Thursday 24 November 2011

Aduyai, BUS CITYLINER henti perkhidmatan..!!



“ala..macam mana nak balik cuti sem ni..?”

“laa takkan bankrupt kot. Hari-hari budak kolej naik bas tu..”

“ni semua mainan ekonomi je..”

“kesian orang yang nak pergi kerja kan…”

“untunglah pakcik-pakcik prebet..”

Macam-macam reaksi yang timbul apabila bas yang selalu menjadi nadi pengangkutan rakyat, memberhentikan perkhidmatan di 10 laluan.
Apakan daya kami juga menjadi mangsa keadaan.

Menurut Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato Seri Mohammad Hassan,
Hal ini merupakan sesuatu yang amat mendukacitakan kerana ia akan menyusahkan rakyat terutamanya para pekerja yang menjadikan bas sebagai pengangkutan utama mereka ke tempat kerja.

Kita yang duduk di kolej ini dikira masih bernasib baik,
Kerana masih ada bas uncle noor dan prebet sapu.
Mereka yang setiap hari perlu ke tempat kerja tu..?
Macam mana hendak sampai ke destinasi..?
Bukan sedikit pekerja yang menggunakan perkhidmatan bas ini.
Ramai.

Jadi,
Naik basikal..?
Susah kan..

Bayangkan saudara-saudara ku, jika mereka ini tidak mampu untuk sampai ke tempat kerja mereka pada waktu yang ditetapkan,

Kemungkinan besar mereka akan dikenakan tindakan disiplin oleh majikan mereka.
dan tindakan disiplin yang paling mendisiplinkan manusia adalah
BUANG KERJA

Mereka bukan orang kaya

Atau bangsawan (yela susah nak cari orang loaded naik bas)

Jika periuk nasi mereka terjejas..
Fikirkan sahabat, nasib anak-anak mereka..

Sanggupkah kita melihat anak-anak mereka memikul beg sekolah dengan perut yang kosong..?
Menapak ke sekolah tanpa bekal dan duit belanja…

Sekali lagi saya ulang, mereka bukan orang kaya…
Tidakkah kita turut sedih dan bersimpati wahai saudara seaqidah ku…?



Hanya kerana PEMILIK SYARIKAT BAS itu memperhentikan perkhidmatan di 10 laluan sahaja.
Hampir puluhan periuk nasi rakyat terjejas.
Bayangkan ratusan perut yang akan berlapar.
Hanya semata BERHENTINYA PERKHIMATAN BAS DI 1O LALUAN…


Saudara yang amat saya sayangi,
Sedarkah kita bahawa kita mempunyai MAJIKAN yang TERAMAT AMAT PEMURAH,

Tahukah kita bahawa DIA bukan sahaja memberi kita upah atas segala amanah yang di pertanggungjawabkan pada kita,

Malah DIA sentiasa MEMBERI LEBIH,
Dan LEBIH..
Dan LEBIH…!!

Ya, lihat…
Adakah kita pernah berdoa agar sentiasa diberikan penglihatan..?
Saya yakin TIDAK.
Tetapi ALLAH tetap memberi kita penglihatan, benar..?

Sekarang lihat pula,
TANGAN

KAKI

TELINGA

HATI

Dan segala macam lagi NIKMAT ALLAH yang selama ini kita nikmati

TANPA PERLU KITA MEMINTA KEPADA NYA…
Sungguh pemurah kan Allah itu.
YA!!
MAHA PEMURAH, subhanAllah…


Hayatilah firman ALLAH SWT ini sahabat,

“Dan apabila hamba-hamba KU bertanya kepada mu tentang AKU, maka AKU adalah dekat. AKU mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia memohon kepada KU…” (Al Baqarah:186)


Ya Allah, tersentuhnya hati ini apabila mengetahui bahawa ALLAH itu sentiasa dekat..
bermakna DIA sentiasa bersama.
SubhanAllah sayangnya Allah itu pada kita.

Memberi apa sahaja yang kita minta… 
Ya, DIA sentiasa memberi!
Namun mungkin kita tidak sedar hakikat itu wahai saudara ku…


Pernahkah kita berfikir,
Jika suatu hari TANGAN KITA MOGOK,
TIDAK MAHU BERGERAK…

MATA KITA MOGOK,
TIDAK MAHU CELIK,
Gelap
Buta penglihatan kita..

KAKI KITA MOGOK,
TIDAK MAHU MELANGKAH.
Mengensot kita dengan tubuh semata..

HIDUNG KITA MOGOK,
TIDAK MAHU BERNAFAS…

Apa yang kita akan rasa pada waktu itu..?
Seronok…
Ya,seronok menanggung SEKSA dan azab..!


Saudara ku sayang,
Masihkah kita ingat firman SANG PENCIPTA kita,

وما خلقت الجن والإنس إلا ليعبدون

“tidak AKU menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-KU”



Saya melihat anda menyatakan “ooo…menyembah Allah.”
Nampaknya anda sudah biasa dengan firman ini.
Sudah lali mungkin dengan dalil ini..

Namun di mana hasilnya..?
Sepanjang 18 , 19, 20 tahun anda menumpang hidup di muka bumi Allah ini, telahkah terlaksana tujuan penciptaan diri anda…?
Ya beribadat kepada Allah…?


“saya solat…” itu jawapan yang saya dengar dari hati anda. Alhamdulillah, teruskan wahai saudara sekalian, moga ibadat itu diterima Allah dengan penuh penghargaan.

Namun,
Saya lihat anda bangga menayang aurat anda.

Kaki anda longlai malas menuju majlis agama.

Tangan anda masih leka memeluk kekasih anda.

Mulut anda masih ghairah menuturkan kata-kata manis dan manja pada lelaki yang tidak halal buat anda.

Anda melambat-lambatkan solat anda semata ingin berdua dengan buah hati anda.

Tidakkah anda sedar wahai saudara ku sayang,
Anda telah MENYALAHGUNAKAN NIKMAT yang dipinjamkan oleh Allah.
Ya,
PINJAMAN ALLAH..


Saya ingin membawakan satu hadiah buat anda,
Sebelum itu,
Saya sarankan anda menukar sebentar posisi duduk anda.

Alihkan sebentar pandangan mata anda dari skrin ini, rehatkan ia..
Dan alangkah bagus jika anda dapat memperbaiki semula wudhuk anda…
Kerana hadiah yang akan saya berikan ini sangat memerlukan anda melakukan demikian…

Apabila sudah sedia maka mulakan semula pembacaan anda…
Jangan dengan lidah..
Bacalah dengan hati mu wahai sahabat…


SANG PENCIPTA kita telah berfirman,

“(ALLAH) Yang Maha Pengasih,
DIA menciptakan manusia,

Mengajarnya pandai berbicara....
Dan bumi telah dibentangkan NYA untuk makhluk NYA
Maka nikmat TUHAN mu yang manakah yang kamu dustakan..?”
(ar rahman)




Wahai saudara seaqidah ku sekalian,
Kitakah yang mencipta diri ini..?
Ibu kitakah yang mencipta jasad dan ruh kita ini…?

Saya mendengar kalian menjawap, “ALLAH pencipta ku..!”
subhanAllah…hayatilah ia wahai saudara yang amat saya cintai..
kita dicipta untuk beribadat kepadaNYA
untuk MENGENAL-NYA.
Untuk MENCINTAI-NYA.

Saudara ku sayang,
kehidupan dunia ini tidak bererti tanpa pelaksanaan SEBENAR KITA DICIPTA…
Sehebat mana pun kita.
Sekaya mana pun kita di dunia ini..
Ia tiada guna sahabat di sisi Allah kelak, 
jika kita LUPA untuk MELAKSANAKAN TUNTUTAN-NYA.


Sahabat, bukankah SANG PENCIPTA kita telah mengingatkan,

“Apa pun (kenikmatan) yang diberikan kepada mu, maka itu adalah kesenangan hidup di dunia. Sedangkan apa (kenikmatan) yang ada di sisi Allah lebih baik dan lebih kekal bagi orang-orang yang beriman..” (asy-syura)


Wahai diri, mengapa engkau menderhakai SANG PENCIPTA yang MAHA PEMURAH ini.
Tidak pernah sekali DIA menarik nikmat-nikmatnya dari mu.
Tetapi mengapa tergamak kita terus menerus lalai akan TUGAS KITA…
Tahukah anda wahai sahabat, ALLAH rindu akan setiap hamba NYA
Rindu…
Sekali lagi saya ulang, DIA rindu pada anda wahai saudara seaqidah ku..


“jika hamba KU mendekati ku sejengkal, AKU akan mendekatinya sehasta…. Dan jika dia mendekati KU sehasta, AKU akan mendekati nya sedepa… dan jika dia mendatangi KU dengan berjalan, AKU akan mendatanginya dengan cara berlari… (hadith riwayat Tarmidzi)


Bacalah semula hadith qudsi di atas wahai sahabat..
Baca dengan penuh rasa di hati


Saya lihat anda sedang memerhatikan adab anda di atas nikmat-nikmat Allah terhadap anda selama ini. Alhamdulillah, saya bersyukur pada Allah. Ini suatu tanda yang baik.!

Wahai saudara seaqidah yang amat ku sayangi, yang telah lama hidup di dunia ini.
Tetapi belum lagi pernah mengecap manisnya hidup dalam menghambakan diri kepada Allah SWT.
Ingatlah Allah sentiasa menanti anda.
Merindu anda.
Mencintai anda..!

Saudara ku, janganlah sekadar merasa puas dengan membaca tulisan ini.
Segeralah bergerak!
Saya tahu sejauh mana semangat dan kekuatan motivasi anda.
Pasanglah niat saat ini untuk memasuki medan percubaan.
Ya, mencuba untuk menjadi hamba yang mensyukuri nikmat-nikmat Allah, dengan mentaati dan meninggalkan larangan-larangan NYA..
Selamat bercinta dengan NYA wahai sahabat sayang!!
Wallahua’lam~~

*sama-sama kita memanjatkan doa agar perkhidmatan bas di 10 laluan itu akan disambung semula. Semoga sejahtera kehidupan seluruh rakyat Malaysia, khusus nya saudara-saudara yang punya pertalian aqidah dengan  kita semua..ameen~~

No comments:

Post a Comment