Saturday, 5 October 2013

Akhawat tak busuk..

Ditelengkupkan badan Ismail,
lalu dengan keadaan mata tertutup,
Nabi Ibrahim meletakkan pedang yang tajam tepat di batang leher anak kesayangannya itu.


Dengan nama Allah
maka dipancunglah leher Ismail,..

Lalu terperciklah darah yang masih panas dan merah
mengenai badan Nabi Ibrahim.


Menggeletar tubuh Nabi Ibrahim.
Hakikat beliau juga manusia biasa yang punya rasa  di hati.
Bayangkanlah saudara ku,
pedang yang tajam itu bukan di tuju pada batang leher binatang
tetapi pada anak yang selama ini dibesarkannya dengan penuh kasih sayang dan harapan menjadi pembantunya di jalan dakwah.

Namun atas mengenangkan ini adalah wahyu dari yang Maha Esa maka akurlah sang bapa ini.

Nabi Ibrahim mencari kekuatan untuk membuka penutup matanya...

Dengan penuh rasa redha,
Nabi Ibrahim teguh melaksanakan perintah Allah SWT itu.
Walaupun berat yang ditanggungnya hanya Allah yang tahu....









Tetapi..

Alangkah terperanjatnya
apabila melihat yang disembelihnya itu bukanlah anaknya melainkan seekor kibas.


Dengan memuji kebesaran Allah S.W.T,
kedua-duanya pun berpelukan sambil bersyukur kepada Tuhan kerana memberi kekuatan sehingga dapat melaksanakan amanat dari Allah S.W.T.


Itulah coretan sejarah agung
di mana pada suatu hari Nabi Ibrahim mendapat mimpi.

tajuk akhawat busuk..??
Dan di dalam mimpinya itu
Allah menyuruh Nabi Ibrahim menyembelih anak kesayangannya yang bernama Ismail.



Peristiwa pengorbanan ini dirakamkan oleh Allah s. w. t. di dalam surah As-Saffat, ayat 102 hingga 109. Antaranya Allah menyatakan:


فَلَمَّا بَلَغَ مَعَهُ السَّعْيَ قَالَ يَا بُنَيَّ إِنِّي أَرَى فِي الْمَنَامِ أَنِّي أَذْبَحُكَ فَانظُرْ مَاذَا تَرَى قَالَ يَا أَبَتِ افْعَلْ مَا تُؤْمَرُ سَتَجِدُنِي إِن شَاء اللَّهُ مِنَ الصَّابِرِينَ

Maksudnya: Maka tatkala anaknya itu sampai ke peringkat umur yang membolehkan dia berusaha bersama-sama dengannya, Nabi ibrahim berkata: "wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi, bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapat mu. Anaknya Ismail menjawab,” wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu, Insya Allah ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar".





Begitulah lipatan sejarah
sehingga tersyariatlah hari raya Aidiladha.
Selain Aidilfitri, aidiladha juga merupakan perayaan kedua terbesar dalam Islam.
Aidiladha disambut pada hari ke 10, 11, 12 dan 13 bulan Zulhijjah setiap tahun.

Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, 

diikuti dengan solat sunat Aidiladha 

serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah,

sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.



10 Zulhijjah juga merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam
di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.



Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat,
manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.


mana akhawat busuk..??

Berdasarkan kepada hadis (terjemahan) 

“Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadat korban yang kamu lakukan.” (Hadis riwayat At-Tirmizi)



ERTI PENGORBANAN

Mari kita renung sejenak bagaimana hebatnya pengorbanan yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim a.s  serta anaknya Nabi Ismail a.s.
Perintah pemancungan Nabi Ismail merupakan perkara yang sukar untuk diterima dengan akal yang waras. Tetapi kita lihat bagaimana hebat penyerahan diri kedua insan ini kepada Tuhannya. Mereka sanggup untuk melaksanakan perintah itu walaupun dikeji oleh ramai manusia di zaman itu. Semata-mata mengenangkan itu adalah perintah dari Tuhan Yang Maha Mengetahui.

Hebatnya ketaqwaan mereka hingga akhirnya, Allah membalas pengorbanan mereka itu dengan sesuatu yang tidak disangka-sangka. Hebatnya Allah. Maka benarlah sahabat-sahabat akan firman Allah SWT dalam surah  at Talaq ayat2-3:

“Barang siapa bertaqwa kepada Allah nescaya DIA akan membukakan jalan keluar baginya. Dan DIA  memberinya rezki yang tidak disangka-sangka. Dan barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluannya). Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan NYA. Sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu.”


Tidakkah anda merasai indahnya firman Allah SWT itu wahai saudara ku.
Sehingga mampu menggetarkan urat-urat yang berpaksikan aqidah yang satu

Namun,
saya lihat anda tidak merasai apa-apa..
Apa yang terjadi pada iman anda sahabat..?
Ulanglah semula bacaan firman Allah SWT di atas, dengan penuh rasa khusyuk dan tenang…


Kini saya lihat anda memikirkan sesuatu.
“Patutlah masalah aku selama ini tidak selesai”
“Patutlah aku sentiasa jumpa jalan buntu”
“Patutlah jiwa aku selalu di rundum sesak dan celaru”

Iman anda telah mula berbisik sahabat, Alhamdulillah.
Kini diri mu telah tahu bahawa kunci kepada segala masalah adalah TAQWA.

Jika kita melaksanakan segala perintah NYA dan meninggalkan segala larangan Allah sebaiknya, 
PASTI AKAN ADA JALAN KELUAR
mana akhawat busuk..??

Walaupun jalan keluar itu di luar akal yang logik.
Ya,ia pasti.
Dan telah terbukti dalam coretan sejarah agung Nabi Ibrahim dan Ismail ini…



Dan kini
saya lihat anda mula memasang misi hidup yang baru,

Saya akan menjadi hamba yang taat perintahNYA”




“Saya akan tinggalkan segala dosa maksiat yang menutup jalan keluar ku selama ini”



“Saya akan menjadi hamba yang benar-benar bertaqwa, kerana hanya di situ pintu ketenangan jiwa sebenar”




Alhamdulillah,
syukur pada Allah.

Saudara-saudara seaqidah yang disayangi sekalian,
bersamalah kita menyambut aidiladha yang bakal tiba
dengan nafas iman yang baru
bersulamkan kemantapan taqwa kepada Allah SWT.

Wallahu a’lam~~



*akhawat busuk? propa sahaja tu. Akhawat semua wangi..Rindu akhawat yang bertebaran di seluruh dunia. Cepatlah balik malaysia, keluar dari tempat bertapa. Sepak terajang survival islam menanti kita.


Salam Sekencang Tarbiyah,
Semantap Dakwah..!!

2 comments:

  1. Serius tajuk takda kaitan dengan isi. Ini menunjukkan kelemahan memilih tajuk atau hanya satu pembohongan yang nyata?

    ReplyDelete
  2. itu pancing akhawat saya. Maaf akhawat, terpaksa habis 5 minit baca tulisan yg tak berkaitan tajuk ye.

    ReplyDelete