Thursday 29 November 2012

Bila ALLAH SWT menutup mata-NYA




EXAM :Tasfir ayat ahkam
LOKASI : Maktabah KU



Penuhnya soalan….

jawapan?

Blank.

Itu kebiasaan bagi pelajar yang nervous.
Sayangnya sahabat saya, Ayuni masih tidak dapat menghilangkan blanknya itu.

Masa bergerak pantas.
Dia menoleh ke kiri dan kanan.
Resah di wajahnya tidak dapat lagi disembunyikan.

Akhirnya dia memilih untuk menekup mukanya ke meja.
Melihat reaksi sahabat saya itu, cukup membimbangkan.
"Ya Allah...permudahkan segala urusannya."

Hanya itu yang mampu saya lakukan ketika detik yang getir itu.

.....................................


Selang beberapa minit, 
saya melihat dia menegakkan kembali kepalanya.
Tangannya laju mengisi ruang jawapan. 
Melihat jam di dinding, 
masa hanya berbaki beberapa minit sahaja lagi.

Kau boleh Ayuni.!

Percaya atau tidak, kertas jawapan yang kosong tu. Dalam sekelip mata sahaja boleh penuh dengan jawapan. 


“Apa jadi Yun..?”





“Kak..tadi atas meja tu ada jawapan. Entah siapa yang study dekat situ lepas tu conteng meja tu dengan nota kita. Waktu saya hantar kertas tadi, saya cakap dekat ustazah yang saya tiru jawapan atas meja. Takutlah kak…”






“Lepas tu? Ustazah suruh buat semula ke?”




“TAK. Ustazah cakap takpa. Saya cakap nak buat semula. Dia cakap tak perlu dah”




YA ALLAH…………
Begitu sekali ENGKAU menolong hamba MU.
Janji MU tidak lagi mampu disangkal.



 Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah(dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya), nescaya akan diberikannya kelapangan (jalan keluar dari segala perkara yang menyusahkannya). Dan diberikanya rezeki yang tidak disangka-sangka. Dan (ingatlah), sesiapa yang bertawakal (berserah diri bulat-bulat) kepada Allah, maka dicukupkan baginya (keperluan untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala yang di kehendaki-Nya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. 
- (Ayat 2 & 3 Surah At-Talaq)

.....................








ORANG MATI TOLONG AKU..!!

Waktu semester 4 yang lepas.
Ada suatu ketika ni, saya terover dos dalam belanja bulan saya.
Kalau siapa yang biasa hidup dalam tarbiyah dan dakwah, pasti akan merasai yang sama.

Menghitung hari...
Tengok kalender…… ada 2 minggu lagi untuk masuk duit belanja.
Boleh je saya minta mak saya masukkan duit lebih awal.
Tapi…ermm nampak benor tak reti hidup sendiri.


Tak mengapalah..
2 minggu dengan rm10.
InsyaAllah………….



Nasib ada sahabat-sahabat yang sentiasa membantu. 
Memang cukuplah rm10 tu untuk 2 minggu. 
Tapi… Bila ada program yang perlu keluar dari kolej, mana nak cekup duit.
Allah…...........................mengeluh panjang
Hurmm InsyaAllah.


2 minggu yang agak menyeksakan.
Perlu menebalkan muka untuk meminjam duit sahabat-sahabat untuk menghadiri program.
Hurmm Allah….......................mengeluh panjang lagi, teruk.



Jam menunjukkan pukul 12 lebih. Zohor dalam pukul 1.15 petang.
Tidurlah sekejap, qailulah.
Sedang cuba untuk melelapkan mata.
Terasa perut memulas lapar.


“tidur jelah pah. Nanti lupa lapar tu.”


Cuba memujuk hati dan perut sendiri. 
Ya, sahabat-sahabatku sangat baik semuanya. Sangat-sangat baik.
Memberi tanpa ku minta. Tapi, kalau selalu.. 
Allah.. tahanlah sekejap. Nabi SAW pun ikat batu dekat perut untuk elak lapar.
Mungkin sudah tiba masa untuk merasai keperitan Kekasih Allah itu.
Walaupun keperitan ujian ku ini hanyalah seperti 1 nisbah 1000.

......................................



Tiba-tiba,
Ada panggilan masuk ke telifon bimbit ku.

“KAK AMIE”


Waaaa AMAZING..!!
Orang yang paling sibuk di dunia menelifon saya.

Dia merupakan anak ke 4 dari kami 10 adik beradik.
Graduan Politeknik dalam bidang pelancongan.
Sekarang bekerja di sebuh hotel di Genting Highland.
Seriusly, dia sangat busy.
Dapat bercakap dengannya selama 3 minit di telifon merupakan satu perkara yang amat menakjubkan.
Semoga Allah SWT berkati segala usahanya.
Terus saya menyambut panggilan tersebut.

“Kak mie..!!!”

“Hah pah. Sihat ke? Belajar ok? Pah ada masalah ye dekat sana?”


Tengok cara orang busy cakap dalam telifon…..




Orang sihatlah kak mie. Belajar ok je. Masalah? Hurmm takda.”

“Yeke ni takda masalah. Pah ada masalah duitkan??”

Ya Allah…macam mana boleh tahu ni. Aku mana ada bagitahu siapa-siapa.





“haaa..duit pah ada berapa sekarang?”


“Ermm adalah…tak sampai 10 ringgit hehe”


“Ha, nanti petang orang masukkan rm200.”

“Allah..banyaklah kak mie.”

“Takpa. Simpanlah kalau lebih. Pah, tahu tak.. Dari mana orang tahu pah takda duit ni?”


“Manalah orang tahu. Siapa yang bagitahu kak mie.?”

“Semalamkan pah, orang mimpi arwah abah. Abah cakap kat orang yang pah ada masalah kewangan. Lepas tu abah suruh orang bantu pah.”

Allahu akbar.
Arwah abah yang suruh tolong…..
Arwah abah……….........................





Saya boleh rasakan yang tangan saya mula mengeletar.

Genggaman saya untuk memegang telifon tersebut semakin lemah...

Terus saya meminta izin untuk memutuskan talian dengan alasan ingin menunaikan solat zohor sedangkan belum lagi masuk waktu..
Selesai memberi salam kepada kakak yang saya rindui itu.
Saya terus turun dari katil.
Meluru mengambil wuduk.

Air mata saya terus-terus tumpah ketika mengangkat wuduk.

Arwah abah tolong aku..
Arwah abah……....................




Solat taubat itu ku sempurnakan dengan doa yang panjang.
Tidak tahu bagaimana untuk mengambarkan perasaan ketika itu.

Orang mati tolong kita.

Orang yang kita rasa dah jauh dari kita.

Orang yang kita rasa dah tak tahu berita kita.

Orang yang sudah tiada di sisi kita.......



Ya ALLAH..sebegitu sekali ENGKAU membantu hamba MU
Aku malu.
Aku malu dengan DIA
DIA yang tidak menghitung-hitung aku ini siapa.
DIA yang terus mencurahkan kasih sayang NYA pada ku
Sedangkan aku?
Ya Allah……….
Tidakkah ENGKAU nampak dosa ku selama ini?
Kedegilan dan kederhakaan ku selama ini…??

Bila ALLAH SWT menutup mata NYA……..
Baiknya ENGKAU ya ALLAH……………………………………………………………..





MABIT VS EXAM

Mabit bulanan Persatuan Belia Islam Nasional,PEMBINA.
(Mabit: malam bina taqwa @ qiam)


Paling membimbangkan bila MABIT tersebut jatuh di minggu peperiksaan.
Di sana, wajah sebenar kita, para pemuda yang mewakafkan diri untuk tarbiyah dan dakwah akan terbuka.


“Kak…asiff tak dapat hadir. Saya ada exam esok.”

“Kak… asiff, saya ada presentation esok. Malam ni ada gruping”

“kak…sorry kak”

“Kak..maaf kak..”






DEMI ALAH..saya tidak pernah merasa sedih bila MABIT tersebut hanya di hadiri oleh 6 hingga 8 orang akhawat sahaja.

Apa yang saya hendak sedihkan.
Bukan saya yang rugi.
Saya tidak rugi apa.

DEMI ALLAH, KALIAN YANG RUGI.
KALIAN YANG MEMILIH UNTUK TIDAK PERCAYA JANJI ALLAH SWT ITU.

In tansurullaha yansurkum....




Kalian memilih untuk duduk di rumah.
Belajar.
Siapkan assignment.
Tolonglah wahai akhawat ku, berapa banyak masa ALLAH SWT sudah berikan selama ini kepada kita.
Mabit ini sebulan sekali.
Bukan setiap hari.
Ya,
Kalian hebat.
Boleh bangun qiam sendiri. Di rumah hari-hari ada tazkirah subuh dan maghrib.
Di rumah hari-hari jemaah solat dan mathurat dengan ahli rumah.
Bagus.
Bagus akhawat.


Cukuplah,
saya malas untuk memandang dan memikirkan kelompok mereka yang tidak mahu berpegang pada JANJI ALLAH SWT tersebut.
Sedangkan kalian sendiri malas untuk memikirkan betapa ruginya diri kalian kerana tidak percaya pada JANJI ALLAH.



Wahai saudara seaqidah ku,
Bagaimana ALLAH SWT
 ingin menolong kita?
Jika kita sendiri TIDAK YAKIN 
dengan 
PERTOLONGAN 
dan
 JANJI-JANJI ALLAH SWT…?





Small the pieces la akhawat.
Bukan antunna perlu korban darah dan nyawa untuk ke MABIT bulanan tersebut.
ALLAH SWT hanya meminta kalian mengorbankan MASA.
MASA.

Intansurullaha yansurkum.
Kamu bantu agama ALLAH, Allah bantu kita semula.




Dalam ruang surau yang gelap itu.
Kelihatan suluhan cahaya terang dari beberapa sudut.
Jam menunjukkan pukul 12 lebih.
Saya menghampiran suluhan yang paling hampir.

“Buat apa ni yaya?”
“Esok exam kak. Tak habis study lagi..”

MasyaAllah…..
Saya memandang sudut lain yang juga ada suluhan cahaya.

Hidayah
Faieza
Maniesa
(saya pasti ada nama yang saya tidak sebutkan)

Mereka inilah yang MENGENGGAM ERAT JANJI ALLAH SWT ITU.

Tersentuh hati melihat kesungguhan mereka menelaah pelajaran di dalam surau yang gelap itu.
Sedangkan mereka mampu untuk memilih menjadi seperti yang lain.

Memilih untuk TIDAK MENGINFAKKAN MASA DEMI ISLAM.


Merekalah ansarullah sebenar.
Alhamdulillah diberi peluang untuk melihat semua ini.



Beberapa hari selepas itu.
BERITA GEMBIRA TIBA..!
Semua yang hadir ke MABIT yang lalu mendapat markah tertinggi di dalam exam.
Wajah gembira mereka tidak dapat ku lupa.
Namun yang paling membuatkan aku tersenyum adalah bila mereka berkata,
“BETULLAH JANJI ALLAH TU..!!”

“ALLAH DAH TUNAIKAN JANJI..!!”



SubhanAllah… Di saat kamu benar-benar berpegang pada Allah, adakah kamu mengira Allah akan melepaskan tangan mu?







Sehemat saya…ini bukan kali pertama bantuan ALLAH SWT itu datang dengan sedemikian rupa.
Jalan yang tidak disangka-sangka.

Masihkah ingat,
akhawat kita yang mendapat mimpi spot soalan exam.

Masihkah kita ingat, 
rumah akhawat yang diziarah oleh “seseorang” pada sepanjang 10 akhir ramadhan, demi membangunkan kita semua berqiamulai.

Masihkah kita ingat, 
tabung Palestin kita yang tiba-tiba penuh dengan wang.



Dan 1001 lagi bentuk BANTUAN ALLAH SWT terhadap kita selama ini.
Bila ALLAH SWT menutup mata NYA
Menutup mata-NYA dari memandang SIAPA SEBENARNYA KITA
DIA tidak menghitung-hitung kita siapa.
SubhanAllah baiknya TUHAN kita……………………………………………………….







*Sudah 100 tempat yang komfem akan  mengikuti MISI KEMANUSIAN ke GAZA bersama Aman Palestin. SubhanAllah..!! Mereka yang menempah tempat tersebut bukanlah calang-calang manusia. Papa Morsi pula dihimpit dengan rakyat yang mahukan perubahan sekelip mata dan media, bekas-bekas calon presiden serta tentera yang di didik oleh Mubarak. Don’t worry papa, ALLAH ALWAYS BESIDE U..!! Saya rasa nak kahwin muda lah, 24 ok faieza? haa
sebab……...
sebab...............
sebab
macam dah nak kiamat.
Hurmm macam…….




Salam Rindu,
Salam Sekencang Tarbiyah,
Semantap Dakwah..!
Seriusly sedang angau dengan lagu ni.........http://www.youtube.com/watch?v=QSLlp6xjkig










Tuesday 20 November 2012

GAZA, JANGAN TUNGGU AKU..!


Mengharapkan air mata muharam 2008 tidak berulang lagi. Meleset!
Malah lebih parah. Perancangan Yahudi mampu menarik simpati dunia sehingga menghalalkan penganiayaan asasi manusia.

…………………………………………………………
……………………………………………………..
………………………………………………………..
Tiada kata yg mampu diungkap…………….
Mana pergi umat islam?
……………………………………………………………………………………………………….

Terpampang megah matlamat hidup dan segala visi misi ku di ruang belajar milik ku di kubu MPM.
Apa yang tiada di sana.?
Cukup lengkap aku gariskan perancangan hidup ku.
Seorang ukhti mengamati matlamat hidup ku lalu mengelengkan kepala bila melihat satu baris kata yang termaktub di atas kertas matlamat hidup ku itu..
“menjadi guru arab di GAZA”

Terlalu jauh.
Terlalu tinggi.
Mustahil..
Dan terlalu mustahil….

Sehinggalah semalam, dia memegang lutut ku lalu menyatakan,
“Saya rasa tak mustahil satu hari nanti awak akan ke GAZA..”
Bukankah Mesir telah menghantar beratus sukarelawan mereka ke PALESTIN tanpa sekeping passport pun.
Cita-cita ku makin menampakkan jalannya….
Alhamdulillah……..
Sentiasa ku titipkan doa, dan ku berharap ALLAH memakbulkan permintaan hamba NYA yang hina ini…

“Ya ALLAH, masukkanlah aku, sahabat dunia akhiratku, Shazwin Hassan, Nur Izzatie Isa, suami ku dan zuriat-zuriat ku ke dalam golongan yang meperjuangkan agama MU di PALESTIN sehingga syahid ya Allah….”

Saya tak tahu kenapa doa itu yang sentiasa terlintas di bibir sejak beberapa tahun ini. Dan doa itu yang menjadi kegemaran saya di waktu mustajab-mustajab doa…saya tak tahu………

Aman Palestin Mesir terus mengupdate suasana di sana. Terkini, Pejabat mereka telah mula menerima tempias serangan Yahudi laknatullah. Semoga Allah membantu perjuangan mereka di sana…

Hati saya tersentap bila membaca status tokoh yang sangat saya hormati, Dr Zainurashid. Tidak boleh lupa tika bertemu dengan beliau. Cukuplah saya katakan, dunia telah digenggamnya, namun akhirat terpasak kukuh di hati nya. Bagaimana hati saya tidak tergoncang bila membaca kenyataan dari beliau bahawa beberapa hari yang lalu,
terdapat seorang pemuda Malaysia yang mengirim pesanan ringkas kepadanya meminta izin untuk TURUN KE GAZA SEKARANG..!
HEBAT!
TERLALU HEBAT!

………………..
……………………
Terus saya berfikir….
Adakah aku seberani pemuda itu?

…………………………………….
……………………………………………………………….

Kebelakangan ini saya terlalu banyak bermonolog sendiri. Melihat umat yang makin dewasa berdiri. Ada yang tempang. Ada yang gagah berdiri sendiri. Yang pasti, semua itu memerlukan sokongan yang padu dari SEMUA YANG BERNAMA MUSLIM, kerana ALLAH SWT  berjanji bahawa ummah ini mampu mengubah nasibnya dengan syarat, mereka merubah nasib DIRI mereka SENDIRI terlebih dahulu…..

……………………………………
“Kak pah… Kak faieza cakapkan yang akak selalu bangun malam. Lepas tu akak mesti menangis teresak-esak waktu qiam tu…”

Agrh…!!!
Tak dapat untuk aku gambarkan perasaan ku ketika itu. Sakitnya. Bagaikan maruahku telah dirobek oleh saudara ku sendiri…

“akak selalu bangun malam”
Selalu?
Selalu???

“akak mesti menangis teresak-esak waktu qiam tu…”
Mesti?
Mesti????

Ya Allah….hanya ENGKAU sahaja yang mengetahui hakikat diri hamba MU ini. Kenapa ENGKAU meletakkan makam ku begitu mulia di mata manusia, sedangkan….
Sedangkan……..
Sedangkan ENGKAU jauh lebih tahu ya ALLAH………..

Kata-kata seorang pejuang HAMAS:


“jika kita tak mampu untuk berdiri bertahajud dua jam sehari. 
Kita tidak akan mampu untuk berdiri 5 minit pun di medan perang…!!”



...............................
Dari page Aman Palestin Mesir:

Tahukah anda ?


Salah satu kriteria awal untuk diterima masuk sebagai ahli unit ketenteraan Hamas; Briged Izzuddin Al-Qassam ialah istiqamah bersolat subuh seca

ra berjamaah sekurang-kurangnya selama 6 bulan sebelum permohonan dan mesti disahkan oleh imam masjid di Qariahnya, ciri-ciri selainnya:


- Tidak merokok
- Tiada pergaulan bebas dengan perempuan dan sebaliknya
- Penghafal Al-Quran
- Berpendidikan
- Bukan pelaku maksiat lain (arak, curi)







…………………………………………………..
Saya tak tahu kenapa dada saya sesak kebelakangan ini.
Mungkin sesak dengan kelemahan diri sendiri……
Sedangkan fajar kebangkitan Islam telah mula menunjukkan rupa…
……………………..
CUKUPLAH PAH..!!
CUKUPLAH………

Medan amal ku kini, Bumi UNITI…
Masihkah ada ciri tentera al qassam?
Payahnya menyongsong senjata di bumi GAZA.
Payah lagi membawa ISLAM di bumi MALAYSIA………

PEMUDA DI GAZA SAKIT FIZIKALNYA,
Namun MEMBUGAR IMAN MEREKA…

PEMUDA MALAYSIA,
MEWAH MATERIALNYA..
Namun,
LUNYAI ROH ISLAMNYA………………………………………..

Terlalu banyak…
Terlalu banyak….
Terlalu banyak yang perlu dilaksana di bumi Malaysia.



……………………………………………….
STATUS TERKINI AMAN PALESTIN :

PANGGILAN JIHAD!


Aman Palestin akan membawa rombongan Misi Kemanusiaan Ke Gaza pada tarikh berikut:

Tarikh: 7 Disember hingga 12 Disember 2012

Kos perbelanjaan: RM7500 (tanggungan sendiri)

Pendaftaran: Cik Anees, 03-89267019 / 017-4500780

AP mengalu-alukan kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai MISI MULIA ini agar segera mendaftarkan diri. 

Inilah masanya untuk buktikan semangat JIHAD anda. Inilah masanya anda bertemu HERO-HERO kita di sana. 

HAMAS menanti kehadiran anda.
Al-Qassam menadah tangan menerima anda.
Ismail Haniyeh menyeru anda.
Rakyat Gaza sedang melambai gembira menyambut anda.
Mereka semua sudah bersedia menantikan ketibaan anda.

Adakah anda bersedia?

Ayuh daftar, jangan bertangguh lagi.

…………………………………………..




GAZA, JANGAN TUNGGU AKU..!!

Aku akan ke sana.
Namun awlawiyat ku membumi di sini.
Aku pasti akan ke sana.
Pasti..!!
BUMI ISLAM.
BUMI JIHAD.
BUMI IMPIAN KITA..!!

GAZA, JANGAN TUNGGU AKU..!



*Maaf tak edit entri ini dengan warna-warna menarik seperti biasa saya buat…. Cukuplah hitam putih. Tanda berkabung kita atas darah para syuhada yang mengalir………
Lagu ni buat hati sayu dan rindu dengan masa depan...http://www.youtube.com/watch?v=RZymwAykpRo 

 Semoga Allah SWT menerima segala jihad kita…………………………… 



Sunday 11 November 2012

Biarkan aku dengan cara ku.


“Biarkan aku dengan cara ku, aku ada cara untuk diri ku”

11 nov 2012
0845
Teluk Kemang




“Kenapalah aku kena tinggal....”
Ku dongakkan kepala melihat tangga jejantas yang mencacak tinggi.

“Tapi…ALLAH janji semua yang jadi tu ada hikmah…”
Aku mengeluh kecil.
Cuba menerima takdir dengan seredha mungkin.
Ku gagahkan langkah menusuri anak-anak tangga jejantas di hadapan Dataran Teluk Kemang itu.
Langkah ku seret lemah.
Di pondok menunggu bas aku berdoa agar segera dapat pulang ke asrama.

Teringat nasi lemak yang diberi oleh sahabat ku, Ayuni Bachtiar. Terbayang wajahnya yang sugul apabila terpaksa melihat ku menarik diri di saat akhir disebabkan kenderaan kami tidak muat bagi menghadiri program di Seremban pagi ini. Ya, itulah sahabatku dunia akhirat. Semoga dia menjadi bidadari yang paling indah di taman Firdausi kelak.

Polisterin itu ku buka perlahan. Semerbak harum nasi lemak mencucuk hidung ku yang masih selesema. Aku tersenyum sendiri apabila melihat nasi lemak tersebut berpasang dengan telur rebus yang sangat sempurna bentuknya (susah nak cari peniaga nasi lemak yang bagi teluk rebus sebiji).
Terima kasih Ayuni hiburkan saya lagi..

Sedang menikmati suapan yang ke lima (mungkin).. Tiba-tiba kelihatan seorang lelaki diseberang jalan berhadapan dengan ku, dia membongkokkan badannya lalu…..
Memuntahkan sisa-sisa makan yang ku lihat berwarna agak eeeee perlukah aku menceritakannya.
Terus terhenti selera ku.
Selang beberapa saat..,

datang seorang gadis remaja menghampiri jejaka tersebut. Aku tertunduk malu melihat pakaian yang membaluti tubuhnya itu. Tangannya menepuk lembut bahagian belakang jejaka tadi.

Oh no..!! Aku berharap mereka muhrim.

Usai jejaka tersebut memuntahkan isi perutnya, terus dia dan gadis tersebut dengan mesranya berpegangan tangan menuju ke motosikal yang terletak beberapa meter sahaja dari situ. Mata ku tidak dapat lepas dari memandang gelagat mereka. Melihat kepada saiz tubuh mereka berdua, boleh aku agakkan usia mereka belum mencecah 20 lagi.
Kelihatan juga 6 hingga 7 penunggang motorsikal yang lain sedang menanti mereka.  Mungkin merekalah geng-geng motor yang diceritakan oleh urusetia program tadi. Dengarnya mereka tidak menyewa mana-mana hotel, Cuma duduk di tepi pandai dan over night di sana….

Terdetik rasa rindu pada adik lelaki ku yang baru sahaja mencecah usia 19 pada 20 oct yang lalu. Semoga dirinya berada dalam lindungan ALLAH SWT sentiasa.

“Biarkan aku dengan cara ku, aku ada cara untuk diri ku”

.................................


Muntah..

Perempuan seksi.

Mat motor.

Overnight tepi pantai.



……………………

Minum arak.

Lumba haram.

Seks bebas.

Argh..!! ku tepis semua prasangka itu. 
Hati kecil ku berdoa agar para remaja tadi dilindungi dari perkara yang dimurkai Allah. Semoga hati mereka lembut untuk kembali mencari makna sebenar kehidupan. 

Alangkah rugi jika hayat yang sekejap cuma ini ditabur di lembah hina. Nanti di akhirat apa yang ingin dituai. Bekal apa yang ingin di bawa. Hadiah apa yang ingin dipersembah pada Robbuna..?
Ya Allah, pimpinlah mereka.


..................................................


Langit gelap.
Bagai dapat membaca suara hati ku yang sayu.
Bas yang ku naiki itu semakin laju meredah gerimis renyai.



“Biarkan aku dengan cara ku, 
aku ada cara untuk diri ku”




Setiap nyawa berhak untuk memilih.
Ya, saya sangat setuju dengan itu.
Islam tidak menyuruh kita menjadi lalang.
Orang kata kiri, kiri.
Kanan, kanan.
Islam menyuruh kita memilih.
Islam memberi kita pilihan.

Pernah saya mengikuti mukhyam yang dikelola oleh Persatuan Belia islam Nasional (PEMBINA) pada beberapa bulan yang lalu.
Dalam sebuah slot bersama tokoh ISMA, saya amat terkesan dengan kata-kata tokoh tersebut.

“Bila antum berbaiah dengan sesebuah jemaah.

 Maka taatilah dan hormatilah fikrah jemaah tersebut 
selagi mana ia bertepatan dengan syarak dan ajaran Rasulullah saw. 

Tapi,

Jika satu hari nanti, jemaah yang kamu baiahkan ini,
Terpesong dari syariah,
Lari dari didikan sunnah,

Maka pada waktu itu pilihan terletak pada tapak tangan antum sendiri.
Buatlah pilihan.
Kami mahu menjadikan antum taat pada Allah.
Bukan selainnya.”



Bila orang mengatakan MSIB itu rasis.
Saya pun rasa yang sama suatu ketika dahulu.
Tapi saya tak minat ambil kata orang tanpa periksa.
Saya nak bukti depan mata.
Dengar dengan telinga saya.
Baru saya akan cakap MSIB itu rasis.

Tapi, bila kita kaji. 
Bila melihat dari sudut syarak dan waqi’ malizi itu sendiri, MSIB tak salah.
Itu wasilah yang ingin diambil oleh jemaah mereka. Ikutlah. Jika tidak mahu sokong cukuplah jangan menghalang atau menghina perjuangan mereka.
Ingin berdialog tentang  MSIB, mari. Saya tidak gentar.

Tapi sekali lagi, 
andai tidak mahu menyokong, cukuplah jangan menghalang. 

Keterbatasan di zaman ini dan serangan musuh yang bertubi-tubi memerlukan kita untuk saling menghargai, bukan membenci. 
Jadilah singa Allah yang matang.

Aku ada jalan ku, biarkan aku dengan jalan ku.

...............................



Abah pilih mak, berbanding nyawanya sendiri.

Tekadnya keputusan abah di waktu itu. Wajahnya serius. Tiada siapa pun dari kalangan kami adik beradik yang berani menyanggah keputusannya. Walaupun pada hakikatnya keputusan abah pada waktu itu dilihat sangat silap.


“Kalau pakcik taknak pakai tube. Kanser tu akan merebak dengan sangat cepat. Pakcik jangan risau, tube tu guna berapa tahun je. Lepas tu pak cik dah boleh hidup seperti biasa.”
Tenang doctor pakar usus itu menerangkan kepada kami.

Abah menggeleng.


“Abah taknak susahkan orang.” Kata putus itu mendiamkan kami semua.
Matanya redup memandang mak yang sedang menunggu di tepi katil wad.
Bagai dapat ku baca hati orang tua ku itu.



Bila diminta untuk memilih.

Kita akan sedaya upaya memilih yang terbaik untuk diri kita.....

Dan abah memilih untuk menghabiskan sisa hidupnya tanpa menyusahkan sesiapa,
Terutamanya isteri yang sangat dicintainya...


Terkesan dengan cinta mereka.
Aku yakin kalian kan terus bercinta di syurga.
Terima kasih wahai abah dan mak kerana memberi  tauladan yang indah buat ku tatap selama ini.
Mengajar ku untuk menjadi insan yang nanti mencintai suami ku dengan ikhlas, dan menyebarkan cinta di lubuk hati anak-anak kami kelak.

Ya, setiap orang punya cara. Biarlah mereka dengan cara mereka.

..........................





Bas itu berhenti di hadapan Ixora.
Turun sepasang kekasih...

Selama di dalam bas tadi aku langsung tidak menyedari kehadiran mereka. Mungkin mereka duduk jauh ke belakang.
Mata ku menjeling ke tangan lelaki tersebut. 
Digenggam kemas beg khemah yang sehemat ku, itu adalah saiz khemah untuk 2 orang.

Sekali lagi ku tepis zhon itu.!
Ku larikan mata ke luar jendela. Hujan makin lebat. 
Tiba-tiba,

“Seronoklah kan dapat tidur berdua dalam khemah..”
Pak Cik Bob, pemandu bas Cityliner itu memecahkan lamunan ku.

“Ha..apa pak cik?”
Aku buat-buat bagai tidak dengar.

“Tu..nampak tadi tu couple tu bawa khemah. Tidur tepi pantai… Haih apa nak jadi budak-budak sekarang ni. Kita ni dapat tengok je lah kan…”

Muka ku terasa bahang. 
Mata ku mula berkaca. 
Ku tahan kelat, tidak mahu air mata ku tumpah pada waktu itu. Di luar bas, hujan lebat menyimbah bumi.  

OVERNIGHT

Sebelum saya menjejakkan kaki ke alam IPT, tidak pernah pun saya tahu makna sebenar perkataan ini.
Stay up saya tahu lah. Itu pun stay up depan buku, bila nak exam kan.
Ini overnight.
Bila dicampak oleh ALLAH SWT ke bumi Port Dickson ini, baru saya tahu hakikat sebenar perkataan tersebut. 
Bukankan saja saya sudah tahu makna. Bahkan telinga ini sendiri pernah menadah mendengar pengakuan siswi yang pergi overnight di tepi pantai bersama ‘’kawan-kawan’’ mereka.  Allah..malunya saya. Semoga Allah tuntun langkah mereka ini. Tidak sanggup melihat mereka terus-terus hanyut dengan dunia. Bantulah mereka  ya Allah,.. Bantulah mereka mencari MU.

“Biarkan aku dengan cara ku, aku ada cara untuk diri ku”




Usai memberi salam dan mengucapkan terima kasih kepada pemandu bas tersebut,
aku terus berlari anak menuju ke rumah kami.
Kubu kami.
Markas dakwah kami. 
Air mata yang ku tahan tadi laju tumpah ke pipi. Ku biarkan sahaja. 

Hati mana yang tahan melihat saudara seislam sendiri jatuh ke lembah hina.
Hati mana yang tegar membiarkan saudara seaqidah membakar dirinya di dalam gelojak api neraka. 
Sejuk yang mencengkam tulang tidak mampu melawan bahang di dada yang membara menelan marah.
Kenapa wahai manusia?
Mudahnya engkau melupakan DIA?

“Biarkan aku dengan cara ku, aku ada cara untuk diri ku”


Argh cukup..!!
Ya,
Engkau berhak untuk memilih.
Tetapi engkau tidak berhak memilih untuk menderhakai NYA.
Sedangkan alam juga memilih.
Alam juga di kurniakan ALLAH untuk memilih…

Wahai saudara seaqidah ku..
Lihat.
Lihatlah langit yang luas membiru.
Matahari yang memancarkan cahaya.
Awan yang memberi teduh.

Pernahkah sekali engkau melihat langit itu lari dari tugasnya.
Sewenang-wenangnya menukar warna kepada hijau.

Pernahkah sekali engkau, wahai manusia, melihat matahari itu lari dari perintah TUAN nya.
Sewenang-wenangnya tidak timbul di waktu siang.

Pernahkah sekali engkau, wahai manusia, melihat awan itu derhaka pada PEMILIK nya,
Yang dengan sewenang-wenangnya mendarat ke dasar bumi.
Pernahkah wahai manusia..?
Lihatlah…Alam ini tidak pernah derhaka pada TUAN nya.
Tidak sekali lari dari tugasnya.


Mereka juga memilih wahai saudara ku.

Mereka juga memilih..

Dan mereka memilih untuk........




TAAT


“Biarkan aku dengan cara ku, aku ada cara untuk diri ku”




Maka DIA mengilhamkan kepadanya (jalan) kejahatan dan ketakwaan. Sungguh beruntung orang yang menyucikannya (jiwa itu). Dan sungguh rugi orang yg mengotorinya (asy Syam :8-10)




*Tidak boleh lupa Dis 2008. Awal muharam umat Islam di sambut dengan air mata dan darah pejuang yang mati di bunuh di Gaza. Wahai ummat yang cintakan agama ini, pilihlah…. Pilihlah untuk MELETAKKAN SEMULA ISLAM DI TEMPATNYA!

Salam ma’al hijrah.
Salam sekencang tarbiyah,
semantap dakwah.