Sunday 11 November 2012

Biarkan aku dengan cara ku.


“Biarkan aku dengan cara ku, aku ada cara untuk diri ku”

11 nov 2012
0845
Teluk Kemang




“Kenapalah aku kena tinggal....”
Ku dongakkan kepala melihat tangga jejantas yang mencacak tinggi.

“Tapi…ALLAH janji semua yang jadi tu ada hikmah…”
Aku mengeluh kecil.
Cuba menerima takdir dengan seredha mungkin.
Ku gagahkan langkah menusuri anak-anak tangga jejantas di hadapan Dataran Teluk Kemang itu.
Langkah ku seret lemah.
Di pondok menunggu bas aku berdoa agar segera dapat pulang ke asrama.

Teringat nasi lemak yang diberi oleh sahabat ku, Ayuni Bachtiar. Terbayang wajahnya yang sugul apabila terpaksa melihat ku menarik diri di saat akhir disebabkan kenderaan kami tidak muat bagi menghadiri program di Seremban pagi ini. Ya, itulah sahabatku dunia akhirat. Semoga dia menjadi bidadari yang paling indah di taman Firdausi kelak.

Polisterin itu ku buka perlahan. Semerbak harum nasi lemak mencucuk hidung ku yang masih selesema. Aku tersenyum sendiri apabila melihat nasi lemak tersebut berpasang dengan telur rebus yang sangat sempurna bentuknya (susah nak cari peniaga nasi lemak yang bagi teluk rebus sebiji).
Terima kasih Ayuni hiburkan saya lagi..

Sedang menikmati suapan yang ke lima (mungkin).. Tiba-tiba kelihatan seorang lelaki diseberang jalan berhadapan dengan ku, dia membongkokkan badannya lalu…..
Memuntahkan sisa-sisa makan yang ku lihat berwarna agak eeeee perlukah aku menceritakannya.
Terus terhenti selera ku.
Selang beberapa saat..,

datang seorang gadis remaja menghampiri jejaka tersebut. Aku tertunduk malu melihat pakaian yang membaluti tubuhnya itu. Tangannya menepuk lembut bahagian belakang jejaka tadi.

Oh no..!! Aku berharap mereka muhrim.

Usai jejaka tersebut memuntahkan isi perutnya, terus dia dan gadis tersebut dengan mesranya berpegangan tangan menuju ke motosikal yang terletak beberapa meter sahaja dari situ. Mata ku tidak dapat lepas dari memandang gelagat mereka. Melihat kepada saiz tubuh mereka berdua, boleh aku agakkan usia mereka belum mencecah 20 lagi.
Kelihatan juga 6 hingga 7 penunggang motorsikal yang lain sedang menanti mereka.  Mungkin merekalah geng-geng motor yang diceritakan oleh urusetia program tadi. Dengarnya mereka tidak menyewa mana-mana hotel, Cuma duduk di tepi pandai dan over night di sana….

Terdetik rasa rindu pada adik lelaki ku yang baru sahaja mencecah usia 19 pada 20 oct yang lalu. Semoga dirinya berada dalam lindungan ALLAH SWT sentiasa.

“Biarkan aku dengan cara ku, aku ada cara untuk diri ku”

.................................


Muntah..

Perempuan seksi.

Mat motor.

Overnight tepi pantai.



……………………

Minum arak.

Lumba haram.

Seks bebas.

Argh..!! ku tepis semua prasangka itu. 
Hati kecil ku berdoa agar para remaja tadi dilindungi dari perkara yang dimurkai Allah. Semoga hati mereka lembut untuk kembali mencari makna sebenar kehidupan. 

Alangkah rugi jika hayat yang sekejap cuma ini ditabur di lembah hina. Nanti di akhirat apa yang ingin dituai. Bekal apa yang ingin di bawa. Hadiah apa yang ingin dipersembah pada Robbuna..?
Ya Allah, pimpinlah mereka.


..................................................


Langit gelap.
Bagai dapat membaca suara hati ku yang sayu.
Bas yang ku naiki itu semakin laju meredah gerimis renyai.



“Biarkan aku dengan cara ku, 
aku ada cara untuk diri ku”




Setiap nyawa berhak untuk memilih.
Ya, saya sangat setuju dengan itu.
Islam tidak menyuruh kita menjadi lalang.
Orang kata kiri, kiri.
Kanan, kanan.
Islam menyuruh kita memilih.
Islam memberi kita pilihan.

Pernah saya mengikuti mukhyam yang dikelola oleh Persatuan Belia islam Nasional (PEMBINA) pada beberapa bulan yang lalu.
Dalam sebuah slot bersama tokoh ISMA, saya amat terkesan dengan kata-kata tokoh tersebut.

“Bila antum berbaiah dengan sesebuah jemaah.

 Maka taatilah dan hormatilah fikrah jemaah tersebut 
selagi mana ia bertepatan dengan syarak dan ajaran Rasulullah saw. 

Tapi,

Jika satu hari nanti, jemaah yang kamu baiahkan ini,
Terpesong dari syariah,
Lari dari didikan sunnah,

Maka pada waktu itu pilihan terletak pada tapak tangan antum sendiri.
Buatlah pilihan.
Kami mahu menjadikan antum taat pada Allah.
Bukan selainnya.”



Bila orang mengatakan MSIB itu rasis.
Saya pun rasa yang sama suatu ketika dahulu.
Tapi saya tak minat ambil kata orang tanpa periksa.
Saya nak bukti depan mata.
Dengar dengan telinga saya.
Baru saya akan cakap MSIB itu rasis.

Tapi, bila kita kaji. 
Bila melihat dari sudut syarak dan waqi’ malizi itu sendiri, MSIB tak salah.
Itu wasilah yang ingin diambil oleh jemaah mereka. Ikutlah. Jika tidak mahu sokong cukuplah jangan menghalang atau menghina perjuangan mereka.
Ingin berdialog tentang  MSIB, mari. Saya tidak gentar.

Tapi sekali lagi, 
andai tidak mahu menyokong, cukuplah jangan menghalang. 

Keterbatasan di zaman ini dan serangan musuh yang bertubi-tubi memerlukan kita untuk saling menghargai, bukan membenci. 
Jadilah singa Allah yang matang.

Aku ada jalan ku, biarkan aku dengan jalan ku.

...............................



Abah pilih mak, berbanding nyawanya sendiri.

Tekadnya keputusan abah di waktu itu. Wajahnya serius. Tiada siapa pun dari kalangan kami adik beradik yang berani menyanggah keputusannya. Walaupun pada hakikatnya keputusan abah pada waktu itu dilihat sangat silap.


“Kalau pakcik taknak pakai tube. Kanser tu akan merebak dengan sangat cepat. Pakcik jangan risau, tube tu guna berapa tahun je. Lepas tu pak cik dah boleh hidup seperti biasa.”
Tenang doctor pakar usus itu menerangkan kepada kami.

Abah menggeleng.


“Abah taknak susahkan orang.” Kata putus itu mendiamkan kami semua.
Matanya redup memandang mak yang sedang menunggu di tepi katil wad.
Bagai dapat ku baca hati orang tua ku itu.



Bila diminta untuk memilih.

Kita akan sedaya upaya memilih yang terbaik untuk diri kita.....

Dan abah memilih untuk menghabiskan sisa hidupnya tanpa menyusahkan sesiapa,
Terutamanya isteri yang sangat dicintainya...


Terkesan dengan cinta mereka.
Aku yakin kalian kan terus bercinta di syurga.
Terima kasih wahai abah dan mak kerana memberi  tauladan yang indah buat ku tatap selama ini.
Mengajar ku untuk menjadi insan yang nanti mencintai suami ku dengan ikhlas, dan menyebarkan cinta di lubuk hati anak-anak kami kelak.

Ya, setiap orang punya cara. Biarlah mereka dengan cara mereka.

..........................





Bas itu berhenti di hadapan Ixora.
Turun sepasang kekasih...

Selama di dalam bas tadi aku langsung tidak menyedari kehadiran mereka. Mungkin mereka duduk jauh ke belakang.
Mata ku menjeling ke tangan lelaki tersebut. 
Digenggam kemas beg khemah yang sehemat ku, itu adalah saiz khemah untuk 2 orang.

Sekali lagi ku tepis zhon itu.!
Ku larikan mata ke luar jendela. Hujan makin lebat. 
Tiba-tiba,

“Seronoklah kan dapat tidur berdua dalam khemah..”
Pak Cik Bob, pemandu bas Cityliner itu memecahkan lamunan ku.

“Ha..apa pak cik?”
Aku buat-buat bagai tidak dengar.

“Tu..nampak tadi tu couple tu bawa khemah. Tidur tepi pantai… Haih apa nak jadi budak-budak sekarang ni. Kita ni dapat tengok je lah kan…”

Muka ku terasa bahang. 
Mata ku mula berkaca. 
Ku tahan kelat, tidak mahu air mata ku tumpah pada waktu itu. Di luar bas, hujan lebat menyimbah bumi.  

OVERNIGHT

Sebelum saya menjejakkan kaki ke alam IPT, tidak pernah pun saya tahu makna sebenar perkataan ini.
Stay up saya tahu lah. Itu pun stay up depan buku, bila nak exam kan.
Ini overnight.
Bila dicampak oleh ALLAH SWT ke bumi Port Dickson ini, baru saya tahu hakikat sebenar perkataan tersebut. 
Bukankan saja saya sudah tahu makna. Bahkan telinga ini sendiri pernah menadah mendengar pengakuan siswi yang pergi overnight di tepi pantai bersama ‘’kawan-kawan’’ mereka.  Allah..malunya saya. Semoga Allah tuntun langkah mereka ini. Tidak sanggup melihat mereka terus-terus hanyut dengan dunia. Bantulah mereka  ya Allah,.. Bantulah mereka mencari MU.

“Biarkan aku dengan cara ku, aku ada cara untuk diri ku”




Usai memberi salam dan mengucapkan terima kasih kepada pemandu bas tersebut,
aku terus berlari anak menuju ke rumah kami.
Kubu kami.
Markas dakwah kami. 
Air mata yang ku tahan tadi laju tumpah ke pipi. Ku biarkan sahaja. 

Hati mana yang tahan melihat saudara seislam sendiri jatuh ke lembah hina.
Hati mana yang tegar membiarkan saudara seaqidah membakar dirinya di dalam gelojak api neraka. 
Sejuk yang mencengkam tulang tidak mampu melawan bahang di dada yang membara menelan marah.
Kenapa wahai manusia?
Mudahnya engkau melupakan DIA?

“Biarkan aku dengan cara ku, aku ada cara untuk diri ku”


Argh cukup..!!
Ya,
Engkau berhak untuk memilih.
Tetapi engkau tidak berhak memilih untuk menderhakai NYA.
Sedangkan alam juga memilih.
Alam juga di kurniakan ALLAH untuk memilih…

Wahai saudara seaqidah ku..
Lihat.
Lihatlah langit yang luas membiru.
Matahari yang memancarkan cahaya.
Awan yang memberi teduh.

Pernahkah sekali engkau melihat langit itu lari dari tugasnya.
Sewenang-wenangnya menukar warna kepada hijau.

Pernahkah sekali engkau, wahai manusia, melihat matahari itu lari dari perintah TUAN nya.
Sewenang-wenangnya tidak timbul di waktu siang.

Pernahkah sekali engkau, wahai manusia, melihat awan itu derhaka pada PEMILIK nya,
Yang dengan sewenang-wenangnya mendarat ke dasar bumi.
Pernahkah wahai manusia..?
Lihatlah…Alam ini tidak pernah derhaka pada TUAN nya.
Tidak sekali lari dari tugasnya.


Mereka juga memilih wahai saudara ku.

Mereka juga memilih..

Dan mereka memilih untuk........




TAAT


“Biarkan aku dengan cara ku, aku ada cara untuk diri ku”




Maka DIA mengilhamkan kepadanya (jalan) kejahatan dan ketakwaan. Sungguh beruntung orang yang menyucikannya (jiwa itu). Dan sungguh rugi orang yg mengotorinya (asy Syam :8-10)




*Tidak boleh lupa Dis 2008. Awal muharam umat Islam di sambut dengan air mata dan darah pejuang yang mati di bunuh di Gaza. Wahai ummat yang cintakan agama ini, pilihlah…. Pilihlah untuk MELETAKKAN SEMULA ISLAM DI TEMPATNYA!

Salam ma’al hijrah.
Salam sekencang tarbiyah,
semantap dakwah.

No comments:

Post a Comment