Sunday, 6 October 2013

ALLAH kirim Akhawat.



Bingkisan ini ku tulis 
sambil berborak di laman muka buku 
bersama sahabat dunia akhirat ku,
al fadhilah Duktur Shazwin Hassan. 

Beliaulah bakal pewaris legasi pejuang Palestin As Syahid Dr Abdul Aziz Ar Rantisi suatu hari nanti insyaAllah..


entahlah kalau ingin berbicara mengenai ukhuwah ni.


Ukhuwah adalah…
Bila para perindu bergetar jiwanya mencari jawapan,


            Bila para perindu mengharapkan luka-luka di jiwa ini hilang,


                              Bila para perindu ini semakin gelisah meniti pencarian…

                                            Ku jumpa bunga-bunga mawar di balik lopak kehidupan..






Dalam kamus hidupku.
Itulah ukhuwah…



Esok saya ada projek juta-juta di Shah Alam.
Kekangan itu lumrah hidup.

Akhawat kawasan terdekat tidak dapat teman.
Terpaksa minta tolong Prof Faieza Rosli (nama fb dia Zaujatul Mahbubah) turun Selangor.


Seperti biasa
prof tidak pernah menolak untuk bantu.


Sebenarnya dah tahu, sebab tu minta tolong dia.

Cuma.
Terfikir juga..
Destinasi esok Shah Alam, 
dia gerak pula dari Kuala Sg Baru, Melaka..



Sehari sebelum gerak..
Tanya pakcik google..


“pakcik…berapa jauh KSB ke S.alam?”



“tak jauh nak… 125 KM sahaja.”







tak jauh…

Tak jauh kalau MCK 6217 tu kereta.


Tiba-tiba…zup rasa kesian.



Rasa nak batalkan pula permintaan terhadap prof tu.
Tapi..
Singgah suara Prof Faieza,



“alhmdulillah Allah pilih kita kan kak..!!”

(baca dengan nada SEMANGAT)




itulah yang selalu dituturkan bila mendapat apa-apa tugasan dakwah.
MasyaAllah….


Aku bersyukur di kurniakan sahabat-sahabat ini.


Mereka yang cintakan ALLAH swt tanpa merasa beban dalam dakwah ini.
Sedangkan yang habis itu adalah masa mereka.
Tenaga mereka.
Harta dan perasaan mereka.


Akhawat selalu buat saya terharu...





Bila dalam dakwah,

Duit meluncur macam air.

Masa saya kesempitan wang di kolej.

Tiba-tiba 
muncul beberapa keping RM 10 atas meja.
dan sekeping nota kecil,


“Orang yang bantu agama Allah, pasti Allah bantu dia..”

MasyaAllah….





Waktu saya tahun akhir.
Sibuk dengan PEMBINA dan juga MPP.

Setiap hari,
Keluar rumah jam 8 pagi.

Malam tiada di rumah sebab urus program harian di surau.

Balik tengah malam, tidur selalu jam 2.

Baju selalu bertimbun dalam baldi.
Selalu dulu basuh sehari sekali.
Ini hujung minggu baru ada masa untuk basuh.

Tapi…
Allah…..
Balik rumah buka locker 
baju sudah siap berlipat kemas.
Cantik tersusun rapi.
Allah...akhawat selalu buat saya terharu...



Bila hendak exam..
Selalu saya menghafal sambil baring atas katil.

Tahu-tahu tertidur.
Lupa nak sterika baju.

Exam pagi pula tu.
Lepas solat subuh jemaah dan mathurat mula kelang kabut.

Tup..tup…
Baju saya sudah bersangkut dan siap cantik di sterika.

MasyaAllah..akhawat selalu buat saya terharu..



Lepas isya,
Selalu merayau rumah akhawat baru.

Ziarah dan pancing mad’u.
Tengok jam dah hampir pukul 12.

Mata mengantuk.

Angkat kaki balik rumah.

Kepala terbayang..

Katil…katil……



Rumah tingkat dua..Bahagia betul bila mula nampak pintu rumah.

Mata makin pedih..
Dalam kepala…
Katil….katil…

Ketuk-ketuk..bagi salam..

“kak pah…!! 
Kita ada buatkan tah 0 panas untuk kak pah.. 
mesti akak penatkan..”
(baca dengan senyum sampai ke telinga dan senyuman comel)




Zuppp….
hilang penat.
Hilang katil..
Terus rasa bahagia.

Bagai dunia ini aku yang punya….



MasyaAllah……akhawat selalu buat saya terharu.
Patutlah pahala besar bagi isteri yang sediakan minuman bagi suami yang baru pulang ke rumah…






Saya anak mak.
Selalu nak telifon.

Kalau boleh tiap hari.

Tapi memang tak lah sebab perlu jimat kredit untuk buat kerja.



Ada seorang akhawat ni.
Dari keluarga yang agak berada.
Telifon BB.
Guna bill.


Dan selalu marah saya dan akhawat lain kalau tak guna BB beliau.
Katanya..


“saya tak pandai bagi tazkirah..
mungkin ini yang dapat saya sumbang untuk dakwah…”





MasyaAllah…..akhawat selalu buat saya terharu.
Sudah berapa puluh tangan yang menggunakan telifon beliau tanpa dicas atau diungkit-ungkit.
Allah..Allah…




Banyak
Banyak
Dan banyak lagi yang pernah akhawat buat untuk saya.
Di atas ini hanya secebis sahaja.
Baru untuk saya.
Untuk insan lain..masyaAllah.
ALLAH SWT itu MAHA MENGETAHUI dan semestinya telah tercatat segalanya dalam buku amal kalian, wahai akhawat ku sayang..




Tetapi yang terakhir ini….
Rasanya..
Ini yang paling saya terharu dengan akhawat…



Betapa saya disaksikan bahawa 

doa rabithah yang kami selalu amin kan bersama itu 

benar-benar mengikat hati kami….







Saya jenis suka pendam masalah…
Bagi saya masalah peribadi bukan hak public.

Bukan perlu untuk aku ceritakan.

Hatta pada sahabat baik ku sendiri.

Sebab…tak semestinya mereka boleh bantu.

Malah…mengapa perlu aku menambah beban orang lain.
Sedangkan itu hanya masalah ku seorang.


Itu prinsip saya.
Boleh jadi saya silap.



Masa cuti.
Tiba-tiba ada masalah.

Berat juga tangung sendiri ni.
Tapi dah prinsip…



Tiba-tiba..
Masuk panggilan seorang sahabat.


Tanyakan khabar saya.

Saya katakan saya dalam keadaan yang amat-amat baik.
Terus sahabat saya itu menidakkan kenyataan itu.


Katanya..saya mesti dalam susah.

Kerana beberapa hari lepas dia selalu mimpi saya dalam keadaan menangis.
masyaAllah....


Selang beberapa hari.
Seorang sahabat lain juga telifon bertanyakan khabar saya.

Tetap saya katakan saya dalam keadaan yang amat baik.
Namun, dia juga menidakkan.

Katanya..dia bermimpikan saya dalam keadaan menangis dan dalam kesusahan.
Allahu Rabbi….


Siapakah kalian ini….?





Kejadian ini sudah beberapa kali berlaku sejak saya belajar di syurga tarbiyah, UNITI.
Bukti doa rabitah itu mengikat hati-hati setiap tentera-NYA.














MasyaAllah..
Penyayang nya ALLAH mengirimkan aku ini dengan wanita-wanita syurga..






Mengenali kalian 
merupakan antara nikmat terbesar 
yang ALLAH SWT kurniakan dalam hidup saya.



Hadith yang diriwayatkan oleh Muslim,

Rasulullah s.a.w telah menceritakan kepada sahabat 
tentang satu kisah yang pernah berlaku suatu masa dahulu. 

Kisah tersebut ialah 
kisah seorang sahabat ingin menziarahi seorang sahabatnya
yang tinggal dalam sebuah kampung yang lain. 

Lalu Allah s.w.t. telah mengutuskan malaikat 
untuk bertemu dengan lelaki itu.


Malaikat yang menyamar sebagai manusia itu
lalu bertanya kepada lelaki itu, 

"Kemana engkau ingin pergi? "

Lelaki itu menjawab:
 "Aku ingin pergi bertemu sahabatku di kampung ini."


Lalu disoal lagi lelaki itu tentang tujuannya menziarahi sahabat itu. 


Lelaki itu menajwab 
dengan jawapan yang amat indah mengenai sebab utama dia ingin menziarahi sahabatnya, iaitu;



 " Aku mengasihi sahabatku kerana Allah s.w.t.






Maka Malaikat itupun terus memberitahunya

bahawa dirinya adalah malaikat 
yang disuruh untuk memberitahu lelaki itu bahawa..

Allah Ta'ala mengasihinya
 sebagaimana dia mengasihi saudaranya kerana Allah. 







Salam sekencang kerinduanku 
buat saudara seaqidah sekalian,

Khusus salam kerinduan ini 
buat sahabat-sahabat seperjuangan yang kini bertebaran di bumi Allah SWT.



Semoga segala urusan kalian dipermudah Illahi, 

walaupun jalan yang dipilih ini 

tidak berhamparkan permaidani merah 
dan kuntuman mawar yang mewangi.


Namun..
teruskanlah langkah menapak duri dan badai 

kerana yakinlah wahai saudara ku,
janji yang kita ikrarkan bersama membawa kepada mahar sejati. 

Mahar CINTA ILLAHI. 
Buat dibeli taman Firdausi. 




Taman indah yang kita janjikan untuk bertemu bercanda bersama SANG KEKASIH kita buat selamanya di sana nanti..



**19 oct ini HIMMAH kita di UPM. Jumpa di sana wahai wanita-wanita syurga..!!



No comments:

Post a Comment