Monday 26 December 2011

TANDA SI DIA CINTA...!!!

                           

Bertali arus dugaan tiba

Menakung sebak airmata


Namun tak pernah pun setitis
Gugur berderai di pipi

....

Tidak ditempah hidup sengsara
Suratan nasib yang melanda
Menongkah badai bergelora


Diredah bersendirian...


Bagaikan camar pulang senja

Patah sayapnya tetap terbang jua


Sekadar secicip rezeki
Buat yang sedang rindu menanti


Segenggam tabah dipertahankan


Buat bekalan di perjalanan


Kau bebat luka yang berdarah


Kau balut hati yang calar 
.......


Telah tertulis suratan nasibmu


Derita buatmu ada hikmahnya


Terlukis senyum di bibir lesu
Tak siapa tahu hatimu
.......


Biarpun keruh air di hulu
Mungkinkah jernih di muara


Biarpun jenuh hidup dipalu


Pasti bertemu tenangnya
.... 



Ujian itu tanda CINTA ALAH SWT kepada setiap hamba-NYA.
Ujian itu merupakan tanda RINDU nya DIA kepada kita.
DIA RINDU mendengar suara kita merintih kepada NYA..
DIA RINDU melihat air mata hamba NYA mengalir kerana kasih pada ALLAH.
DIA RINDU melihat hamba NYA kembali menyerah diri pada TUANnya.

Balaslah RINDU KEKASIH mu itu wahai saudara....
DIA sentiasa menanti kedatangan kita..


“jika hamba KU mendekati ku sejengkal, AKU akan mendekatinya sehasta…. Dan jika dia mendekati KU sehasta, AKU akan mendekati nya sedepa… dan jika dia mendatangi KU dengan berjalan, AKU akan mendatanginya dengan cara berlari… (hadith riwayat Tarmidzi)


Friday 2 December 2011

Kita perlu jadi KACANG LUPAKAN KULIT.

Mari lupakan kulit..!!



Rasanya masih belum terlambat untuk saya mengucapkan selamat menyambut maal hijrah 1433 hijrah kepada pembaca yang setia sekalian.
Sudah menanam azam baru..?
Saya doakan semoga segala yang anda inginkan akan dipermudah dan diberkati Allah.

Saya ingin mengajak anda semua bersama-sama saya menjadi KACANG YANG LUPAKAN KULIT.
Kerana untuk berjaya kita perlu melakukan seperti itu.
Ya, kita perlu menjadi kacang yang lupakan kulit.
Pelik bunyinya..
Haa jangan terkejut saudara yang saya kasihi sekalian.
Bukan mahu membawa peribahasa baru, cuma ingin membawa pencerahan dari sudut yang berbeza.

Saudara seaqidah sekalian,
Jika kita perhatikan, kacang yang tersimpan di dalam kulitnya.
Apa yang mampu kacang itu lakukan.
Ia hanya terperab di dalam sarung kulit.
Dan lama kelamaan ia akan tengik dan busuk.
Setelah ia rosak, apa lagi kegunaannya.
Ya, tiada.

Namun jika sang kacang itu keluar dari kulitnya.
Lalu meninggalkan tempat persembunyian itu.
Sang kacang mampu memberi impak yang besar kepada dunia.
Masakan tidak, bukankah sang kacang dapat menyumbang kepada manusia dengan menjadi sumber makanan.
Lalu  menghasilkan tenaga bagi manusia untuk mentadbir alam ini
Malah sang kacang yang keluar dari kulit juga mampu menjadi biji benih, seterunya lahirlah pokok-pokok kacang yang baru.
Maka bertambahlah jumlah kacang-kacang di atas muka bumi ini,
Natijahnya meningkatlah sumber tenaga manusia untuk memimpin muka bumi Allah SWT ini.
subhanAllah..hebat bukan..!

itu baru kisah kacang yang lupakan kulitnya.
Sang kacang yang tiada akal, tiada kaki tangan, mulut.
Dan seribu macam kekurangan jika hendak dibandingkan dengan kita sebagai manusia yang serba serbi sempurna dengan pancaindera.
Malah kita ada akal.
Yang mana mampu menjadikan kita peka dengan betul dan salah.
Jika penghijrahan kacang mampu membawa impak yang besar kepada dunia.
Semestinya kita sebagai manusia pasti membawa impak yang lebih besar dan hebat kepada dunia jika kita berhijrah.
Bersama kita berhijrah wahai saudara seaqidah sekalian.
Adakah kita tidak sedar, setiap nabi juga berhijrah demi kebaikan diri dan umat mereka.
Adam berhijrah dari syurga ke dunia.
Musa berhijrah dari Mesir ke Madyan.
Muhammad berhijrah dari Makkah ke Madinah.
Semuanya demi mencari dan menambah pembaikan diri dan ummah.
Penghijrahan adalah jalan yang wajib ditempuh para pencari redha ALLAH SWT.
Bersama kita berhijrah.
Teruk maka berubahlah menjadi baik.
Baik berubahlah menjadi lebih baik di mata Allah SWT.
Di mana jua kita berada, jadikan setiap hela nafas anda yang baru itu sebagai titik perubahan anda.

BERJUANG maharnya susah. Hasilnya SYURGA.


Sebentar,
Saya lihat anda telah menarik hela nafas yang baru.
Maka pastikan anda menjadi insan yang lebih baik dari hela nafas anda sebelum ini.

Wahai para pencari CINTA sejati,
Teruskan momentum perubahan itu.
Terus maju wahai saudaraku.
Pastikan hari ini lebih baik dari semalam.
Jangan jadi manusia yang celaka nasibnya di mana hari ini dia lebih teruk hari semalam.
Dan jadikan esok lebih baik dari hari ini.
Lebih baik dari sudut amal duniawi dan ukhrawi, ketaqwaan serta kecintaan kita pada ALLAH SWT.

Wahai sang kacang-kacang sekalian,
Bersedia untuk merempuh sang kulit.
Lupakan kulit.
Keluar dan berbaktilah pada sekalian alam ciptaan ALLAH SWT.!