersebut, subhanAllah…..



Di bulan yang mulia ini,.
aku bukan sahaja bertekad untuk mengkatamkan 30 juzuk.
Tetapi aku juga bertekad menghabiskan bacaan tersebut bersama makna.

Jadi, tadarus ku memang memakan masa yang sangat lama.
Bacaan terkedok-kedok.
Selak makna pula.
Allah….
Tapi Alhamdulillah Allah terus-terus memberi kekuatan.

Di pelosok dorm yang riuh rendah itu aku tetap berusaha mentadabbur mukjizat Muhammad SAW tersebut.

Bayangkan, selama ini aku hidup bergelumang dengan kelalaian dan dunia.
Tiba pada surah al qiyamah halaman 577:




“Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.
AKU bersumpah dengan hari kiamat.


Dan AKU bersumpah demi jiwa yang selalu menyesali (dirinya sendiri)


Apakah manusia mengira bahawa KAMI tidak akan mengumpul kembali tulang-belulangnya..?”
Aku tersentap. Persoalan itu bagai tertuju buat diri ku.



“Bahkan KAMI mampu menyusun (kembali) jari-jemarinya dengan sempurna.
Tetapi manusia hendak membuat maksiat terus-menerus.”
Aku tertunduk. Dadaku  mula berombak. Aku meneruskan pembacaan ku. Sehinggalah tiba di ayat…



“Tidak! Bahkan kamu mencintai kehidupan dunia, dan mengabaikan kehidupan akhirat.”


Tidak! Apabila (nyawa) telah sampai kekerongkong, dan dikatakan kepadanya, “siapa yang dapat menyembuhkan?”
Dan dia yakin bahawa itulah waktu perpisahnya (dengan dunia),
dan bertaut betis (kiri) dengan betis (kanan),
kepada TUHANmulah pada hari itu kamu dihalau”

Aku menarik nafas panjang. Dada ku makin berombak. Ekor mata ku tertuju ke potongan ayat seterusnya.



“Kerana dia (dahulu) tidak mahu membenarkan  (Al-Quran dan Rasul) dan tidak mahu melaksanakan solat,”
Terpaku mata ku di ayat itu. Jantung ku makin berdenyut kencang. Secara tidak sedar, tangan ku mengenggam keras tafsir itu. Tidak lagi mampu untuk aku menahan air mata dari tumpah. Bagaikan tidak terdaya untuk aku meneruskan pembacaan. Di saat itu aku merasakan bagai TUHAN  benar-benar sedang berbicara dengan aku yang hina ini. Aku malu.



Tetapi justru dia mendustakan (Rasul) dan berpaling (dari kebenaran),
kemudian dia pergi kepada keluarganya dengan sombong.
Celakalah kamu! Maka celakalah!”

“Astaghfirullahal azim…!”
Aku  beristigfar panjang di dalam hati. Seluruh tubuh ku terkejut dengan ayat yang menunjukkan kedahsyatan  kemurkaan Allah SWT. Aku meneruskan pembacaan…




“Sekali lagi celakalah kamu (manusia)! Maka celakalah!
Apakah manusia mengira, dia akan dibiarkan begitu saja (tanpa pertanggungjawaban)..?”

Bagaikan halilintar menyambar tubuh ku kini. 
Seluruh anggota ku menggeletar ketakutan.
TUHAN sedang berbicara denganku………

Ya, kehebatan al quran itu sendiri yang membuat aku kuat untuk menghabiskan tadarus fardi ku itu.






Alhamdulillah kini aku di usia 21 tahun.
Tidak lagi merangkak bila membaca ayat-ayat suci tersebut.
Jika ingin berubah.
Tidak memerlukan satu tahun.
Sehari sudah cukup untuk kita mengubah diri.

Kerana kita hanya punya kudrat untuk berusaha,
Dan yang mengubah itu bukan kita,
Tetapi DIA.

Keterbatasan itu mustahil bagi ALLAH SWT.


Persoalannya KITA.
Cuma mahu atau tidak.
Sanggup atau tidak.
Bah, INI KALI LAH..!!
 .................





Yang Merah itu saga

Haaa…
Seumur hidup aku takkan lupa pantun ini.
Sebab apa?
Sebab pantun ni lah yang buat aku popular kat asrama.
Popular di kalangan kakak-kakak form 5.
Sampai exco disiplin panggil.
Allah….memang aku takkan lupa pantun ini.


Yang merah itu saga,
Yang hitam itu kumbang,
Yang cantik itu adinda,
Yang kacak itu abang.




Haaa terus aku koyak surat tu.
Masuklah kau ke tong sampah.
Allah… apalah tebiat manusia ni.
Umur baru berapa nak cintan-cintun.
Eeeee tolong la.
Sekali ku karate baru tahu..!!



“Sharifah… enti bercinta dengan abang tet ye?”


Ya Allah… 
terkejut aku dengar soalan tu. 

Dengan muka kak bob, exco disiplin yang agak garang ni. 
Haaa nak nangis……..

Astagfirullah…. Rupanya surat sepanjang 2 muka yang ku koyak tempoh hari telah diambil oleh seseorang dan dicantumkannya semula.
Habis tersebar fitnah aku ber….. eeeee
Tolong lah.


Selepas daripada tu, setiap kali bertembung dengan kakak senior pasti akan kedengaran..

“merah itu saga”

“merah itu saga”

Ya Allah…. Daripada aku bercinta dengan entah siapa-siapa tu. Baik aku bercinta dengan buku bio, fizik, chemist, add math yang setebal kek hari jadi ni.
Bah, LAIN KALI LAH..!!

…………………………………………




2 tahun kemudian...

Kepada SHARIFAH BT ABDUL SAMAD Calon isteri saya, calon ibu anak-anak saya, calon menantu Ibu saya dan calon kakak buat adik-adik saya Assalamu'alaikum Wr Wb.

 Mohon maaf kalau anda tidak berkenan. Tapi saya mohon bacalah surat ini hingga akhir. Baru kemudian silakan dibuang atau dibakar, tapi saya mohon, bacalah dulu sampai selesai. Saya, yang bernama *tet menginginkan anda SHARIFAH BT ABDUL SAMAD untuk menjadi isteri saya. 

Saya bukan siapa-siapa. Saya hanya manusia biasa. Buat masa ini saya mempunyai pekerjaan. Tetapi saya tidak tahu apakah kemudiannya saya akan tetap bekerja. Tapi yang pasti saya akan berusaha mendapatkan rezeki untuk mencukupi keperluan isteri dan anak-anakku kelak. Saya memang masih menyewa rumah. Dan saya tidak tahu apakah kemudiannya akan terus menyewa selamannya. 

Yang pasti, saya akan tetap berusaha agar isteri dan anak-anak saya tidak kepanasan dan tidak kehujanan. Saya hanyalah manusia biasa, yang punya banyak kelemahan dan beberapa kelebihan. Saya menginginkan anda untuk mendampingi saya. Untuk menutupi kelemahan saya dan mengendalikan kelebihan saya. Saya hanya manusia biasa. Cinta saya juga biasa saja. Oleh kerana itu Saya menginginkan anda supaya membantu saya memupuk dan merawat cinta ini, agar menjadi luar biasa.

 Saya tidak tahu apakah kita nanti dapat bersama-sama sampai mati. Kerana saya tidak tahu suratan jodoh saya. Yang pasti saya akan berusaha sekuat tenaga menjadi suami dan ayah yang baik. Kenapa saya memilih anda? Sampai saat ini saya tidak tahu kenapa saya memilih anda. Saya sudah sholat istikharah berkali-kali, dan saya semakin mantap memilih anda. Yang saya tahu, Saya memilih anda kerana Allah. Dan yang pasti, saya menikah untuk menyempurnakan agama saya, juga sunnah Rasulullah.

 Saya tidak berani menjanjikan apa-apa, saya hanya berusaha sekuat mungkin menjadi lebih baik dari sekarang ini. Saya memohon anda sholat istiqarah dulu sebelum memberi jawapan pada saya. Saya beri masa minima 1 minggu, maksima 1 bulan. Semoga Allah redha dengan jalan yang kita tempuh ini. Amin
 Wassalamu'alaikum Wr Wb


.................................



Dup..dup..dup

Kiriman itu ku baca dengan…
Dengan……
……………………………
Dengan ketawa yang terbahak-bahak.

Allah..Allah……
Saya baru 18 lah.
Bah, LAIN KALI LAH..

………………………………….


Di usia 20
Keindahan tarbiyah dan dakwah telah membuat ku berikrar untuk menginfakkan diri ku di jalan ini.

Aku mula sedar 
putar goleknya dunia.
Jatuhnya islam 
dari tempat yang sepatutnya.

Kerana siapa..?
Kerana kita sang penganutnya.
……………


Risikan itu ku pertimbangkan sebaiknya.
Jawapan PEMILIK NYAWA lebih ku utamakan.
MATA ILLAHI lebih celik dan jaga.
Di usia 20 ini, insyaAllah ku yakin sudah bersedia menjadi suri kepadanya.

BUKAN?

BUKAN?

BUKAN ke ya ALLAH..?

Kenapa 'dia' pula?



Allah…............. 
HE KNOW THE BEST FOR US.



Kepada mu wahai insan yang hadir di lewat munajat dan istikharah ku,

Mengapa aku memilih mu..?
Ya mengapa..?
Itulah persoalan yang  dahulunya sering menyesakkan fikiran ku,
Tetapi,
Yakinlah..
Sesungguhnya tidakkan tercipta warkah ini, melainkan telah ku yakin dan tenang dengan sepenuh jiwa ku bahawa,
Allah yang telah memilih mu untuk ku.



Andai benar aku bidadari mu,
Engkau persiapkanlah diri untuk menerima amanah ini,
Kerana aku juga akan mempersiapkan diri ku untuk mu,



Andai benar aku bidadari mu,
Maka ku pinta agar engkau mantapkanlah cinta mu pada-Nya,
Teruskanlah memelihara taqwa mu,
Carilah aku di lewat munajat dan istikharah mu,
Kerana sesungguhnya di situlah aku menemui mu.



Andai engkau tidak berjaya,
Maka bersamalah kita menerima dengan redha,
Mungkin bidadari yang lebih mulia telah tercipta buat mu,
Dan mungkin selembar kisah ini hanyalah ujian Allah buat kita.
Wallahua’alam~~





INI KALI LAH.
Perjalanan perlu diteruskan..

…………………………………





LAWAN TETAP LAWAN


PEMBINA mengetengahkan persoalan arus liberal bukan kerana kami mahu melabel sesetengah individu yang berfahaman demikian dan memukul rata kepada organisasi yang mempunyai ciri untuk menjadi liberal ..

tujuan kami tidak lain tidak bukan
adalah untuk menyedarkan masyarakat dan mahasiswa khususnya bahawa disana ada bahaya yang cukup besar,
permasalahan yang sangat rumit serta satu bentuk ancaman yang maha dahsyat..

hasil fikrah liberal melahirkan seorang muslim yang tidak tulin akidahnya kepada Allah..

mereka mengaku mereka islam tetapi pada masa yang sama bersekongkol dengan budaya jahil
seperti

 mengangkat seruan LGBT,



 larangan menutup aurat kepada wanita,




hak untuk melakukan hubungan seks bebas




menolak hukuman islam



menyokong undang-undang sekular


  

mengatakan semua ajaran adalah benar




dan syariat agama agama sebelum islam belum lagi terbatal..



Wahai saudara seaqidah ku..
kita mengambil iktibar terhadap apa yang berlaku di negara jiran iaitu indonesia,..

suatu ketika ulil abshar memperkenalkan agama plural-liberal masyarakat tidak menyedari akan hakikat bahayanya fahaman ini , mereka tidak ambil peduli dan tidak endah akan tulisan tulisan ulil absar..

Kini .. gereja masjid dan kuil di indonesia merupakan tempat yg sama bagi sesetengah tempat...

seorang profesor bertudung labuh namun mengamalkan amalan lesbian..


adakah kita (belia) mahu mewarnakan negara dengan corak-corak yang sedemikian rupa pada masa hadapan…?


LAWAN TETAP LAWAN!
Bah, ni kali laa..!!

………………………………………





Hidup ini adalah perjalanan menuju KEMATIAN.
Kita yang memilih peranan kita sepanjang perjalanan itu.


Semoga segala impian kalian dimakbulkan ALLAH SWT. Dan moga kalian tetap tersenyum gembira di bawah payung rahmat dan cinta Illahi.
Man ansarullah..?
Nahnu ANSARULLAH..!!

*Ingin melihat bagaimana anak kita nanti. Lihatlah diri kita sejak umur 20. 





No comments:

Post a Comment