Sunday 5 February 2012

WAHAI PARA RIJAL, BIMBINGLAH KAMI..!


Kisah yang akan saya kupas ini adalah KISAH BENAR..
Cuma cara penyampaian dan nama-nama watak telah saya ubah.
Semoga menjadi ibrah buat kita semua…



      “Salam, maaf mengganggu akak.
    Saya, Fauzul Adzim dari kos art and design semester 3.
 Kak mungkin tak kenal saya. Tapi saya kenal akak.Saya ambil nombor akak ni pun dari kawan pengajian Islam.Maaf kerana menceroboh privasi akak. 

Sebenarnya saya ingin meminta bantuan dari akak.Saya ada kenal seorang perempuan ni. Dia kos pengurusan perdagangan semester 3 juga.

 Saya ingin bawa dia untuk berubah menjadi seorang muslimah yang lebih baik.

 Tapi ilmu agama saya  tak banyak..Ditambah pula dengan batas agama. Saya tak mampu untuk bimbing dia.Sedangkan saya sangat berharap dia berubah. 

Jadi di sini saya ingin menyerahkan dia pada akak.Akak tolonglah bimbing dia.Bawa dia kepada islam yang sebenar.

 Ajar dan nasihatkan dia.Tapi jika dia taknak.Janganlah dipaksa.. Saya tak paksa akak untuk membantu saya.Tapi saya sangat berbesar hati dan bersyukur jika akak dapat tolong membimbing dia. Saya tak cukup bagus untuk bantu dia berubah.Sekarang saya, menyerahkan sepenuhnya gadis yang bernama Zulina Ibrahim kepada akak untuk dibimbing… Terima kasih banyak kak. Wasalam~~” 
 ...............................




subhanAllah..

takjub.

Itulah perasaan yang boleh saya gambarkan apabila selesai membaca mesej yang singgah di telefon saya setahun yang lalu…

Seorang lelaki yang mengaku kurang ilmu agama.
Tetapi sangat ingin membimbing seorang gadis…


Mungkin gadis itu terlalu istimewa baginya.
Sehingga dia sanggup merendah diri..
Mengaku kurangnya ilmu..
Lantas meminta bantuan agar dibimbing gadis tersebut…


Saya benar-benar takjub.
Benarlah.
Firman Allah SWT, dalam surah an nisa ayat 34;

“Kaum lelaki adalah pemimpin kaum wanita”.




Sifat ingin membimbing dan memimpin itu
Sememangnya telah tercorak dalam setiap diri insan yang bergelar LELAKI…
Atau kita gelar ar rijal.


Jika ingin saya nukilkan di sini.
Saya rasa tak salah untuk saya katakan bahawa jejaka tersebut telah membuktikan CINTA YANG SEBENAR.


Cinta yang sebenar adalah bilamana kita ingin melihat orang yang kita cintai dan kasihi itu
Bahagia
Gembira.
 Dan tiada kebahagian yang lebih hebat melainkan kebahagian di SYURGA ABADI…



Jika kita mengaku cinta kepada seseorang,
Tetapi kita membawa mereka melakukan perkara yang dimurkai ALLAH SWT

Kita bersentuhan
Kita berdating
Kita bermanja-manja



Sedangkan segalanya belum halal buat kita.
Dan yang semestinya kita tahu.
Hanya NIKAH lah tiket untuk kita melakukan semua itu.



Itu tandanya anda TIDAK CINTA KEPADA INSAN TERSEBUT.
Kerana anda rela mencampakkan dia ke dalam lembah hina.
Kemurkaan dan
Azab ALLAH SWT…

………………….




Ingin saya membawa lagi satu kes di mana seorang lelaki yang turut berusaha untuk membimbing seorang gadis.

Bersama kita ikuti himpunan mesej-mesej ini…



“semester lepas enti ada sesuatu nak bagitahu ana kan. Tentang janji ana pada Nur. Tapi  apa sebenarnya maksud enti. Boleh enti terangkan sekarang..?”
 

“Maaf, apa yang enta merepek ni. Ana tak ingat apa-apa tentang hal tu.”
 



 “Merepek apa nya. Semester lepas yang enti marah-marah pasal menabur janji pada Nur tu apa..?
Buat pengetahuan enti, ana tak pernah menabur apa-apa janji pada dia tau. Ok, ana cuma nak dia berubah. Itu je. Tapi enti nak marah-marah ana pula masa tu…kenapa..??”
 



“Baik, ana minta maaf tentang yang dulu tu. Cuma ana nak enta ingat, yang enta pernah janji pada Nur untuk kahwin dengan dia kan. Ingat semula janji enta tu. Berdosa menabur janji dan memberi harapan palsu. Wallahua’lam, ALLAH lebih tahu apa yang kamu berdua sudah janji-janji kan bersama.”

 
“Ermm..Astagfirullah…Ana takut kalau ana tak dapat menepati janji ana pada dia… sebab tu lah ana pura-pura tak ingat. Macam mana ana nak padam janji ana pada dia ye…?? Ana betul tak sanggup lagi untuk teruskan.”


…………………………esoknya…………………..





“salam, ana nak minta tolong pada enti boleh..??”
 “Tolong apa..?” 

“Tolong jaga Nur…Ana taknak dia nangis lagi sebab ana. Sebelum ni pun dia banyak dia menangis sebab takut ana tinggalkan dia…. Walaupun ana pernah TERJANJI dengan dia, tapi sebenarnya ana cuma nak dia berubah menjadi wanita muslimah yang lebih baik…bukan ana betul ingin menikah dengan dia.”

 “Bertaubatlah. Enta jelaskan pada Nur. Jangan lagi mainkan hati dia.Kalau taknak, jangan lagi bagi harapan. Jelas elok-elok, insyaAllah dia akan faham.“

 “Ana tak nak pun mainkan hati dan perasaan dia…Cuma ana nak dia faham, yang selama ini ana anggap dia sebagai gadis yang ingin dibimbing sahaja..Bukan ana bermaksud ingin mengambil dia sebagai zaujah ana.”

 “Ana cadangkan enta jelaskan dan terus terang elok-elok dengan Nur. Beritahu perkara sebenar. Ana tahu mesti susah untuk Nur terima sebab ana tengok dia pun sudah sangat rapat dengan keluarga enta. Tetapi, itulah penyelesaian sekarang. 
Beritahu dia perkara sebenar. Jangan lagi tanam harapan kerana itu akan lebih menyakitkan dia. Doa kepada ALLAH semoga dipermudahkan. Jelas dengan elok. 
ANA TAK JANJI DIA TIDAK AKAN MENANGIS. Dia pasti akan menangis. Tapi itulah UBAT. insyaAllah kami akan backup dari belakang. Dan membawa Nur mencari cinta yang lebih indah. CINTA ILLAHI… 
………………………………….



Saudara seaqidah ku sekalian…

Khususnya akhawat yang sangat ku sayangi kerana ALLAH..
yang sentiasa setia mengikuti nota-nota tanpa dakwat ku ini….



Seseorang boleh menjadi asbab untuk kita mendapat hidayah ALLAH SWT.
Masakan tidak..
Bukanlah Nabi SAW pernah bersabda…


“Jika seseorang itu mendapat hidayah atas asbabnya kamu. Maka itu lebih baik daripada seekor unta merah..”



Jadi, thabit dan benarlah bahawa seseorang insan boleh menjadi asbab hidayah kepada insan yang lain…

“sebab dialah saya berubah pakai tudung labuh..”
“sebab dialah, saya selalu bangun solat malam..”
“sebab dialah,……..”



SubhanAllah,
Indahkan pencaturan ALLAH SWT itu.
Memberi hidayah kepada kita dengan pelbagai cara.
Kadang-kadang DIA menemukan kita dengan seseorang.


Seseorang yang baik agamanya.
Akhlak dan tingkah lakunya.

Maka kita tertarik hati
          Lantas berbisik hati kita untuk berubah
                    Seterusnya kita berhijrah..
                                  Daripada tak solat, kita solat…


Daripada tak pakai tudung, kita pakai tudung…
Dan sebagainya…


Tapi..
adakah kita mengatakan bahawa kita berubah kerana dia..?
Berubah untuk dia..?

Semestinya tidak..!
Kita berubah demi ALLAH.
Kita berhijrah untuk ALLAH SWT.

Cuma asbabnya dia, kita mendapat hidayah untuk berubah.
Benar..?
Ya, semestinya benar…




Jika begitu…
Mengapa kita perlu sedih apabila kita berpisah dengan insan tersebut..?
Mengapa kita perlu risau jika dia tiada bersama kita..?



Mungkin itu tandanya kita bukan berhijrah demi Allah…
Tapi kita berubah dan berhijrah demi si dia..
Nauzubillahi min zalik..

.....................




Akhawat yang sangat saya sayangi semata kerana Allah SWT…
Saya tahu..
Ada antara kita yang berubah kerana bertemu dengan seorang insan bernama ar rijal yang baik agama dan indah akhlaknya…

Lantas,

Ar rijal itu membimbing anda..
Menasihati anda..
Mengingatkan anda kepada ALLAH SWT..

SMS nya sarat dengan tazkirah.
Peringatan-peringatannya membuat anda makin mencintai Islam…





Tetapi…
ingin saya ingatkan di sini wahai srikandi-srikandi ku sayang…
Hati mu itu sangat rapuh..
Hati mu itu sangat senang terusik dan terluka…

Ku risau diri mu kan jatuh sayang pada rijal itu..
Ku risau diri mu kan merindui ajnabi itu..



Bukan SMS yang mengandungi tazkirahnya yang kau tunggu..
Tetapi, cuma engkau ingin dia mengingati kamu dengan mengirim tazkirah-tazkirah itu..
Astagfirullahl azim…
Nauzubillahi min zalik…

Bukan hak ku untuk menilai hati mu wahai saudara-saudara seaqidah ku..
Cuma,
Bersama kita mengambil peluang ini untuk muhasabah HATI kita..


Benarkah aku berubah kerana ALLAH…?
Atau selama ini aku berubah kerana dia..







Sangat suka untuk saya cadangkan di sini.
Buat akhawat yang sangat ku sayangi..

Carilah sesama akhawat jika kita ingin berubah…
Carilah seorang atau lebih, teman bernama muslimah untuk bersama berhijrah…
Di sana hati mu akan lebih tenang.
Kerana selamat dari memancing murka ALLAH SWT…



Jika iman mu lemah,Akan ada akhawat yang akan memeluk mu.Pelukannya pasti membangkitkan iman. Jika kau sedih dan terluka,Akan ada akhawat yang akan mengusap air mata di pipi mu itu.Usapannya penuh pengertian. Jika kau rasa terbeban,Kau ada akhawat yang boleh kau sandarkan kepala di bahunya..Pasti lenyap berat yang ditanggung jiwa mu…





Tetapi jika engkau bergantung pada ajnabi untuk berubah…
Apa yang boleh si dia lakukan,
Bila diri mu sedih,
Bila diri lemah,
Bila jiwa mu sesak dengan masalah…???


Tanya iman mu wahai akhawat ku sayang…


Saya juga seorang muslimah…
Saya sangat memahami hati mu wahai akhawat ku…

subhanAllah hati mu sarat dengan kasih sayang..
hati mu tepu dengan sifat keibuan…
Hati mu mudah jatuh sayang pada insan yang mengambil berat akan diri mu..



Hati-hatilah wahai akhawat ku sayang..
Jangan sampai kita terjatuh ke dalam perangkap syaitan durjana.

Indah menghiasi pandangan mata walhal di hujungnya membawa ke neraka..

....................








Wahai para rijal......



Pimpinlah kami…
Kerana memang telah tertulis di di atas sana
Bahawa kalian imam kami..



Pimpin kami ke jannah NYA…
Bukan ke api murka NYA..
Jika kalian ingin membawa kami kepada Islam..
Kalian ingin kami berubah.
Maka,
Serahkanlah kami pada kaum sejenis kami.
Yang mampu membimbing kami…



Tidak perlu engkau menyibukkan diri mu wahai sang rijal untuk membimbing ku..
Kerana batas kita perlu dipelihara.
Kita belum halal untuk berdua.
Maka, jangan dipancing murka NYA..



Namun,
Bila kami telah sah menjadi milik mu wahai sang rijal.
Kan kami serahkan jasad dan ruh kami pada kalian.
Bimbinglah kami sepenuhnya.
Wahai imam-imam kami,
Bawalah kami menuju CINTA NYA..







No comments:

Post a Comment