Monday 30 January 2012

Adakah perang dah TAMAT...?


Salam kerinduan buat semua saudara seaqidah ku,
kali ini, hati saya kembali terketuk untuk mengukir sesuatu dengan pena tanpa dakwat ini...
sesuatu yang mungkin kebanyakan kita LUPA...
Dan lebih menyedihkan...
Mungkin ada di antara kita...yang tidak mengetahui perkara ini...




"Laa, kenapalah baru sekarang saya tahu benda ini"
Ha, saya dengar hati anda berbisik sesuatu..





Namun jangan risau wahai saudara ku sayang..
Lambat, tidak bermakna tidak bagus..
Ingatlah, 
Sesungguhnya, tanda sayangnya ALLAH SWT pada hamba-hamba Nya adalah...
DIA akan memberi kita KEFAHAMAN mengenai agama NYA..
Kini, bersyukurlah dengan setinggi-tinggi kesyukuran wahai sahabat.
Kerana DIA masih menyayangi kata semua..
Alhamdulillah. 




Baik lah,
Kita kembali kepada persoalan pokok.
Apakah perkara yang saya sebutkan sebentar tadi..?
Perkara yang telah kita LUPAKAN..
Atau mungkin selama ini kita tidak mengetahui akan hakikat perkara ini..




Perkara tersebut adalah...


"UMAT ISLAM Msia SEDANG DITIMPA MALAPETAKA"


"Apalah yang kak pah merepek ni.. punyalah aman Msia ni"


"Mana ada malapetaka. Ok je saya boleh pergi hepi-hepi enjoy tiap weekend"


.






..............bersedialah wahai saudara, kerana selepas ini hati anda akan dirundum takut dan gelisah mendengar hakikat seterusnya.......................









Barangkali kita perlu meneliti kembali apa yang disabdakan Nabi Muhammad SAW kira-kira 1,433 tahun lalu apabila Baginda ditanya oleh sahabat mengenai kekuatan umat Islam masa hadapan di mana Baginda menjawab bahawa umat Islam pada akhir zaman akan menjadi kaum majoriti di dunia, tetapiianya tidak bererti dan tidak menakutkan musuh iaitu ibarat buih di lautseperti yang diriwayatkan daripada Thauban r.a. yang bermaksud:  
“Setelah aku wafat,setelah lama aku tinggalkan, umat Islam akan lemah. Di atas kelemahan itu orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang menghadapi piring dan mengajak orang lain makan bersama.”
Maka para sahabat r.a. bertanya,
 ”Apakah ketika itu umat Islam telah lemah dan musuh sangat kuat?” Sabda Baginda SAW: “
“Bahkan masa itumereka lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak bererti dan tidak menakutkan musuh. Mereka adalah ibarat buih di laut.
Sahabat bertanya lagi,
“Mengapa seramai itu tetapi seperti buih di laut?” Jawab Rasulullah SAW, “Kerana dua penyakit, iaitu mereka ditimpa penyakit al-Wahn.
Sahabat bertanya lagi,
“Apakah itu al-Wahn?” Rasulullah SAW bersabda, “Cintakan dunia dan takut akan kematian.”


....................................................









Baik, saudara...
Jika saya bertanya kepada anda.
Mana yang lebih anda simpati.
Nasib umat Islam di PALESTIN atau di MSIA...???


saya yakin ramai yang akan menjawap PALESTIN.
Benar.








Tetapi,
Terimalah hakikat yg sebenar wahai saudara-saudara ku..
Sebenarnya NASIB UMAT ISLAM DI BUMI MSIA INI LEBIH MENYEDIHKAN berbanding saudara kita di Palestin..


Saya lihat anda mula mengerutkan dahi..
Tidak mengapa..
Bersama kita memahami hakikat ini.
Ini lah perkara yang saya sebut kan diawal tadi...
PERKARA YG KITA TELAH LUPA..
dan lebih menyedihkan mungkin,
PERKARA INI TIDAK PERNAH KITA SEDARI.... 








Jika anda ingin tahu,
Apa yang terjadi pada saudara-saudara kita di Bumi Jihad PALESTIN..
Saban hari,



~kanak-kanak palestin di tangkap, diherdik, di hina, di seksa. Mereka di hujani oleh pelbagai soalan dari polis2 yahudi laknatullah. Terdapat kanak2 yg di cucuk dubur nya dengan batang kayu..!

~tiada bekalan ubat yg mencukupi. Kanak2 menjerit, meraung kesakitan apabila luka di badan mereka DI JAHIT TANPA BIUS..

~akibat tiada bekalan makanan.. ada yg merebus RUMPUT DEMI MENGISI PERUT....Allah..

saudara...tidakkah iman saudara tersentap perdengarkan semua ini?






Namun, 
Pernah kita dengar mereka meletak senjata lalu menyerahkan BUMI SUCI itu pada Yahudi laknatullah.
Pernah kita dengar mereka melaungkan kata-kata tunduk pada kezaliman anjing-anjing laknatullah...


Malah pernah seorang pejuang HAMAS, Dr. Khalil Ismal al Hayya berpesan kepada umat Islam di Msia:






"Alhamdulillah, ALLAH memilih kami yg berada di Palestin supaya berjihad. Kami dipilih untuk menjadi barisan hadapan kepada umat Islam. Kami dipilih oleh ALLAH bagi mengorbankan jiwa, nyawa, harta, anak-anak kami supaya menentang musuh ALLAH dan mempertahankan MASJIDIL AQSA. Generasi berganti generasi, umat Islam di Palestin tetap sabar dan komited supaya terus kekal dan mempertahankan tanah air mereka. Ia adalah JIHAD, KEMULIAAN dan BUKTI yang ingin kami bawa sebagai MAHAR SYURGA nanti. Semoga ALLAH menerima pengorbanan kami ini"








subhanAllah,
Hayatilah kata-kata pejuang di atas ini..
Sarat dengan CINTA kepada ALLAH SWT.
CINTA kan AGAMA NYA.
CINTA kan UMMAH.


Mereka rela mengorbankan HARTA, ANAK, ISTERI dan NYAWA
semata DEMI MEMPERTAHAN KESUCIAN ISLAM..


Walaupun secara ZAHIR dan FIZIKALnya mereka dijajah, dizalimi.
 Namun,
Iman mereka..
Jiwa mereka BEBAS..
Sesungguhnya mereka sedang bahagia menikmati perjuangan.
Yang di akhirnya dijanjikan SYURGA...
Sedikit pun saya tidak simpati pada mereka.
Malah saya BANGGA mempunyai saudara seteguh mereka.
Dan saya amat berharap agar dapat berjuang bersama mereka.
Menuju MENANG atau SYURGA>..





Kini saya bentangkan pula, REALITI umat Islam Msia...

-Subuh; berapa ramai yg teguh menunaikannya. Walaupun lengkap segala kemudahan, air, eletrik, katil dan sebagainya. Ramai lebih memilih katil berbanding sejadah. Tidakkah sedih hati mu saudara..?

-Pendidikan; bersepah institusi pengajian tinggi di Msia. Tetapi kualiti pelajarnya. Cukupkah sekadar ingin mengejar segulung ijazah sahaja. Nasib umat tidak pernah diambil kira. Bagi mu, "Aku senang, cukuplah.." Astagfirullah...Tidakkah sedih hati mu saudara..?

-Agama; Majoriti nya bercop kan MUSLIM pada IC. Tetapi, d mana islam mu...?? Aurat? Solat? Pergaulan? Akhlak? Hiburan? 





Ingin saya membawa satu hasil kajian yang dilakukan oleh sebuah institusi pengajian tinggi di Selangor..

.....



Maafkan saya kerana memang agak sukar untuk saya tuliskan nya di sini.
Bukan kerana saya penat untuk menaip...
Tetapi kerana,..pilu dan sedih nya hati setiap kali saya mengingati semula hasil kajian tersebut....

.........

Mereka telah melakukan analis mengenai "PUNCA BERLAKUNYA HAMIL ANAK LUAR NIKAH"
Daripada 100%

Hanya 7% sahaja yang hamil anak luar nikah kerana - Di rogol, sumbang mahram, perdagangan manusia (KES KENA PAKSA)

Dan selebihnya,
iaitu lagi 93% kes mengandung anak luar nikah,
adalah kerana
KERELAAN GADIS ITU SENDIRI....

astagfirullahl azim.......
Tidakkah iman anda semua tesentap mendengarkan hakikat ini...?

Betapa teruk dan hancurnya masyarakat kita kini.
Bukan kemudaratan yang mencari mereka..
tetapi MEREKA YANG MENCARI KEMUDARATAN
MEREKA YANG TERJUN KE LEMBAH KEHINAAN
MEREKA YANG MENJATUHKAN KEMULIAAN...

Sekali lagi saya ulang, 
Sedikit pun saya tidak simpati pada umat Islam di PALESTIN.
Malah saya BANGGA mempunyai saudara seteguh mereka.
Dan saya amat berharap agar dapat berjuang bersama mereka.
Menuju MENANG atau SYURGA>..


tetapi hati saya sangat sedih dan sakit mengenang nasib umat kita di bumi MSIA...
Di agenda musuh durjana.
Merasa aman padahal ditimpa bala.
Melaung kemerdekaan sedangkan dijajah.

Menukar sebatang senapang dengan sebiji gitar.
Menjaja Iman demi neraka...

Kita perlu sedar wahai saudara seaqidah ku...
Kita sedang di AGENDA KAN OLEH MUSUH.
Mereka menyuap kita dengan beraneka HIBURAN dan FAHAMAN...
Mereka tidak memurtadkan kita.
Cukuplah mereka menjauhkan kita dari KITABULLAH..
Agenda mereka untuk menakluk dunia akan terlaksana...

Kini, 
kita benar-benar seperti buih..
Ingat semua hadith SAW

“Bahkan masa itu mereka (Umat Islam)  lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak bererti dan tidak menakutkan musuh. Mereka adalah ibarat buih di laut.

Dan mengapa begitu, kerana...

“Kerana dua penyakit, iaitu mereka ditimpa penyakit al-Wahn.

Apa itu al-Wahn...??

Rasulullah SAW bersabda, “Cintakan dunia dan takut akan kematian.”

....................................

Bangunlah dari lena wahai saudara seaqidah kusekalian..
Peperangan BELUM TAMAT.
Usah dicatur musuh durjana.

Alihkan kabus yang menghijab mata mu.
Telah banyak darah yang mengalir,
walau tanpa engkau tahu.
Penganiayaan perlu dibela..
Perang Saraf sudah mengambil tempatnya.

Tingkat ilmu mu,
Fahami tuntutan NYA.
Sonsonglah perjuangan.
Rapatkan barisan, maju kehadapan...
Menuju MENANG atau JANNAH~~~  






Friday 20 January 2012

Wahai Pencinta: JALAN MASIH JAUH~~

PERJALANAN kita masih JAUH


Pesanan terakhir Syed Qutb....
Saudara!
Seandainya Kau Tangisi Kematianku,
Dan Kau Siram Pusaraku Dengan Air Matamu
Maka
Di Atas Tulang-Tulangku
Yang Hancur Luluh,
Nyalakanlah Obor Buat Ummat Ini
Dan...........
Teruskan Perjalanan Ke Gerbang JaYa



Saudara!
Kematianku Adalah Suatu Perjalanan
Mendapatkan Kekasih
Yang Sedang Merindu
Taman-Taman
Di Syurga Tuhanku Bangga Menerimaku
Burung-Burungnya Berkicau Riang Menyambutku
Bahagialah Hidupku
Di Alam Abadi



Saudara!
Puaka Kegelapan Pasti Akan Hancur
Dan Alam INi Akan Disinari Fajar Lagi
Biarlah Rohku Terbang Mendapatkan Rindunya
Janganlah Gentar Berkelana Di Alam Abadi
Nun Di Sana Fajar Sedang Memancar ........
(Ditulis beberapa ketika sebelum menemui SYAHID)