Thursday 24 November 2011

DEMI ALLAH..! Doa anda sentiasa dimakbulkan.

DEMI ALLAH! DOA ANDA SENTIASA ALLAH TUNAIKAN..



“tipulah, akak. Selama ni saya doa nak dapat 4.00 tapi tak pernah dapat pun.”

“Saya doa nak BMW tapi tak sebiji pun jatuh dari langit.”

“Saya doa nak nikah dengan Ayuni (Ayuni yang tinggal di London tu ^__^), tapi dia pun dah ada anak 10 orang sekarang. Ah, mana ada Allah makbulkan doa saya”

Saya lihat anda sedang ligat mengingati semula doa-doa anda selama ini.
Anda pernah kecewa kerana apa yang anda ingini tidak anda perolehi..?
Anda sakit hati setelah berhempas pulas namun tiada hasil.
Anda penat berdoa.
Anda juga pernah berputus asa dengan doa anda.

Bertenang saudara ku sayang.
Allah SWT itu bukan bersifat zalim.
Malah DIA mengisytiharkan diri-NYA, AR RAHMAN.
Ya, Allah SWT itu sifat NYA MAHA PEMURAH.
Masakan DIA tidak memakbulkan permintaan hamba-hamba-NYA.

“Tapi realitinya, banyak je doa aku yang tak makbul..”
Anda berkata sesuatu.
Ya, saya dengar.

Saya tidak akan menyalahkan anda untuk berkata begitu.
Kerana ada satu HAKIKAT yang anda belum tahu.
Maka, disebabkan itu, anda mula berkata demikian.


Tetapi sahabat, jangan pula sampai anda bersangka buruk pada ALLAH SWT.
Cukuplah sampai di sini sahaja anda berfikir begitu.
Kerana sebentar lagi saya anda memberi anda satu hadiah yang sangat berharga.
Di mana, jika anda peroleh barang ini.
Anda akan tahu hakikat bahawa
Doa anda sentiasa dimakbulkan  oleh ALLAH SWT..

Adakah anda sudah bersedia.

Sahabat ku sayang, terimalah hadiah istimewa ini.
Ia khusus buat anda..

Rasulullah SAWpernah bersabda:

“Tidak seorang pun yang berdoa, kecuali akan dimakbulkan. Pengabulannya itu boleh segera di dunia ini, dan boleh juga ditangguh di akhirat nanti, atau boleh juga digantikan dengan pengampun doa sesuai dengan kadar doanya itu, dengan syarat dia tidak berdoa untuk satu perbuatan dosa, atau memutus tali silaturahim, atau isti’jal (menuntut segera dimakbulkan). Para sahabat bertanya, `Wahai Rasulullah, apa yang dimaksudkan dengan isti’jal itu?’ Baginda menjawap, seseorang yang berkata ‘Aku telah berdoa kepada TUHAN ku namun belum juga dimakbulkan.” (HR. Ar Tirmizi)


Nah, lihat wahai saudara ku.
Telah bersabda nabi SAW, “Tidak seorang pun yang berdoa, kecuali akan dimakbulkan…”
SubhanAllah, seronoknya mendengar hadis ini..!

Namun, saya lihat masih ada garisan-garisan bingung di dahi anda.
Baiklah, mari kita bersama mengupas kekeliruan di sini.

Dalam segala macam yang anda doakan, semuanya akan ALLAH SWT tunaikan.
Dan pengabulan doa anda itu ada dalam 3 BENTUK:

1) Permintaan anda itu tertunai di dunia

2) Permintaan anda ditangguh sehingga tiba di akhirat nanti

3)Sebagai penangkal keburukan yang mungkin akan menimpa anda


Saudaraku, masihkah anda ingat akan seorang jejaka yang sangat anda minati, dan anda pernah berdoa agar dijodohkan dengannya suatu hari nanti..?
Kesolehan, keperibadian, kebijaksanaan dan kepimpinannya, subhanAllah sangat menakjubkan..!
Boleh dikatakan dialah saki baki lelaki soleh yang masih ada di akhir zaman ini.

Namun,

Hari ini anda menangis sendiri di dalam majlis pernikahannya.
Kerana akad yang dikabulkan bukan atas nama anda.
……….

Usahlah terus bersedih saudara ku sayang.
Benarkan saya menayakan anda beberapa soalan.

Kenapa anda hendak sangat dijodohkan dengan jejaka itu..?

“kerana dia adalah insan yang soleh, dan saya yakin jika dia menjadi suami saya, dia pasti dapat membimbing saya menjadi isteri yang solehah.”

Mengapa anda ingin menjadi isteri yang solehah..?

“kerana saya ingin Allah redha pada saya. Dan akhirnya dapatlah saya berjumpa dengan Allah SWT di Taman Firdausi.”

subhanAllah, hebat dan suci sungguh cita-cita anda!

“tetapi....sekarang jejaka itu sudah menjadi hak milik wanita lain. Saya tahu, saya memang tidak layak untuk mendampingi insan soleh seperti nya.....”

Wahai saudara ku sayang, usah lah berkata begitu. Usaplah air mata suci mu itu.
Mengapa perlu anda menangis sedangkan Allah SWT sedang memakbulkan doa mu itu sekarang ini.

“Ha! Tidak..Allah tidak memakbulkan doa saya untuk bernikah dengan jejaka itu.!”

Ya sahabat, Allah telah memakbulkan doa mu.
Cuba anda lihat,
Anda ingin menikahi jejaka itu agar akhirnya anda mendapatkeredhaan Allah.
Jadi, objektif anda yang sebenar-benarnya di sini adalah KEREDHAAN ALLAH..benar?
Bukan KEREDHAAN DIRI ANDA.
Jadi..kesimpulannya anda perlu menerima  takdir ini kerana itulah yang ALLAH SWT rancangkan buat anda.


“tetapi, tetap doa saya tidak dimakbulkan...."




Anda masih belum faham. Tidak mengapa. Semoga Allah membuka hati anda untuk memahami hakikat ini.



Sahabat, fikirlah dengan iman, jangan dengan nafsu.
Adakah kita yakin apa yang kita mahu itu adalah terbaik buat kita.
Sedangkan Allah SWT telah berfirman,


" وعسى أن تكرهوا شيئا وهو خير لكم وعسى أن تحبوا شيئا وهو شرلكم.."
“boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu sedangkan itu baik bagimu. Boleh jadi kamu menyenangi sesuatu padahal itu tidak baik bagi mu” (al baqarah: 216)

Bacalah semula firman SANG PENCIPTA mu di atas..hayati kata-kata NYA. 
DIA sedang berinteraksi dengan anda....bacalah semula sahabat. 

Saya lihat anda sudah mula bernafas dengan rasa keredhaan yang tinggi.
Luka-luka di hati anda juga kelihatan makin sembuh. Ya sememangnya sabar dan redha adalah ubat yang paling mujarab bagi seketul hati.
Ketenangan dan kegembiraan juga mula terpancar dari wajah anda.
Alhamdulillah, ini sememangnya petanda yang baik.
Teruskan langkah, jangan berputus asa dengan segala doa dan impian anda.
Nampaknya mata anda sentiasa terlihat sinar harapan di mana-mana sahaja.
Alhamdulillah, hayatilah ia sahabat.

Tambahlah kegembiraan hati mu dengan firman AR RAHMAN dalam sambungan ayat suci tadi..

" والله يعلم وأنتم لا تعلمون "

“ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (al Baqarah:216)


Terus berdoa saudara ku.
Teruskan berdoa.
DEMI ALLAH, DOA ANDA SENTIASA ALLAH TUNAIKAN!!
Wallahua’lam~~~

No comments:

Post a Comment