Tuesday, 20 November 2012

GAZA, JANGAN TUNGGU AKU..!


Mengharapkan air mata muharam 2008 tidak berulang lagi. Meleset!
Malah lebih parah. Perancangan Yahudi mampu menarik simpati dunia sehingga menghalalkan penganiayaan asasi manusia.

…………………………………………………………
……………………………………………………..
………………………………………………………..
Tiada kata yg mampu diungkap…………….
Mana pergi umat islam?
……………………………………………………………………………………………………….

Terpampang megah matlamat hidup dan segala visi misi ku di ruang belajar milik ku di kubu MPM.
Apa yang tiada di sana.?
Cukup lengkap aku gariskan perancangan hidup ku.
Seorang ukhti mengamati matlamat hidup ku lalu mengelengkan kepala bila melihat satu baris kata yang termaktub di atas kertas matlamat hidup ku itu..
“menjadi guru arab di GAZA”

Terlalu jauh.
Terlalu tinggi.
Mustahil..
Dan terlalu mustahil….

Sehinggalah semalam, dia memegang lutut ku lalu menyatakan,
“Saya rasa tak mustahil satu hari nanti awak akan ke GAZA..”
Bukankah Mesir telah menghantar beratus sukarelawan mereka ke PALESTIN tanpa sekeping passport pun.
Cita-cita ku makin menampakkan jalannya….
Alhamdulillah……..
Sentiasa ku titipkan doa, dan ku berharap ALLAH memakbulkan permintaan hamba NYA yang hina ini…

“Ya ALLAH, masukkanlah aku, sahabat dunia akhiratku, Shazwin Hassan, Nur Izzatie Isa, suami ku dan zuriat-zuriat ku ke dalam golongan yang meperjuangkan agama MU di PALESTIN sehingga syahid ya Allah….”

Saya tak tahu kenapa doa itu yang sentiasa terlintas di bibir sejak beberapa tahun ini. Dan doa itu yang menjadi kegemaran saya di waktu mustajab-mustajab doa…saya tak tahu………

Aman Palestin Mesir terus mengupdate suasana di sana. Terkini, Pejabat mereka telah mula menerima tempias serangan Yahudi laknatullah. Semoga Allah membantu perjuangan mereka di sana…

Hati saya tersentap bila membaca status tokoh yang sangat saya hormati, Dr Zainurashid. Tidak boleh lupa tika bertemu dengan beliau. Cukuplah saya katakan, dunia telah digenggamnya, namun akhirat terpasak kukuh di hati nya. Bagaimana hati saya tidak tergoncang bila membaca kenyataan dari beliau bahawa beberapa hari yang lalu,
terdapat seorang pemuda Malaysia yang mengirim pesanan ringkas kepadanya meminta izin untuk TURUN KE GAZA SEKARANG..!
HEBAT!
TERLALU HEBAT!

………………..
……………………
Terus saya berfikir….
Adakah aku seberani pemuda itu?

…………………………………….
……………………………………………………………….

Kebelakangan ini saya terlalu banyak bermonolog sendiri. Melihat umat yang makin dewasa berdiri. Ada yang tempang. Ada yang gagah berdiri sendiri. Yang pasti, semua itu memerlukan sokongan yang padu dari SEMUA YANG BERNAMA MUSLIM, kerana ALLAH SWT  berjanji bahawa ummah ini mampu mengubah nasibnya dengan syarat, mereka merubah nasib DIRI mereka SENDIRI terlebih dahulu…..

……………………………………
“Kak pah… Kak faieza cakapkan yang akak selalu bangun malam. Lepas tu akak mesti menangis teresak-esak waktu qiam tu…”

Agrh…!!!
Tak dapat untuk aku gambarkan perasaan ku ketika itu. Sakitnya. Bagaikan maruahku telah dirobek oleh saudara ku sendiri…

“akak selalu bangun malam”
Selalu?
Selalu???

“akak mesti menangis teresak-esak waktu qiam tu…”
Mesti?
Mesti????

Ya Allah….hanya ENGKAU sahaja yang mengetahui hakikat diri hamba MU ini. Kenapa ENGKAU meletakkan makam ku begitu mulia di mata manusia, sedangkan….
Sedangkan……..
Sedangkan ENGKAU jauh lebih tahu ya ALLAH………..

Kata-kata seorang pejuang HAMAS:


“jika kita tak mampu untuk berdiri bertahajud dua jam sehari. 
Kita tidak akan mampu untuk berdiri 5 minit pun di medan perang…!!”



...............................
Dari page Aman Palestin Mesir:

Tahukah anda ?


Salah satu kriteria awal untuk diterima masuk sebagai ahli unit ketenteraan Hamas; Briged Izzuddin Al-Qassam ialah istiqamah bersolat subuh seca

ra berjamaah sekurang-kurangnya selama 6 bulan sebelum permohonan dan mesti disahkan oleh imam masjid di Qariahnya, ciri-ciri selainnya:


- Tidak merokok
- Tiada pergaulan bebas dengan perempuan dan sebaliknya
- Penghafal Al-Quran
- Berpendidikan
- Bukan pelaku maksiat lain (arak, curi)







…………………………………………………..
Saya tak tahu kenapa dada saya sesak kebelakangan ini.
Mungkin sesak dengan kelemahan diri sendiri……
Sedangkan fajar kebangkitan Islam telah mula menunjukkan rupa…
……………………..
CUKUPLAH PAH..!!
CUKUPLAH………

Medan amal ku kini, Bumi UNITI…
Masihkah ada ciri tentera al qassam?
Payahnya menyongsong senjata di bumi GAZA.
Payah lagi membawa ISLAM di bumi MALAYSIA………

PEMUDA DI GAZA SAKIT FIZIKALNYA,
Namun MEMBUGAR IMAN MEREKA…

PEMUDA MALAYSIA,
MEWAH MATERIALNYA..
Namun,
LUNYAI ROH ISLAMNYA………………………………………..

Terlalu banyak…
Terlalu banyak….
Terlalu banyak yang perlu dilaksana di bumi Malaysia.



……………………………………………….
STATUS TERKINI AMAN PALESTIN :

PANGGILAN JIHAD!


Aman Palestin akan membawa rombongan Misi Kemanusiaan Ke Gaza pada tarikh berikut:

Tarikh: 7 Disember hingga 12 Disember 2012

Kos perbelanjaan: RM7500 (tanggungan sendiri)

Pendaftaran: Cik Anees, 03-89267019 / 017-4500780

AP mengalu-alukan kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai MISI MULIA ini agar segera mendaftarkan diri. 

Inilah masanya untuk buktikan semangat JIHAD anda. Inilah masanya anda bertemu HERO-HERO kita di sana. 

HAMAS menanti kehadiran anda.
Al-Qassam menadah tangan menerima anda.
Ismail Haniyeh menyeru anda.
Rakyat Gaza sedang melambai gembira menyambut anda.
Mereka semua sudah bersedia menantikan ketibaan anda.

Adakah anda bersedia?

Ayuh daftar, jangan bertangguh lagi.

…………………………………………..




GAZA, JANGAN TUNGGU AKU..!!

Aku akan ke sana.
Namun awlawiyat ku membumi di sini.
Aku pasti akan ke sana.
Pasti..!!
BUMI ISLAM.
BUMI JIHAD.
BUMI IMPIAN KITA..!!

GAZA, JANGAN TUNGGU AKU..!



*Maaf tak edit entri ini dengan warna-warna menarik seperti biasa saya buat…. Cukuplah hitam putih. Tanda berkabung kita atas darah para syuhada yang mengalir………
Lagu ni buat hati sayu dan rindu dengan masa depan...http://www.youtube.com/watch?v=RZymwAykpRo 

 Semoga Allah SWT menerima segala jihad kita…………………………… 



Sunday, 11 November 2012

Biarkan aku dengan cara ku.


“Biarkan aku dengan cara ku, aku ada cara untuk diri ku”

11 nov 2012
0845
Teluk Kemang




“Kenapalah aku kena tinggal....”
Ku dongakkan kepala melihat tangga jejantas yang mencacak tinggi.

“Tapi…ALLAH janji semua yang jadi tu ada hikmah…”
Aku mengeluh kecil.
Cuba menerima takdir dengan seredha mungkin.
Ku gagahkan langkah menusuri anak-anak tangga jejantas di hadapan Dataran Teluk Kemang itu.
Langkah ku seret lemah.
Di pondok menunggu bas aku berdoa agar segera dapat pulang ke asrama.

Teringat nasi lemak yang diberi oleh sahabat ku, Ayuni Bachtiar. Terbayang wajahnya yang sugul apabila terpaksa melihat ku menarik diri di saat akhir disebabkan kenderaan kami tidak muat bagi menghadiri program di Seremban pagi ini. Ya, itulah sahabatku dunia akhirat. Semoga dia menjadi bidadari yang paling indah di taman Firdausi kelak.

Polisterin itu ku buka perlahan. Semerbak harum nasi lemak mencucuk hidung ku yang masih selesema. Aku tersenyum sendiri apabila melihat nasi lemak tersebut berpasang dengan telur rebus yang sangat sempurna bentuknya (susah nak cari peniaga nasi lemak yang bagi teluk rebus sebiji).
Terima kasih Ayuni hiburkan saya lagi..

Sedang menikmati suapan yang ke lima (mungkin).. Tiba-tiba kelihatan seorang lelaki diseberang jalan berhadapan dengan ku, dia membongkokkan badannya lalu…..
Memuntahkan sisa-sisa makan yang ku lihat berwarna agak eeeee perlukah aku menceritakannya.
Terus terhenti selera ku.
Selang beberapa saat..,

datang seorang gadis remaja menghampiri jejaka tersebut. Aku tertunduk malu melihat pakaian yang membaluti tubuhnya itu. Tangannya menepuk lembut bahagian belakang jejaka tadi.

Oh no..!! Aku berharap mereka muhrim.

Usai jejaka tersebut memuntahkan isi perutnya, terus dia dan gadis tersebut dengan mesranya berpegangan tangan menuju ke motosikal yang terletak beberapa meter sahaja dari situ. Mata ku tidak dapat lepas dari memandang gelagat mereka. Melihat kepada saiz tubuh mereka berdua, boleh aku agakkan usia mereka belum mencecah 20 lagi.
Kelihatan juga 6 hingga 7 penunggang motorsikal yang lain sedang menanti mereka.  Mungkin merekalah geng-geng motor yang diceritakan oleh urusetia program tadi. Dengarnya mereka tidak menyewa mana-mana hotel, Cuma duduk di tepi pandai dan over night di sana….

Terdetik rasa rindu pada adik lelaki ku yang baru sahaja mencecah usia 19 pada 20 oct yang lalu. Semoga dirinya berada dalam lindungan ALLAH SWT sentiasa.

“Biarkan aku dengan cara ku, aku ada cara untuk diri ku”

.................................


Muntah..

Perempuan seksi.

Mat motor.

Overnight tepi pantai.



……………………

Minum arak.

Lumba haram.

Seks bebas.

Argh..!! ku tepis semua prasangka itu. 
Hati kecil ku berdoa agar para remaja tadi dilindungi dari perkara yang dimurkai Allah. Semoga hati mereka lembut untuk kembali mencari makna sebenar kehidupan. 

Alangkah rugi jika hayat yang sekejap cuma ini ditabur di lembah hina. Nanti di akhirat apa yang ingin dituai. Bekal apa yang ingin di bawa. Hadiah apa yang ingin dipersembah pada Robbuna..?
Ya Allah, pimpinlah mereka.


..................................................


Langit gelap.
Bagai dapat membaca suara hati ku yang sayu.
Bas yang ku naiki itu semakin laju meredah gerimis renyai.



“Biarkan aku dengan cara ku, 
aku ada cara untuk diri ku”




Setiap nyawa berhak untuk memilih.
Ya, saya sangat setuju dengan itu.
Islam tidak menyuruh kita menjadi lalang.
Orang kata kiri, kiri.
Kanan, kanan.
Islam menyuruh kita memilih.
Islam memberi kita pilihan.

Pernah saya mengikuti mukhyam yang dikelola oleh Persatuan Belia islam Nasional (PEMBINA) pada beberapa bulan yang lalu.
Dalam sebuah slot bersama tokoh ISMA, saya amat terkesan dengan kata-kata tokoh tersebut.

“Bila antum berbaiah dengan sesebuah jemaah.

 Maka taatilah dan hormatilah fikrah jemaah tersebut 
selagi mana ia bertepatan dengan syarak dan ajaran Rasulullah saw. 

Tapi,

Jika satu hari nanti, jemaah yang kamu baiahkan ini,
Terpesong dari syariah,
Lari dari didikan sunnah,

Maka pada waktu itu pilihan terletak pada tapak tangan antum sendiri.
Buatlah pilihan.
Kami mahu menjadikan antum taat pada Allah.
Bukan selainnya.”



Bila orang mengatakan MSIB itu rasis.
Saya pun rasa yang sama suatu ketika dahulu.
Tapi saya tak minat ambil kata orang tanpa periksa.
Saya nak bukti depan mata.
Dengar dengan telinga saya.
Baru saya akan cakap MSIB itu rasis.

Tapi, bila kita kaji. 
Bila melihat dari sudut syarak dan waqi’ malizi itu sendiri, MSIB tak salah.
Itu wasilah yang ingin diambil oleh jemaah mereka. Ikutlah. Jika tidak mahu sokong cukuplah jangan menghalang atau menghina perjuangan mereka.
Ingin berdialog tentang  MSIB, mari. Saya tidak gentar.

Tapi sekali lagi, 
andai tidak mahu menyokong, cukuplah jangan menghalang. 

Keterbatasan di zaman ini dan serangan musuh yang bertubi-tubi memerlukan kita untuk saling menghargai, bukan membenci. 
Jadilah singa Allah yang matang.

Aku ada jalan ku, biarkan aku dengan jalan ku.

...............................



Abah pilih mak, berbanding nyawanya sendiri.

Tekadnya keputusan abah di waktu itu. Wajahnya serius. Tiada siapa pun dari kalangan kami adik beradik yang berani menyanggah keputusannya. Walaupun pada hakikatnya keputusan abah pada waktu itu dilihat sangat silap.


“Kalau pakcik taknak pakai tube. Kanser tu akan merebak dengan sangat cepat. Pakcik jangan risau, tube tu guna berapa tahun je. Lepas tu pak cik dah boleh hidup seperti biasa.”
Tenang doctor pakar usus itu menerangkan kepada kami.

Abah menggeleng.


“Abah taknak susahkan orang.” Kata putus itu mendiamkan kami semua.
Matanya redup memandang mak yang sedang menunggu di tepi katil wad.
Bagai dapat ku baca hati orang tua ku itu.



Bila diminta untuk memilih.

Kita akan sedaya upaya memilih yang terbaik untuk diri kita.....

Dan abah memilih untuk menghabiskan sisa hidupnya tanpa menyusahkan sesiapa,
Terutamanya isteri yang sangat dicintainya...


Terkesan dengan cinta mereka.
Aku yakin kalian kan terus bercinta di syurga.
Terima kasih wahai abah dan mak kerana memberi  tauladan yang indah buat ku tatap selama ini.
Mengajar ku untuk menjadi insan yang nanti mencintai suami ku dengan ikhlas, dan menyebarkan cinta di lubuk hati anak-anak kami kelak.

Ya, setiap orang punya cara. Biarlah mereka dengan cara mereka.

..........................





Bas itu berhenti di hadapan Ixora.
Turun sepasang kekasih...

Selama di dalam bas tadi aku langsung tidak menyedari kehadiran mereka. Mungkin mereka duduk jauh ke belakang.
Mata ku menjeling ke tangan lelaki tersebut. 
Digenggam kemas beg khemah yang sehemat ku, itu adalah saiz khemah untuk 2 orang.

Sekali lagi ku tepis zhon itu.!
Ku larikan mata ke luar jendela. Hujan makin lebat. 
Tiba-tiba,

“Seronoklah kan dapat tidur berdua dalam khemah..”
Pak Cik Bob, pemandu bas Cityliner itu memecahkan lamunan ku.

“Ha..apa pak cik?”
Aku buat-buat bagai tidak dengar.

“Tu..nampak tadi tu couple tu bawa khemah. Tidur tepi pantai… Haih apa nak jadi budak-budak sekarang ni. Kita ni dapat tengok je lah kan…”

Muka ku terasa bahang. 
Mata ku mula berkaca. 
Ku tahan kelat, tidak mahu air mata ku tumpah pada waktu itu. Di luar bas, hujan lebat menyimbah bumi.  

OVERNIGHT

Sebelum saya menjejakkan kaki ke alam IPT, tidak pernah pun saya tahu makna sebenar perkataan ini.
Stay up saya tahu lah. Itu pun stay up depan buku, bila nak exam kan.
Ini overnight.
Bila dicampak oleh ALLAH SWT ke bumi Port Dickson ini, baru saya tahu hakikat sebenar perkataan tersebut. 
Bukankan saja saya sudah tahu makna. Bahkan telinga ini sendiri pernah menadah mendengar pengakuan siswi yang pergi overnight di tepi pantai bersama ‘’kawan-kawan’’ mereka.  Allah..malunya saya. Semoga Allah tuntun langkah mereka ini. Tidak sanggup melihat mereka terus-terus hanyut dengan dunia. Bantulah mereka  ya Allah,.. Bantulah mereka mencari MU.

“Biarkan aku dengan cara ku, aku ada cara untuk diri ku”




Usai memberi salam dan mengucapkan terima kasih kepada pemandu bas tersebut,
aku terus berlari anak menuju ke rumah kami.
Kubu kami.
Markas dakwah kami. 
Air mata yang ku tahan tadi laju tumpah ke pipi. Ku biarkan sahaja. 

Hati mana yang tahan melihat saudara seislam sendiri jatuh ke lembah hina.
Hati mana yang tegar membiarkan saudara seaqidah membakar dirinya di dalam gelojak api neraka. 
Sejuk yang mencengkam tulang tidak mampu melawan bahang di dada yang membara menelan marah.
Kenapa wahai manusia?
Mudahnya engkau melupakan DIA?

“Biarkan aku dengan cara ku, aku ada cara untuk diri ku”


Argh cukup..!!
Ya,
Engkau berhak untuk memilih.
Tetapi engkau tidak berhak memilih untuk menderhakai NYA.
Sedangkan alam juga memilih.
Alam juga di kurniakan ALLAH untuk memilih…

Wahai saudara seaqidah ku..
Lihat.
Lihatlah langit yang luas membiru.
Matahari yang memancarkan cahaya.
Awan yang memberi teduh.

Pernahkah sekali engkau melihat langit itu lari dari tugasnya.
Sewenang-wenangnya menukar warna kepada hijau.

Pernahkah sekali engkau, wahai manusia, melihat matahari itu lari dari perintah TUAN nya.
Sewenang-wenangnya tidak timbul di waktu siang.

Pernahkah sekali engkau, wahai manusia, melihat awan itu derhaka pada PEMILIK nya,
Yang dengan sewenang-wenangnya mendarat ke dasar bumi.
Pernahkah wahai manusia..?
Lihatlah…Alam ini tidak pernah derhaka pada TUAN nya.
Tidak sekali lari dari tugasnya.


Mereka juga memilih wahai saudara ku.

Mereka juga memilih..

Dan mereka memilih untuk........




TAAT


“Biarkan aku dengan cara ku, aku ada cara untuk diri ku”




Maka DIA mengilhamkan kepadanya (jalan) kejahatan dan ketakwaan. Sungguh beruntung orang yang menyucikannya (jiwa itu). Dan sungguh rugi orang yg mengotorinya (asy Syam :8-10)




*Tidak boleh lupa Dis 2008. Awal muharam umat Islam di sambut dengan air mata dan darah pejuang yang mati di bunuh di Gaza. Wahai ummat yang cintakan agama ini, pilihlah…. Pilihlah untuk MELETAKKAN SEMULA ISLAM DI TEMPATNYA!

Salam ma’al hijrah.
Salam sekencang tarbiyah,
semantap dakwah.

Friday, 19 October 2012

Wahai Singa ALLAH, anda di saff yg SALAH.


Selamat datang ke pengembaraan yang menyeronokkan..!
Sebentar lagi, saya akan membawa anda menyusuri perjalanan yang tidak pernah anda lalui sebelum ini. 
Diharapkan anda bersedia. 
Kerana anda merupakan insan terpilih untuk melalui pengembaraan yang hebat ini.



Jika suatu hari datang kepada anda seseorang yang dipercayai pada agama, akhlak,ilmu dan ketokohannya. 
Lalu berbual dengan anda mengenai isu pengharaman jilbab di Turki, penjajahan melalui The New World Order, kejatuhan Komunisme, declarations on reform and democracy, hukum hudud yang dipolimikkan dan berbagai lagi isu yang istilahnya sahaja sudah cukup janggal di telinga anda.
Apa yang akan anda lakukan pada ketika itu?

Mengapa tokoh tersebut membuka isu-isu ini pada anda? Sedangkan ramai lagi kelompok manusia di sana?
Pasti minda anda akan ligat mencari jawapan…



As syahid Imam Hassan Al-Banna juga pernah melakukan perkara yang sama…
Ketika mana “Risalah Buat Mahasiswa” mula disebarkan…
Risalah yang dicerap dari ucapan Imam Al Banna sendiri sempena Perhimpunan Mahasiswa Ikhwan AL-Muslimin pada bulan Muharram 1357 hijrah.
(Rasa beruntung dapat hadir Himpunan Mahasiswa 2012 anjuran PEMBINA 14-16 Sept yang lalu)
Isu yang dibincangkan di dalam risalah tersebut, bukanlah isu yang dominan dibincangkan oleh mahasiswa..

Politik Luar Negara

Hak-hak Antarabangsa


Keluasan Perundangan Islam

Kepartian dan Campurtangan Asing

Sekularisme



Dan di akhir risalah tersebut..
Terpahat kata-kata keramat pejuang ummah ini..

“Ketahuilah bahawa ALLAH bersama kamu. 
Tidak perlulah saya huraikan dengan panjang lebar TANGGUNGJAWAB kamu 
kerana KAMU SENDIRI MENGETAHUINYA. 

Oleh itu, 
yakinlah, ikhlaslah, beramallah dan nantikanlah akan tiba masa kemenangan. 
Segala-galanya terserah kepada ALLAH. 

Pada hari itu, orang-orang yang beriman akan merasa gembira menerima bantuan ALLAH. ALLAH membantu sesiapa sahaja yang dikehendaki-NYA dan ALLAH Maha Perkasa dan Maha Pengasih. 
Salam serta rahmat dan keberkatan ALLAH untuk saudara sekalian…”





Kembali ke situasi ANDA..
Mana mungkin tokoh yang dipercayai itu akan melakukan perkara yang sia-sia dengan mengongsikan isu-isu yang berat itu dengan anda.
Sebagaimana juga, Imam al Banna menceritakan isu yang bukan dominan dengan mahasiswa dalam perhimpunan mahasiswa tersebut.
KENAPA?
Dan MENGAPA??

“Tidak perlulah saya huraikan dengan panjang lebar TANGGUNGJAWAB kamu 
kerana 
KAMU SENDIRI MENGETAHUINYA….” Imam al Banna




Apabila diteliti,..
“Risalah Buat Mahasiswa” itu sarat dengan isu antarabangsa dan politik dunia. Biasakah isu-isu ini menjadi buah mulut mahasiswa..?
Mahasiswa Mesir sendiri..? 
Tidak. 
Ya mungkin kerana dahulu tiada akses internet sehebat zaman kita kini. 

Jadi, semestinya kita generasi “segalanya di hujung jari” ini lebih cakna dengan isu yang diketengahkan oleh Imam Al Banna tadi.
Tapi hakikatnya saya rasakan kita mampu menjawab sendiri. 
Sedangkan nama Timbalan Menteri Pengajian Tinggi kita sendiri pun mahasiswa tidak kenali. 
Inikan pula untuk dibawa berbincang isu-isu berat dalam dan luar Negara.



Saudara seaqidahku sekalian..
Adakah Imam Al-Banna telah melakukan kesilapan.
Berkongsi isu dunia pada kelompok yang salah?
Mengapa tidak dibentangkan ucapan tersebut pada syeikh-syeikh al Azhar, menteri-menteri pemegang portfolio di Bumi Mesir itu sendiri.
MENGAPA MAHASISWA..?



Kerana mahasiswalah yang akan menyongsong perjuangan menyelesaikan kecelaruan dan derita ummat ini.

Mahasiswalah yang akan meneraju arus membawa perubahan bagi isu dalam dan luar Negara pada suatu masa nanti. 

Maka, 
persediaannya perlulah mapan dan mantap. 

Kerana peperangan generasi ini bukanlah boleh dipandang sebelah mata. Peperangan yang hakikatnya merobek maruah Islam tanpa kita rela. 

Mahasiswa aset masa depan ummah
 dan 
agen perubah permasalahan dunia.









WAHAI SINGA ISLAM, ENGKAU DI PIHAK YANG SALAH..!!

Buku “Membina Generasi Berwawasan” Dr yusuf al qardawi:


“semulia-mulia perniagaan para generasi ini adalah suatu perniagaan yg tidak akan rugi iaitu dengan iman serta jihad. Pasar-pasar mereka adalah medan pertempuran. Manakala, modal mereka pula ialah hari-hari kehidupan dan usia yang ada pada mereka. Keuntungan yang mereka harapkan pula ialah keampunan daripada Tuhan mereka dan syurga-syurga yang mengalir di bawahnya anak-anak sungai.

Mereka bekerja di siang hari sedang di malam hari mereka bermunajat kepada Illahi. Merekalah singa di waktu siang dan pendita di waktu malam.

Inilah generasi yang kita impikan dan inginkan oleh seluruh umat dari Burma ke Gaza.
Mereka jugalah yang selama ini kita usahakan agar mampu dilahirkan dan yang kita dambakan seluruh jiwa kita padanya.

Cita-cita ini jugalah yg cuba digagalkan oleh kuasa-kuasa dunia yang memusuhi islam sebelum ianya tercapai,
Dan yg diruntuhkan jikalau ianya berjaya direalisasikan.
Jika ada pihak yang cuba merealisasikannya, mereka akan cuba untuk meletakkan matlamat yang kabur lantas matlamat asal gagal dicapai.
Seterusnya mereka akan melarikannya dari medan peperangan yang sebenar ke medan yg sia-sia dan terpinggir dan merencatkannya dari bergerak lancar dengan merancang pelbagai agenda sabotaj serta melarikan tumpuan mereka daripada menentang musuh kepada berbunuhan sesama sendiri. Ditenggelamkan dalam perbalahan yang tidak berpenghujung. Sasaran kerja generasi ini perlu didasarkan kepada gerakan islam semasa.”





Wahai singa ALLAH sekalian..
Ya, kita sedang bertempur di medan peperangan.
Paluan gendang tidak lagi mampu melawan derap nadi-nadi mu.
Pedang yg dahagakan darah terhunus megah di tangan mu.
Bahang hangat membangkitkan bau keringat,
Kedengaran hembusan nafas tentera yang tegap di kiri kanan mu..
Detik yang di nanti akan tiba.
Melepaskan singa-singa ke medan tempur mereka.

SEBENTAR..!!

SEBENTAR WAHAI SINGA ALLAH..!

Perhatikan siapa di sisi mu.
Di kiri kanan mu.
Siapakah mereka?
Mengapa engkau di saff MUSUH..??
Mengapa pedang mu itu terhunus di wajah tentera ISLAM..?
Wahai SINGA ALLAH, ENGKAU DI SAFF YANG SALAH..!!

Terimalah hakikat yang pahit ini wahai saudara yang cintakan Allah dan Rasullah-NYA…
Terimalah hakikat ini..
Selepas Perang Dingin, musuh Islam telah mendapat pengajaran yang sangat besar.
Untuk menguasai Negara-negara Islam bukanlah sesuatu yang mudah…

“Kaum muslimin yang bersatu dengan hak persaudaraan di bawah satu lembayung akidah, PASTI MEREKA SUKAR DITEWASKAN..” 

*Paul Smith, pengembara Barat dalam buku “Islam dan Kekuatan Hari Esok” yang terbit pada 1936.









Kami tidak perlu turun ke medan untuk membunuh SINGA-SINGA ALLAH.

Cukuplah kami menguatkan “moderate muslim” yang berada di antara mereka.

Dan membiarkan mereka saling berpecah.
Berbunuhan.

Agenda sabotaj kita ini, 
akan mengkaburi matlamat singa-singa Allah tersebut.

Biar mereka kabur, siapa sebenarnya musuh mereka.
Biar mereka kabur dengan matlamat mereka.
Biar mereka bekerja untuk kita,
Di saff kita.

Tanpa mereka sedar.
Tangan-tangan mereka itu, memenggal saudara seislamnya sendiri………..





Jika dahulu pihak penjajah menggunakan dasar “Pecah dan Perintah” bagi memisahkan dan meruntuhkan kesatuan anak watan Islam. 

Sebagaimana, Negeri Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu diletakkan di bawah pengaruh kuasa kerajaan British. 

Manakala negeri di bawah kesultanan Melayu Patani, Singgora, Narathiwat dan selainnya berada di bawah kekuasaan penjajah Siam-Buddha. 

Pemisahan ini menyebabkan wujud perasaan tidak menghiraukan kaum lain dan amat jauh daripada pembentukan masyarakat yang bersatu padu.  Hasilnya, British mudah memerintah tanpa wujud sebarang perpaduan rakyat dan tiada penentangan terhadap mereka secara terbuka.

Zaman kini, bukan lagi dasar “Pecah dan Perintah” yang digunakan, tetapi dasar “Pecah dan Rasuah” yang mula diaplikasi.
Siapa yang di “rasuah”…?



Terjemahannya:


Bagaimana musuh melaksanakan agenda sabotaj mereka ini?





Terjemahannya :








Agenda sabotaj mereka lagi :


*encourage disagreements : MENGGALAKKAN PERSALAH FAHAMAN
*discourage alliances : TIDAK MENGGALAKKAN PERSEFAHAMAN






Siapa Moderate Muslim..?
Dispesifikkan lagi golongan Moderate Muslim ini :








Setelah pihak musuh berjaya mengenal pasti bakal "partnership" mereka.
Seterusnya, buah catur terus diatur kemas...
bagaimana..?
Mereka (moderate muslim) menggunakan ideologi barat bagi mentafsir Quran, Sunnah dan ahkam as-syar’iyah yang disepakati ulama-ulama muktabar..
Lalu musuh, menaja mereka dan memberi sokongan melalui media massa kepada mereka.
Memberi publisiti dan ruang kepada mereka untuk bersuara.

Lihat bagaimana puak-puak moderate muslim ini boleh mengadakan dialog pada hukum langit (hukum syariat)..















Puak-puak Moderate Muslim ini ditaja oleh agensi-agensi besar antarabangsa.
Bukti:






Jadi logiklah mengapa sewaktu tokoh liberalisme kontemporari, Irshad Manji ingin datang menerbitkan bukunya yang sarat dengan dakyah liberalisme yang mampu mematahkan aqidah pemuda di Malaysia suatu ketika dahulu, MALAYSIAKINI tak putus-putus memberi sokongan kepada tokoh Liberalisme tersebut.





BERSIH juga ditaja oleh musuh Islam.
Bukti:







Seterusnya SUARAM.
Apa yang menyedihkan, terdapat NGO ISLAM yang bernaung di bawah badan ini. 
Allah... Semoga ALLAH SWT memberi hidayah kepada mereka.
Semoga mata mereka terbuka untuk melihat kebenaran ini.
Janganlah kita menjadi singa Allah yang tanpa kita sedar, membunuh singa-singa Allah sendiri.
Nauzubillah..




Apa yang berlaku di Bumi Malaysia yang kita cintai kini :



Saudara seaqidah ku,.
Ya, saya pasti ada beberapa istilah yang tidak kalian fahami sepanjang pengembaraan kita tadi.
Marilah saya permudahkan bicara,
Juga sebagai kesimpulan dari penulisan saya kali ini.

Musuh Islam tidak pernah melupakan impian mereka untuk menguasai kita.
Jika kurun-kurun yang lalu, kita dihimpit dengan penjajahan secara fizikal.
Namun kini,
Kita juga dijajah oleh musuh tanpa kita sedari.
Dan penjajahan yang berlaku pada kita hari ini, LEBIH MENYAKITKAN.

Dengan penjajahan secara fizikal, kita kan mudah untuk melihat saff musuh di hadapan kita.
Tetapi kini, peperangan ideology.. Jika kita tidak meletakkan diri sebagai orang yang berfikir dan menafsir, berkemungkinan besar kita yang akan menyerang saff umat Islam sendiri.

Siapa yang tidak mahukan keamanan?
Siapa yang tidak mahukan kedamaian?
Tiada siapa yang suka korupsi!
Tiapa siapa yang suka penindasan hak asasi..!!
TETAPI…..
Wahai singa-singa ALLAH sekalian.
Dalam kekencangan kita menggempur musuh.
Duduk lah sebentar, hilangkan gemuruh.
Perhatikan semula pencaturan kita.

(1) MUSUH MEMECAHKAN KITA-
YA dimana sahaja, Biru - Hijau, Ulama - Profesional
Bukankah kita 1 aqidah..?
Dan itu kekuatan kita selama ini.
Kini, atas dasar memperjuangkan ideologi, musuh berjaya memutuskan saff islami.


Seterusnya..
(2) MUSUH PERKUATKAN MODERATE MUSLIM
- Apabila semua boleh bercakap, mengeluarkan fatwa dan sebagainya, sedangkan…
- Ideologi yang dibawa oleh mereka ini kebanyakkannya bercanggahan dengan hukum langit. (Slide-slide di atas tadi hanyalah bukti kecil)
- RAND Corp memberi dana kepada mereka untuk keluar di dada-dada akhbar, internet, mengadakan demonstrasi, routetour dan sebagainya. (Slide di atas ada memberi contoh bantuan)
- Dengan pemberian dana yang banyak dan sokongan yang kuat dari media massa, hasilnya hukum syariat akan terang-terang dipertikai oleh manusia yang jahil tentangnya.

(3) KITA TERUS SALING MEMBUNUH
- Ambiga mengajak kita menentang siapa..?
- Irshad Manji mengajak kita menentang siapa..?
- Sister In Islam mengajak kita mempertikaikan hukum siapa..?
- Sekarang bukan lagi ISLAM vs WEST
- Tetapi ISLAM vs ISLAM
- Di mana KUASA WEST…?? Hilang… taubat..?
- Hakikatnya, merekalah yang memegang buah catur. Mengatur kita di atas medan. ISLAMlah askar putih, ISLAM jugalah askar hitam..!!
- Singa-singa ALLAH menghunus pedang, malangnya mereka membunuh tentera ALLAH juga..
- Tentera ISLAM sekarang ada yang berada di saff musuh..

(4) ANDA DI SAFF MANA..??
Duduk dan perhatikan lah sebentar langkah perjuangan. Peperangan kita tidak terzahir, bukan mudah untuk menafsir, kecuali bagi golongan yang benar-benar berfikir..
Jangan biar ISLAM teraniaya dek kerana culasnya kita dalam mengatur langkah tentera..










Merekalah (musuh)  yang memegang buah catur.
Mengatur kita (tentera ALLAH)  di atas medan.
ISLAMlah askar putih, 
ISLAM jugalah askar hitam..!!




Tahniah kerana berjaya menghabiskan pengembaraan yang hebat sebentar tadi.
Tanggungjawab anda akan bertambah setelah anda meninggalkan page ini. 
Syukran kerana berkhidmat untuk ummah.
Kemenangan yang HAK itu PASTI.
ALLAH SENTIASA BERSAMA TENTERA-NYA.
Duduklah sebentar,
Kemaskan langkah tentera-tentera mu semula..
Jangan biar ISLAM teraniaya
 dek kerana culasnya kita dalam mengatur langkah tentera..
Salam sekencang tarbiyah,
Semantap dakwah.