Wednesday 4 July 2012

PEDIHNYA MEMENDAM CINTA...

Saya masih tidak dapat melupakan detik pertama saya membaca kisah ananda Rasulullah SAW, Fatimah dan sahabat baginda yg mulia, Ali bin Abi Thalib ini.
Ya,
Bagaimana saya boleh lupa sedangkan baru terjadi beberapa bulan yang lepas.
Sakit perut saya dan ukhti Samihah Shukor menahan ketawa terutamanya bila membaca dialog mereka di malam pertama.

Terima kasih banyak lah kepada seorang ukhti ni yang beria-ria meminta saya membaca artikel tersebut.

(Saya harap masulah yg menguruskan bait muslim saya tidak membaca post saya ini, disebabkan itu saya tidak akan mempublishkan post ini seperti post-post saya yang dulu. Kenapa saya tidak mahu beliau membacanya, haa biarlah saya dan ALLAH SWT sahaja yang tahu....)

..................................

Berita itu sampai kepada Ali.
Berita tentang gadis yang sungguh mempesonakannya, baik kesantunannya, ibadahnya, parasnya.
Gadis yang sungguh mengagumkan!
Khabar itu sangat mengejutkan. Puteri kesayangan sepupunya itu dilamar oleh sahabat yang paling akrab dengan Rasulullah. Lelaki yang berjuang dengan seluruh harta dan jiwanya. Lelaki yang menginfakkan seluruh hartanya pada perang badar. Lelaki yang pada hari pertamanya sebagai seorang muslim sahaja sudah berjaya menarik 6 orang untuk bersyahadah! Adakah iman dan akhlaqnya diragui? Tentu tidak! Berita tersebut benar-benar membuat Ali tersentap.
Dari sisi ekonomi, Abu Bakar seorang saudagar, insyaAllah lebih layak membahagiakan Fatimah. Ali hanyalah pemuda miskin daripada keluarga miskin.
"Inilah persaudaraan dan cinta," gumam Ali. "Aku mengutamakan Abu Bakar atas diriku, aku mengutamakan kebahagiaan Fatimah atas cintaku."
*****
Namun takdir Allah terus mengatasi segalanya. Lamaran Abu Bakar ditolak dan Ali terus bersemangat untuk mempersiapkan diri mendapatkan bidadari idaman iman dan hatinya itu.
Tetapi ujian itu rupanya belum berakhir. Datang pula seorang sahabat melamar Fatimah selepas Abu Bakar. Lelaki yang gagah dan perkasa, yang mendapat hidayah selepas didoakan oleh Rasulullah.  Al-Farouq, Umar Ibn Al-Khattab.
Umar adalah lelaki yang berani. Pembela yang gagah. Beliau pasti menjaga Fatimah dengan baik. Umar lebih bersedia daripadanya. Jika dinilai dari semua segi dalam pandangan orang ramai, Ali hanyalah pemuda yang belum bersedia untuk menikah. Umar jauh lebih layak daripadanya. Maka Ali redha....
*****
Walaubagaimanapun, Allah masih punya rancangan lain. Umar juga ditolak. Ali bingung.
Menantu seperti apakah yang diinginkan Rasulullah?
Apakah yang kaya juga, seperti Uthman? Ali sungguh berbeza dengannya.

.....................................









Sewaktu Ali r.a. terperanjat melihat datangnya Abu Bakar As-Shiddiq r.a. dgn tergopoh-gopoh,
lalu ia menyambutnya kemudian bertanya:
“Anda datang membawa berita apa?”


Setelah duduk beristirahat sejenak Abu Bakar As-Shiddiq segera menjelaskan persoalannya:

“Hai Ali...
 engkau adalah orang pertama yg beriman kepada Allah dan Rasul-Nya
serta mempunyai keutamaan lebih dibanding dengan orang lain.
Semua sifat utama ada pada dirimu.
Demikian pula engkau adalah kerabat Rasulullah s.a.w.

Beberapa orang sahabat terkemuka telah menyampaikan lamaran kepada baginda untuk mempersunting puterinya. Lamaran itu kesemuanya telah ditolak oleh baginda.
Baginda mengatakan bahawa persoalan jodoh puterinya telah diserahkan kepada Allah s.w.t.
Akan tetapi hai Ali.......
mengapa sehingga kini engkau sahaja yang belum pernah menyebut-nyebut tentang puteri baginda saw itu...??
dan mengapa engkau tidak melamar untuk dirimu sendiri?
Kuharap semoga Allah dan RasulNya akan menahan puteri itu untukmu.”



.......................
Mendengar perkataan Abu Bakar r.a.... Saidina Ali berlinang air matanya. Ali r.a. berkata:
“Hai Abu Bakar, anda telah membuatkan hatiku yang tenang kembali bergoncang .
Anda telah mengingatkan sesuatu yang sudah ku lupakan...
Demi Allah aku memang menghendaki Fatimah..
tetapi......
yang menjadi penghalang satu-satunya bagiku ialah kerana aku tidak mempunyai apa-apa.”
...................................



Abu Bakar r.a. terharu mendengar jawapan Ali itu.
Untuk  menguatkan hati  Ali r.a., Abu Bakar berkata:

 “Hai Ali, janganlah engkau berkata seperti itu. Bagi Allah dan Rasul-Nya dunia dan seisinya ini hanyalah ibarat debu bertaburan belaka!”


.....................................................................

Ali pun menghadap Rasulullah SAW, menyampaikan hajatnya untuk menikahi Fatimah. Ya, menikahi. Meskipun beliau sedia maklum, secara ekonominya sangat tidak menjanjikan apa-apa pada dirinya. Di rumahnya, hanya ada satu set baju besi serta persediaan tepung kasar untuk makanannya.
Namun untuk meminta waktu dua atau tiga tahun untuk bersedia? Itu memalukan! Meminta Fatimah menantinya sehingga dia bersedia? Itu sangat keanak-anakan!
Namun Ali bersedia bertanggungjawab atas rasa cintanya. Beliau yakin, Allah Maha Kaya.
"Ahlan Wasahlan!" jawab Rasulullah beserta senyuman.
Ali bingung.
Apakah maksudnya? Ucapan selamat datang sukar ditafsirkan sebagai satu penerimaan atau penolakan.
*****
"Bagaimana jawapan Nabi, kawan? Bagaimana lamaranmu?"
"Entahlah..."
"Apa maksudmu?"

"Aku tidak kisah jika Rasulullah saw menolak. Namun baginda memberi jawapan yang aku tidak pasti samada aku diterima atau ditolak.."

"Apakah jawapan baginda pada mu wahai Ali..??"
"Menurut kalian, apakah 'Ahlan Wasahlan' bermaksud sebuah jawapan?"
"Satu sahaja sudah mencukupi dan kau mendapat dua!" Ahlan sahaja sudah bererti ya. Sahlan juga. Dan kau mendapatkan 'Ahlan Wasahlan'. Dua-duanya bererti ya!"
*****
Maka dalam usia 18 tahun, Ali menikahi Fatimah. Dengan menggadaikan baju besi. Keberanian untuk mengorbankan cintanya bagi Abu Bakar, Umar, dan Fatimah. Dengan keberanian untuk menikah. Waktu itu juga. Bukan janji-janji, bukan nanti-nanti.
*****
Ali adalah gentlemen sejati. Tidak hairanlah pemuda arab memiliki jeritan, "La Fatan Illa Alliyan!" Tiada pemuda selain Ali!
Adakah Ali pergi menemui Fatimah kemudian menyatakan, "Aku cinta padamu, Bolehkah kamu menungguku?" tidak! Beliau berjumpa walinya, menyatakan perasaannya, kemahuannnya, kesanggupannya.
Itulah gentlemen sejati. Lelaki yang walaupun mungkin menurut orang ramai masih belum siap untuk menikah, tidak pergi mencabul hak walinya dengan ber'couple', bahkan tidak pula memintanya menunggu. Kerana dia tahu, Fatimah milik Allah, bukan milik dirinya.
Ali tetap berusaha mematuhi syariat walau risikonya tinggi. Dia percaya. Malah lebih lagi. Dia yakin. Yakin bahawa Allah maha berkuasa atas segala sesuatu.
*****

Tapi.....Tiba-tiba saya terfikir. Bagaimana jika posisi Ali itu bukannya seorang lelaki, tetapi seorang wanita..? Pernah seorang sahabat saya memendam rasa kepada seorang ikhwah. Tak silap saya ikhwah tersebut beramal jauh dari cawangan kami. Ya, ikhwah itu memang seorang yang berkepimpinan, asalnya dari keluarga yang besar dan ditarbiyah, mempunyai pencapaian akademik yang sangat cemerlang.
Bagi saya mereka sama-sama hebat. Tetapi di mata saya sahabat saya itu lebih hebat, kerana dia tidak pernah menyuarakan rasa yang berselindung di benaknya itu kepada sesiapa.
Hatta saya sendiri tidak diceritakannya. Namun, akhirnya saya dapat menangkap sakit yang ditanggung oleh sahabat saya itu melalui mata dan kata-katanya.

"Siapalah saya ni kak..tak hebat"

Hurmm ya itulah yang selalu sahabat saya itu tuturkan. Sehinggalah saya sengaja menyebut nama jejaka tersebut. TERPERANJAT yang amat sangat ukhti tersebut. Terus dia memeluk saya dan meminta gar perkara itu dirahsiakan.
Terus sahabat saya itu mengulang kata-kata yang sama,

"Siapalah saya ni kak...tak hebat"

.....................

Pernah satu malam di surau UV  tempat kami mencambah dan menyuburkan iman,
kebetulan saya ditugaskan menjadi MC pada malam tersebut bagi sesi tazkirah.
Saya suka jadi MC ni, sebab bila kita buat tazkirah berantai jadi saya tak perlu nak tergopoh-gopoh cari tajuk.. Hee hurai je apa yang akhawat lain dah tazkirahkan.
Nak dijadikan cerita, maka ada seorang akhawat ini bercerita tentang... hurmmm maaf saya dah terlupa dia bercerita tentang apa.
Tapi yang saya ingat adalah, selesai sahaja tazkirah daripada ukhti tersebut, saya terus menghuraikan isi yang disampaikannya.
Saya mengeluarkan satu dalil dari ayat-ayat cinta ALLAH SWT:

"at toiyibat lit toiyibin..."
tiba-tiba.....saya perasan bahawa sahabat yang berada betul-betul di sebelah kiri saya menekup mukanya. Lama.....
Saya membiarkan sahaja. Lantas saya terus meminta akhawat yang lain meneruskan tazkirh berantai itu. Setelah akhawat di sebelah saya itu membuka wajah yang ditekupnya tadi. Sengaja saya memandang wajahnya yang ayu dan mempersona itu. Hati saya bergetar apabila melihat ada titis-titis jernih di kelopak mata dan pipi akhawat tersebut..
Ayat yang selalu dituturkan oleh akhawat tersebut ligat bermain di fikiran saya,
"saya tak hebat kak macam dia.."
Allah........saya faham berat yang ditanggung oleh sahabat saya itu. Betapa dia sungguh terkesan dgn kalimat ALLAH SWT yang mengatakan "Wanita yang baik itu, untuk lelaki yang baik.."

sahabat.... wahai sahabat ku penguat semangat juangku selama ini. InsyaAllah, teruslah kita yakin dengan janji NYA. Bersama kita persiapkan diri sebaiknya. Menjadi wanita yang mulia. Agar akhirnya ALLAH SWT menghantar jejaka yang mulia di mata NYA untuk menjemput kita.

Wahai sahabat... Adakah engkau merasakan diri mu bukanlah wanita yang baik, bukan wanita yang mulia...? Sehingga engkau merasa rendah untuk mengimpikan jejaka sehebatnya. Sahabat...usah berasa demikian.
Demi Allah, andai ada yang bertanya kepada ku. Apakah ciri wanita solehah, apakah ciri wanita yang baik dan mulia. Demi Allah, aku akan katakan padanya, "Lihatlah sahabat baik ku ini. dia ada semua yang perlu ada pada SEORANG WANITA SOLEHAH.."
...................................
ALLAH SWT PASTI MENOLONG MU SAHABAT,
kerana engkau yg mengajarku.. in tansurullaha yansurkum..!!

..............................










**buat bakal imam ku yg akan  memimpin tangan ku dan generasi ku ke Jannah NYA. Cukuplah kita dgn kadar yg kita ada. Jadilah kita persis Ali dan kekasih hatinya Fatimah dgn kadar kita sendiri.  Di alam realiti, pilihlah watak dalam kehidupanmu sendiri. Yang penting, kau, aku dan kita semua adalah pejuang agama NYA. Kitalah yang menjadi penentu hidup mati dan jatuh bangun umat. Hingga akhirnya sampai saat kita mati, hancur dimamah bumi....
Dan.... bersedialah bila tibanya hari kebangkitan untuk kita menjawab segala amanah yang telah dipertanggungjawabkan di hadapan Ilahi.....
Semoga ALLAH SWT redha, permudah dan berkati kita dan generasi kita seluruhnya...