Monday 26 December 2011

TANDA SI DIA CINTA...!!!

                           

Bertali arus dugaan tiba

Menakung sebak airmata


Namun tak pernah pun setitis
Gugur berderai di pipi

....

Tidak ditempah hidup sengsara
Suratan nasib yang melanda
Menongkah badai bergelora


Diredah bersendirian...


Bagaikan camar pulang senja

Patah sayapnya tetap terbang jua


Sekadar secicip rezeki
Buat yang sedang rindu menanti


Segenggam tabah dipertahankan


Buat bekalan di perjalanan


Kau bebat luka yang berdarah


Kau balut hati yang calar 
.......


Telah tertulis suratan nasibmu


Derita buatmu ada hikmahnya


Terlukis senyum di bibir lesu
Tak siapa tahu hatimu
.......


Biarpun keruh air di hulu
Mungkinkah jernih di muara


Biarpun jenuh hidup dipalu


Pasti bertemu tenangnya
.... 



Ujian itu tanda CINTA ALAH SWT kepada setiap hamba-NYA.
Ujian itu merupakan tanda RINDU nya DIA kepada kita.
DIA RINDU mendengar suara kita merintih kepada NYA..
DIA RINDU melihat air mata hamba NYA mengalir kerana kasih pada ALLAH.
DIA RINDU melihat hamba NYA kembali menyerah diri pada TUANnya.

Balaslah RINDU KEKASIH mu itu wahai saudara....
DIA sentiasa menanti kedatangan kita..


“jika hamba KU mendekati ku sejengkal, AKU akan mendekatinya sehasta…. Dan jika dia mendekati KU sehasta, AKU akan mendekati nya sedepa… dan jika dia mendatangi KU dengan berjalan, AKU akan mendatanginya dengan cara berlari… (hadith riwayat Tarmidzi)


Friday 2 December 2011

Kita perlu jadi KACANG LUPAKAN KULIT.

Mari lupakan kulit..!!



Rasanya masih belum terlambat untuk saya mengucapkan selamat menyambut maal hijrah 1433 hijrah kepada pembaca yang setia sekalian.
Sudah menanam azam baru..?
Saya doakan semoga segala yang anda inginkan akan dipermudah dan diberkati Allah.

Saya ingin mengajak anda semua bersama-sama saya menjadi KACANG YANG LUPAKAN KULIT.
Kerana untuk berjaya kita perlu melakukan seperti itu.
Ya, kita perlu menjadi kacang yang lupakan kulit.
Pelik bunyinya..
Haa jangan terkejut saudara yang saya kasihi sekalian.
Bukan mahu membawa peribahasa baru, cuma ingin membawa pencerahan dari sudut yang berbeza.

Saudara seaqidah sekalian,
Jika kita perhatikan, kacang yang tersimpan di dalam kulitnya.
Apa yang mampu kacang itu lakukan.
Ia hanya terperab di dalam sarung kulit.
Dan lama kelamaan ia akan tengik dan busuk.
Setelah ia rosak, apa lagi kegunaannya.
Ya, tiada.

Namun jika sang kacang itu keluar dari kulitnya.
Lalu meninggalkan tempat persembunyian itu.
Sang kacang mampu memberi impak yang besar kepada dunia.
Masakan tidak, bukankah sang kacang dapat menyumbang kepada manusia dengan menjadi sumber makanan.
Lalu  menghasilkan tenaga bagi manusia untuk mentadbir alam ini
Malah sang kacang yang keluar dari kulit juga mampu menjadi biji benih, seterunya lahirlah pokok-pokok kacang yang baru.
Maka bertambahlah jumlah kacang-kacang di atas muka bumi ini,
Natijahnya meningkatlah sumber tenaga manusia untuk memimpin muka bumi Allah SWT ini.
subhanAllah..hebat bukan..!

itu baru kisah kacang yang lupakan kulitnya.
Sang kacang yang tiada akal, tiada kaki tangan, mulut.
Dan seribu macam kekurangan jika hendak dibandingkan dengan kita sebagai manusia yang serba serbi sempurna dengan pancaindera.
Malah kita ada akal.
Yang mana mampu menjadikan kita peka dengan betul dan salah.
Jika penghijrahan kacang mampu membawa impak yang besar kepada dunia.
Semestinya kita sebagai manusia pasti membawa impak yang lebih besar dan hebat kepada dunia jika kita berhijrah.
Bersama kita berhijrah wahai saudara seaqidah sekalian.
Adakah kita tidak sedar, setiap nabi juga berhijrah demi kebaikan diri dan umat mereka.
Adam berhijrah dari syurga ke dunia.
Musa berhijrah dari Mesir ke Madyan.
Muhammad berhijrah dari Makkah ke Madinah.
Semuanya demi mencari dan menambah pembaikan diri dan ummah.
Penghijrahan adalah jalan yang wajib ditempuh para pencari redha ALLAH SWT.
Bersama kita berhijrah.
Teruk maka berubahlah menjadi baik.
Baik berubahlah menjadi lebih baik di mata Allah SWT.
Di mana jua kita berada, jadikan setiap hela nafas anda yang baru itu sebagai titik perubahan anda.

BERJUANG maharnya susah. Hasilnya SYURGA.


Sebentar,
Saya lihat anda telah menarik hela nafas yang baru.
Maka pastikan anda menjadi insan yang lebih baik dari hela nafas anda sebelum ini.

Wahai para pencari CINTA sejati,
Teruskan momentum perubahan itu.
Terus maju wahai saudaraku.
Pastikan hari ini lebih baik dari semalam.
Jangan jadi manusia yang celaka nasibnya di mana hari ini dia lebih teruk hari semalam.
Dan jadikan esok lebih baik dari hari ini.
Lebih baik dari sudut amal duniawi dan ukhrawi, ketaqwaan serta kecintaan kita pada ALLAH SWT.

Wahai sang kacang-kacang sekalian,
Bersedia untuk merempuh sang kulit.
Lupakan kulit.
Keluar dan berbaktilah pada sekalian alam ciptaan ALLAH SWT.!







Monday 28 November 2011

Cukup indahkah CINTA anda...?

RINDU~~~

TUHAN, hati ku rindu...



Di setiap hela nafas ku
Di balik derap langkah ku
Dalam denyut nadi ku
Di balik setiap titis darah yang mengalir di tubuh ku
....

Sayu membisikkan nada rindu.

Pedih  mencengkam jiwa ku,

Dan aku yakin
ENGKAU lebih tahu..



Nun jauh ke hujung dunia ku lepaskan pandangan

Resah mencari titik ketenangan

Wahai sang hati,
Apa yang membelenggu mu?

Wahai sang diri,
Apa yang kau rindu…?

Tetapi aku yakin
ENGKAU  jauh lebih tahu ya Rabbi.



Apa yang ada pada ku..?
Semestinya semua itu hanya milik MU.

Namun telah ENGKAU ciptakan rasa rindu ini
Telah ENGKAU campakkan rindu itu di benak ku

Maka

Izin kan daku memohon ya Allah..




Hangatkanlah rindu di sanubari ku ini
Dengan rindu pada indahnya menangis di hadapan MU


Rindukan hamba MU yang hina ini
Pada manisnya merintih di riba MU.


Rindukanlah daku
pada tenangnya bertawakal kepada MU…




Wahai Sang Pencipta Rindu
Semarakkan rindu ku
Pada kemantapan tarbiyah dan kekencangan dakwah.

Mantapkan rindu ku
Pada  kelahiran generasi Sultan Muhammad Al Fateh yang baru

Hebatkan rindu ku
Pada hari Islam kembali dijulang menjadi Ustaziatul alam.

Dahsyatkan rindu ku
Pada keterikan siang yang meruntuhkan kepekatan malam



Ya Rabbana,
Aku benar-benar sedang merindu,
maka ya Allah..
Matikanlah kami
Para perindu Mu
Pada menang atau syurga~~

0027
241011

Thursday 24 November 2011

~GADIS IDAMAN~

Solehahkah diriku di mata Allah...?





Saya pernah berborak dengan seorang gadis.
Bercerita tentang masalah sosial yang menjadi barah umat masakini.

"Lelaki tu pernah terlanjur tau.
Tapi sekarang dia dah insaf.
Ala, biasalah tu kan sekarang ni."

Dengan riak wajah selamba, kata-kata itu terpacul dari mulut gadis itu.
Saya beristigfar panjang di dalam hati...

Kami meneruskan perbualan kami.
Tiba-tiba..
Sang gadis itu bertanya,

"Awak sekarang couple dengan siapa ek? 
Heee takkan lah perempuan macam awak takde orang minat."

Lalu saya pula dengan bermuka selamba nye menjawab,

"Hihi.. Seumur hidup saya tak pernah bercouple la."

"HAA!!!
TIPU-TIPU!! 
TAK CAYA!
TIPU LA..!"
Tak dapat saya nak gambarkan betapa terkejutnya dia.
Reaksi dan riak wajahnya memang menampakkan yang dia sangat-sangat terkejut!

Pelik..
Sepatutnya perasaan itu tergambar bila dia menceritakan tentang ketelanjuran kawannya itu..

Tapi...
Sebaliknya pula yang berlaku.
KEMAKSIATAN di anggap sebagai perkara biasa..
Manakala KETAATAN KEPADA ALLAH pula di anggap GANJIL dan PELIK!

Allah..
Astagfirullahal azim..
ASING nya ISLAM di zaman ini...



Wahai muslimahku sayang..
Puteri-puteri hiasan duniawi sekalian..
Ingin ku luahkan apa yang telah lama ingin aku luahkan,

Tentang KEBIMBANGAN ku ini..
Melihat BUNGA-BUNGA BERGUGURAN, 
Dipetik oleh tangan-tangan yang BERNAFSU SERAKAH.

Muslimah ku sayang..
Dunia ini sangat memenatkan.
Kerana,
Dunia ini hanyalah persinggahan..

Masihkah kita ingat..
"Sesungguhnya wanita itu adalah perhiasan duniawi. Dan seindah-indah hiasan adalah WANITA SOLEHAH"

Tahukah anda bagaimana ciri-ciri wanita solehah? 
Iaitu ciri-ciri wanita yang d REDHAI ALLAH.
Wanita yang MENYEJUK HATI mata yang memandang.
Wanita yang bisa MENGINSAFKAN dan MENUNDUKKAN NAFSU mereka yang berhati goyah.



Marilah kita bersama-sama perhatikan sekelumit kisah ringkas berikut...

Seorang gadis kecil bertanya kepada ayahnya,
"Ayah ceritakanlah padaku perihal muslimah yang sejati?"

Si ayah pun menolehkan mukanya seraya melontarkan senyuman manisnya ke arah anak kecilnya itu.

"Anakku...Seorang muslimah yang sejati bukanlah dilihat dari kecantikan dan keayuan paras wajahnya semata-mata.
Wajahnya hanyalah satu peranan yang teramat kecil sahaja.

Tetapi,
muslimah yang sejati dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi.
Itulah yang terbaik."

Allah tidak melihat kepada tubuh kalian dan tidak pula kepada bentuk kalian. Allah hanya melihat kepada hati dan perbuatan kalian. (Hadis riwayat Muslim)

Si ayah terus menyambung.

"Muslimah sejati juga tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersonakan,
tetapi
dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersona itu.



Muslimah sejati bukanlah dilihat dari sebanyak manakah kebaikan yang diberikannya, tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu.


Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya,
tetapi
dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan.


Muslimah sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa,
tetapi
dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara dan berhujjah kebenaran."


Berdasarkan ayat 31, surah An-Nuur, Abdullah ibn Abbas, Ibn Omar, Atha, Ikramah dan lain-lainnya berpendapat:

Seseorang wanita Islam hanya boleh mendedahkan wajah, dua tapak tangan dan cincinnya di hadapan lelaki yang bukan mahramnya. (As-Syeikh Said Hawa di dalam kitabnya Al-Asas fit Tafsir)

"Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan (menghairahkan) orang yang ada perasaan dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik." (Surah Al-Ahzab : 32)



Si ayah diam sejenak sambil melihat kepada wajah manis puteri kecilnya itu.

"Lantas apa lagi ayah?"
Sahut puteri kecil terus ingin tahu.

"Ketahuilah wahai puteriku...
Muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian grand
tetapi
dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya.


Muslimah sejati bukan dilihat dari kekhuwatirannya digoda orang di tepi jalanan
tetapi
dilihat dari kekhuwatiran dirinyalah yang mengundang orang lain jadi tergoda.


Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani
tetapi
dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada TUHAN-nya.
Dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberikan."

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kemaluan mereka (tidak berzina atau mendekati zina)." (Surah An-Nuur : 31)



"Dan ingatlah anakku...
Muslimah sejati bukanlah dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul,
tetapi
dilihat dari sejauh mana ia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul."

"Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya" (Hadis Riwayat At-Tabrani dan Baihaqi)



Setelah itu si anak kembali bertanya,
"Siapakah yang memiliki kriteria seperti itu ayah?
Bolehkah saya menjadi sepertinya?
Mampukah dan layakkah saya ayah?"

Si ayah memberikannya sebuah buku dan berkata,
"Pelajarilah mereka! Supaya kamu berjaya nanti. INSYA ALLAH kamu juga boleh menjadi muslimah yang sejati dan wanita yang solehah kelak. Malah, semua wanita boleh."

Si anak pun segera mengambil buku tersebut lalu terlihatlah sebaris perkataan berbunyi ISTERI RASULULLAH

Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu,
puasa di bulan Ramadhan,
menjaga kehormatannya
dan mentaati suaminya,
maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya." (Riwayat Al-Bazzar)


Wahai puteri-puteri hiasan duniawi sekalian..
Sayangnya ALLAH itu pada kalian.
Mudahnya engkau peroleh SYURGA.
Tetapi..jangan pula dilupa wahai muslimah ku sayang.
Langkah kita juga mudah untuk terjerumus ke NERAKA.


Wahai puteri-puteri hiasan duniawi sekalian,
Jadilah wanita solehah yang merupakan sayap kiri pejuang agama.
Jadi lah mujahidah yang teguh berdiri di belakang mujahid sejati.
Jadilah ibu-ibu yang sentiasa membakar semangat jihad dalam jiwa-jiwa para rijal.

Tingginya martabat yang di gariskan Allah buat kalian.
PELIHARALAH diri mu wahai muslimah.
Dengan itu engkau lah yang akan menjadi BIDADARI INDAH d SYURGA kelak.

Ya Rahman, masukkanlah kami di dalam golongan yang ENGKAU redhai d dunia dn d akhirat..ameen ya Rabb~~

Berita Gembira dari Bumi PALESTIN!!

PALESTINE will be free...





Kenyataan Syeikh Ahmad Yasin di Ramallah, dua tahun sebelum beliau syahid:              
  “Memang benar pokok berkata-kata..”


*Sumber akhbar Afaq Arabiah (milik Ikhwan Muslimin,15 Mei 2002)
*8.30a.m, Ahad (selepas hari terakhir serangan Yahudi di Ramallah)

              3 orang pemuda Palestin menuju ke Hospital Pusat di Ramallah untuk mencari mangsa-mangsa serangan udara yang di lancarkan oleh Israel.

                Semasa di dalam perjalanan, mereka ternampak seorang Yahudi sedang berdiri di atas tembok. Mereka mengambil kata sepakat untuk membunuh Yahudi tersebut. Mereka menghampiri Yahudi itu dengan sembunyi-sembunyi agar kehadiran mereka tidak disedari.  Namun amat mendukacitakan kerana Yahudi tersebut telah melarikan diri. Mereka berusaha untuk mencarinya namun tidak berjaya. Lalu 3 orang pemuda Palestin itu sepakat untuk kembali menuju ke hospital pusat.

               Tiba-tiba, mereka mendengar satu suara memanggil. Mereka mencari punca suara tersebut, namun tidak menjumpainya. Lalu mereka mengambil keputusan untuk meneruskan perjalanan kerana menganggap suara itu hanyalah khayalan mereka.  Tiba-tiba, sekali lagi mereka mendengar suara memanggil. Setelah diamati rupa-rupanya suara itu datang dari sebatang pokok yang berhampiran dengan mereka.                                                              

                 Mereka menghampiri pokok tersebut lalu terdengar satu suara yang samar-samar menyuruh mereka melihat
dan membunuh Yahudi yang sedang bersembunyi di belakang pokok tersebut. Mereka benar-benar mendapati Yahudi yang mereka cari itu bersembunyi di belakang pokok itu. Mereka pun terus mengepung lalu membunuh Yahudi tersebut.

                  Selepas itu mereka segera meninggalkan tempat tersebut untuk mengelakkan bertembung dengan tentera Yahudi. Mereka terus menuju ke hospital dan menceritakan peristiwa itu kepada pihak hospital. Dalam masa beberapa jam, berita tersebut telah tersebar luas ke Bandar Ramallah dan sampai ke telinga kaum Yahudi. Perkara ini telah menakutkan tentera Israel dan mereka telah mengurangkan jumlah tentera di sana.                     

                   Pihak akhbar Afaq Arabiah telah menghubungi Syeikh Ahmad Yasin dan beliau telah menegaskan:

“ Pokok berkata-kata di Ramallah adalah salah satu tanda kemenangan Islam, dan ini bukan tanda yang pertama. Sebelum ini sebahagian dari pejuang kami yang syahid dalam pertempuran, jasad-jasad mereka berbau harum ketika hendak dikebumikan…Perkara ini juga mengembalikan kekuatanbarisan pejuang-pejuang Islam di Palestin, ini juga memberikan makna yang besar kepada kami bahawa musuh kami akan hancur dan musnah dengan izin Allah SWT dan kami yakin dengan sabda Baginda s.a.w :

                “ Tidak akan berlaku hari kiamat sehingga orang-orang Islam memerangi orang Yahudi. Maka orang-orang Yahudi akan bersembunyi di sebalik batu-batu dan pokok-pokok (kerana takut akan orang islam), lalu batu-batu dan pokok-pokok tersebut berkata kepada orang-orang Islam: “Wahai Muslimin!! Wahai hamba Allah! Ini Yahudi di belakangku. Bunuhlah dia!!”  Kecuali pohon ‘Gharqad’ kerana sesungguhnya pohon tersebut adalah pohon Yahudi.”

                      Doktor Abdul Aziem al-Mutni’ie, pensyarah Bahasa Arab di Universiti Al-Azhar menegaskan, “Kami tidak ragu-ragu untuk menerima perkara tersebut kerana jelas ia telah di sebut dalam hadis Baginda s.a.w. Tidak di ragui lagi bahawa umur dunia yang telah berlalu lebih banyak dari yang ditinggalkan.”

                     Oleh itu tidak perlu diragui lagi tentang peristiwa ini lebih-lebih lagi ia disampaikan oleh Syeikh Ahmad Yasin yang telah syahid di tangan pengganas Yahudi laknatullah. Ini adalah peluang yang baik bagi umat Islam dan salah satu daripada tanda-tanda pertolongan Allah SWT..!! Ansarullah,..Bangkitkan JIHAD!

Anda OBSES DRAMA KOREA..?

oppa...!!! ^__^




Pernah atau tidak anda mengalami sistuasi-sistuasi begini::

*bergaduh berebut remote dengan adik-beradik semata-mata nak tengok drama korea

*focus 100% depan tv, tahu-tahu air mata dah mengalir sebab touching sangat dengan  scene hero
drama itu disahkan buta, sakit, berpisah dengan si heroin, cinta dihalang keluarga dan yang sewaktu dengannya. (habis tisu. Mak datang, sorok muka hehe klakar)

*volume tv tetap dibiarkan kuat walaupun anda tak faham apa yang mereka tuturkan, nasib ada subtitle.. (semata-mata nak dengar merdu suara pelakon idaman. Yang anda faham, “saranghae”, “oppa”…hehe)

*menggabungkan nama pelakon kegemaran anda dengan nama anda. Contoh, ShaRiche ÃŸ hak2 cuba cari siapa nama-nama ni.

*rasa tak sedap badanlah kalau terlepas drama-drama bersiri tu. Tak selera makan. Futurlah rasa hee.

*hafal theme song drama-drama tu.  Boleh nyanyi dengan sepenuh hati, pronouns sebijik macam yang betul, siap memek muka lagi, fuh mantap! (walhal tak faham pun lirik nya hee)


Pernah alami sistuasi begini..? sekiranya anda pernah mengalami 1 daripada symptoms diatas, maka dukacita diucapkan kerana anda telah disahkan mengalami “ addiction drama tv”.. tidak kiralah samada, drama Korea, Taiwan, Hindustan hatta drama Melayu sekalipun.. terimalah hakikat saudara-saudaraku tanpa kamu sedari, kamu telah dilanda ketagihan hiburan.


“Media massa televisyen merupakan medium yang mempunyai pengaruh yang sangat besar terhadap masyarakat. Cerita-cerita yang bercorak kekeluargaan dan yang dapat memberikan ilmu pengetahuan banyak memberikan kebaikan kepada masyarakat. Terdapat juga stesen televisyen seperti TV3 yang memaparkan berita terkini dan hal ehwal semasa kepada penonton. Hal ini akan menjadikan kita rakyat Malaysia maju dalam menangani isu-isu semasa. Golongan pelajar dan kanak-kanak pula mendapat manfaat dan faedah daripada rancangan-rancangan pendidikan dan rancangan kanak-kanak yang disiarkan oleh stesen televisyen kerajaan dan swasta. Rancangan-rancangan agama pula dapat menarik minat golongan tua dan golongan pencinta agama.

Namun..
 cerita-cerita yang berunsurkan keganasan, seks, dan tahyul pula akan membawa kesan negatif kepada kita. Sebagai contoh masyarakat kita terutamanya golongan remaja akan terpengaruh dengan filem-filem bermutu rendah yang ditayangkan di stesen-stesen televisyen dan pemangkin kepada lahirnya budaya ‘bohsia’, ‘bohjan’, ‘black metal’, ‘punk’, seks rambang, samseng, dan sebagainya. Tidak hairanlah jika kes-kes juvana di negara kita akan meningkat tahun demi tahun. Tentu saudara dan saudari pernah mendengar berita tentang seorang kanak-kanak berusia sepuluh tahun membunuh seorang kanak-kanak lain yang berusia lima tahun. Naluri suci seorang kanak-kanak telah dicemari akibat pendedahan terhadap budaya-budaya negatif.”**dari blog Ust Halim


Sebenarnya, symptoms yang disebutkan tadi merupakan pengalaman peribadi saya dan pemerhatian yang dilakukan terhadap peminat-peminat drama. Khususnya drama Korea yang memang menjadi kegilaan remaja masa kini.

 Apa yang saya perhatikan, perubahan masa sentiasa membawa perubahan pada setiap zaman. Seingat saya, pada zaman kanak-kanak saya  merupakan zaman fanatik Hindustan.












































Macam-macam lagi..sampai ada yang hendak kahwin dengan orang yang ada rupa Hindustan hehe klakar..

Kini..
Zaman drama korea..saya sendiri pernah di landa ombak ketagihan drama-drama ini. Bermula dari darjah 5 hinggalah saya masuk ke asrama di tingkatan 4 (itu pun sebab tinggal di asrama dan tiada masa nak menonton tv). Pernah dengar drama-drama ni..?

AUTUMN IN MY HEART









Winter Sonata


METEOR GARDEN
Fuh, banyak lagi sebenarnya.. secara jujur, drama-drama ni telah banyak memanipulasi jiwa remaja saya di waktu itu. (heh faham ke ayat sastera ku in hee) Ia banyak memberi kesan dalam perancangan AGENDA HIDUP  saya. Benar.. amatlah rendah cita-cita saya di waktu itu.
 Yang jiwa remaja saya mahukan hanya lah::RESULT CEMERLANG, KERJAYA HEBAT, GAJI BANYAK, TEMUI CINTA SEJATI DAN BAHAGIA SELAMANYA:: ~~tak tipu, tapi inilah agenda hidup saya yang terhasil dari ketagihan pada drama-drama tv.

Cuba, anda semua perhatikan pada agenda hidup saya tadi.
 Jika anda perasan, agenda yang saya gariskan itu hanyalah berlegar untuk KEPENTINGAN DIRI SAYA SAHAJA.

Benar!!
 Cuma perhatikan semula.
Dimana hak masyarakat pada saya?
 Dimana saya letakkan hak AGAMA, BANGSA, dan WATAN saya?
Dimana hak saudara-saudara saya yang terus teraniaya di Bumi Jihad Palestin..?
 Allah..rendahnya AGENDA HIDUP saya di waktu itu.. ini lah hasil suapan dan tarbiyah dari drama-drama tv.

 Baik, siapa golongan mejoriti di negara kita..ya , belia.
Pemuda harapan bangsa.
Pemuda nadi perubahan.
Harapan tinggi yang disandarkan pada bahu mereka akan berkecai sekiranya mereka tidak pandai mengatur agenda hidup mereka.

Terus, IMAM MUDA ^_^



 Sering kita dengar..

 “bahan bacaan seseorang dapat menggambarkan pemikiran individu tersebut”..

jadi tak salah rasanya jika kita meletakkan persamaan makna ini dengan,

“apa yang di tonton oleh seseorang akan menggambarkan pemikiran individu tersebut”..

Wahai peminat-peminat drama sekalian..
Tidakkah anda sedar bahawa syaitan laknatullah itu telah berjaya memanipulsi pemikiran anda..?
waktu yang Allah pinjamkan itu telah tersia-sia begitu sahaja.
 Waktu keemasan.
Waktu muda ini.
 Waktu yang kamu mampu untuk menggunakan seluruh keringat kamu untuk kebangkitan semula tamadun Islam..!

Tapi..
kamu leka..
kamu terus lalai..

masihkah kita ingat bagaiman Imam Syafie enggan untuk tidur semata-mata ingin terus melakukan kajian agama.
Namun kita..?
Kita enggan tidur dan sanggup bersengkang mata demi untuk  menonton drama bersiri korea dan sebagainya.

Sebagaimana yang dituturkan oleh Penakluk Kota Konstatinopel, Sultan Muhammad Al Fateh di usia 16 tahun..

“Hiburan bagiku hanyalah beribadat kepada Allah”

SubhanAllah~~

Jika kita kagum dengan pengorbanan yang dilakukan oleh hero drama yang sanggup meninggalkan keluarga demi cinta sang heroin. Tidakkah sepatutnya kita berjuta kali kagum dengan pengorbanan yang dilakukan oleh MUSAB BIN UMAIR yang sanggup dipulaukan oleh keluarga DEMI MENDAPAT  GELARAN SEBAGAI MUSLIM…?

Dan saya pasti..
kita semua tidak asing lagi dengan kisah pengorbanan KELUARGA YASIR, yang sanggup bergadai nyawa demi menjaga syahadatul haq yang mereka ikrarkan.

Kisah as syahid Ahmad Yasin, mujahid palestin yang berjuang mempertahankan bumi suci umat islam. Menggegarkan dunia dengan sekadar duduk di atas kerusi roda. Meniup semangat jihad dalam jiwa para rijal di palestin sehingga tercetusnya intifadah. Dan akhirnya syahid dibom apache Yahudi laknatullah. Kini, lahir puluhan ribu askar-askar Allah meneruskan pejuangan beliau.

Dan banyak lagi saudara-saudaraku..kisah para nabi, sahabat, wali-wali Allah, dan tokoh-tokoh Islam sepanjang zaman. Ini bukan kisah dongengan..
bukan rekaan.
 Tidak seperti drama-drama tv yang anda gilakan itu.
 Segalanya sekadar rekaan.
 Skrip buatan manusia.
 Yang entah apa objektifnya.
 Majukah kita dengan mengagungkan mereka.
 Terlaksanakah hak-hak kita pada AGAMA, BANGSA, dan WATAN kita dengan mengilai mereka..?

BOSAN..?
Haha..terpulanglah pada anda. Sesungguhnya saya telah menyampaikan. Kerena sesungguhnya kita akan di persoal di akhirat kelak. Di sebabkan rasa sayang dan kasih kan anda saudara seaqidahku, maka terdetiklah rasa untuk ku sampaikan pesan dengan pena tanpa dakwat ini..takut nanti di akhirat kelak, drama ini pula yang berlaku…

“apa yang telah engkau gunakan dengan masa muda yang telah AKU pinjamkan..?!”

“errr,….ampunkan aku ya Allah,,ampunkan aku..sesungguhnya aku telah menghabiskan masa muda ku dengan leka dan lalai dengan drama cinta korea sehingga aku lupa pada TANGGUNGJAWAB SEBENARKU...ampunkan aku..aku menyesal ya Allah..aku menyesal…………………….”

Jeng, jeng, jeng……………….
wallahua’lam. nauzubillahi min zalik.
 Gunakanlah masa yang masih berbaki ini sebaiknya sahabat.

 Bangunlah dari lena wahai pejuang-pejuang Islam sekalian!!

Kita ada AGENDA YANG LEBIH BESAR untuk di laksanakan!!
MAN ANSARULLAH...?!!
NAHNU ANSARULLAH!!
Ya Rahman, sesungguhnya aku telah menyampaikan..maka saksikanlah~~~