Wow kuasa mahasiswa..!
HEBAT suara MAHASISWA..!
Mutakhir ini, media masa berlumba-lumba membuka tabir
arus kebangkitan mahasiswa di bumi Malaysia tercinta.
Sehingga wartawan BERNAMA radio24, Essan Yahya mengatakan
bahawa,
“kami (wartawan) sangat teruja bila ada cerita mahasiswa sepak polis
dan sebagainya..”
BERSIH 3.0 |
Betul juga, bila baca surat khabar tajuk “mahasiswa turun
bendera Najib”
Memang lakulah.
Memang lakulah.
Adam Adli (pelajar UPSI) menurunkan bendera Najib Tun Razak di Putrajaya |
Semua orang sangat teruja dengan kebangkitan golongan
ini.
Golongan pemuda
Belia
Siapa yang tidak teruja untuk melihat “STUDENT POWER”..?
Sejujurnya memang suara mahasiswa sangat di dengari oleh masyarakat di Malaysia
kerana mereka dianggap sebagai golongan intelek dan profesional.
Bagaimana apa yang terjadi dalam lipatan sejarah Negara,
pada November tahun 1974
Di mana Peristiwa Baling telah mengambil tempat
Siapa yang bangkit waktu itu untuk perjuangkan hak rakyat
yang miskin dan kebuluran
Mahasiswa.
di mana lebih 4,000 mahasiswa dari
beberapa universiti telah bersama petani-petani mengadakan demonstrasi
membantah kebuluran yang berlaku di Baling.
Siapa yang bangkit di waktu itu?
Timbalan Perdana Menteri ke..?
Tidak..siswazah sahaja.
SubhanAllah STUDENT POWER..!
(Sebelum itu, saya ingin meminta seinfiniti kemaafan
kepada sahabat seperjuangan saya yang turut sama menghadiri “DIALOG STUDENT
POWER”anjuran PEMBINA, Ayuni Bachtiar kerana dengan terhasilnya aktikel ini,
pada hari ini. Maka sesungguhnya saya telah memungkiri janji. “Maaf yun,. Akak janji
nak keluarkan dua hari lepas hari kejadiankan. Maaf, sebab nak cari kesahihan
maklumat la yun.” Dan syukran jiddan kepada JK Kajian dan Informasi PEMBINA,
akhi Aiman Faudzi yang sanggup
melapangkan masa membantu saya mencari kesahihan beberapa fakta sejarah dalam
artikel ini , walaupun sedang sibuk menyiapkan tesis beliau. Jzkk)
Seorang tokoh negarawan Indonesia ada mengatakan,
“di Indonesia,
MAHASISWA takut kepada PENSYARAH mereka
Para pensyarah pula takut kepada DEKAN mereka
Para dekan pula takut kepada CANSELOR mereka
Canselor pula takut kepada MENTERI PENDIDIKAN mereka
Menteri pendidikan pula takut kepada PRESIDEN NEGARA
mereka
PRESIDEN NEGARA
PULA TAKUT KEPADA KUASA MAHASISWA MEREKA”
Itulah yang kita dapat lihat apabila pemerintahan Soeharto
di Indonesia yang dijatuhkan oleh mahasiswa, pemuda dan belia Indonesia sendiri.
SubhanAllah hebat STUDENT POWER…!
Namun berdasarkan neraca apa yang kita guna untuk
mendefinisikan power mereka itu..?
Adakah power mereka itu dinilai berdasarkan berapa banyak
kereta yang rosak sepanjang demonstrasi…?
Berapa banyak cermin universiti yang pecah sepanjang demonstrasi…?
Berapa banyak student yang digantung pembelajaran dari
universiti sebab lantang bersuara..?
Nasib angry bird tak belajar di U ^__^ |
Ya,
berdasarkan apa kita menilai rasional dan radikal
kuasa mahasiswa itu…??
Mungkin kita merasakan STUDENT POWER itu baru wujud
marcapada ini.
Silap saudara seaqidahku.
Adakah kita lupa universiti pertama yang telah
menghasilkan GRADUAN yg sungguh POWER
Sehingga mahasiswa dari universiti tersebut boleh
merempuh berjuang bermati-matian dalam jumlah mereka yang sekadar 313 sahaja
Bergadai nyawa bertarung sengit dengan 1000 kafir quraisy
yang dahagakan darah dan dendam terhadap islam.
Mahasiswa-mahasiswa tersebut hanya berbekalkan senjata yang tidak
seberapa
Kerana perperangan tersebut bukan sesuatu yang dijangka
Berperang dalam keadaan bulan ramadhan mereka yang pertama
Namun kmenangan milik mereka
SubhanALLAH sungguh POWER..!!
Itulah hasil tarbiyah yakni didikan dari universiti tarbiyah pertama di bumi Makkatul mukaramah
Bercanselorkan Rasulullah SAW sendiri
Qudwah hasanah
Pembawa rahmat ke sekalian alam.
Bermula di rumah Arkam bin Abi Arkam.
Yang pada mulanya jumlah pelajar hanyalah 40orang.
Namun hasil tarbiyah yang mantap berteraskan keimanan yang
jitu.
Lahirlah sahabat2 yang menyongsong perjuangan islam
sehingga Islam sendiri pernah menakluk 2/3 dunia.
SubhanALLAH STUDENT POWER…!!
Malah ALLAH SWT sendiri telah menyebut tentang STUDENT
POWER ini di dalam al quran karim, beribu tahun lampau…
“Wahai orang-orang yang beriman..! Mahukah kamu AKU
tunjukkan suatu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang
pedih..? Kamu berimanlah kepada ALLAH dan Rasul NYA dan berjihadlah di jalan
ALLAH dengan harta dan jiwa mu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu
mengetahui.” (As saff:10-11)
Lihat, bagaimana ALLAH SWT mengajar kita untuk
menghidupkan STUDENT POWER.
Ayat, “ berimanlah kepada ALLAH dan Rasul NYA” menunjukkan bahawa segalanya perlu dimula dengan
iman
Seterusnya ALLAH SWT mngatakan “dan berjihadlah di jalan
ALLAH dengan harta dan jiwa mu” seterusnya jihad pula disebut..
Maka benarlah STUDENT POWER itu memang ada.
Dan kita sendiri diajar oleh ALLAH SWT bagaimana untuk
mencetuskannya.
Ya semuanya bermula dengan iman.
Membuahkan perjuangan fisabilillah..
Namun persoalannya,
apakah neraca kita untuk menilai
rasional atau radikalnya kuasa mahasiswa ini..?
Adakah demonstrasi yang radikal itu satu tanda kejayaan
kuasa mahasiswa..?
Adakah dengan menghina pemimpin itu satu tanda kejayaaan
bagi STUDENT POWER..?
Demonstrasi MANSUH PTPTN |
Pernah dalam satu pertemuan antara
Rasulullah dan Sahabat berlakulah dialog yang lebih kurangnya begini:
Sahabat berkata kepada Rasulullah, “Wahai
Rasulullah, apakah seorang yang berjuang kerana marahkan sesuatu puak itu
dikatakan jihad fisabilillah?”
“Tidak. Itu tidak termasuk jihad fisabilillah.”
“Apakah seorang yang berjuang kerana tunjuk berani
itu jihad fisabilillah?” tanya Sahabat lagi.
“Tidak,” jawab Rasulullah.
“Apakah berjuang fisabilillah itu berjihad kerana
bangsa?”
“Bukan.”
“Kalau begitu, ya Rasulullah, apa itu jihad
fisabilillah?”
“Berjihad fisabilillah itu ialah berjuang di jalan
Allah untuk menegakkan kalimah Allah hingga menjadi tinggi.”
Kini kita melihat mahasiswa kita semakin hebat
Semakin berani mengatakan kehendak mereka
Ini petanda yang sangat mengembirakan.
Namun apa yang menyedihkan, ada segelintir pemuda yang
bangkit menyuarakan kehendak dan pendapat mereka namun cara mereka mengatasi
norma-norma kemanusian.
Lebih menyedihkan apabila wujud juga golongan mahasiswa
yang bermati-matian memperjuangkan ideologi yang bertentangan dengan Islam itu
sendiri.
Ya ALLAH,
Sangat dikesali apabila KEHEBATAN yang ada pada para PEMUDA
mengalir pada bendang yang salah. Hasilnya di tuai dan diraih oleh musuh.
Sedangkan ummah terus terpinga melopong menunggu kebangkitan khalifah.
STUDENT POWER
KUASA MAHASISWA
Mari kita menyingkap kembali sejarah beberapa kurun
dahulu.
Semasa peperangan ISLAM dengan tentera ROM.
Dan tentera Islam telah memperoleh kejayaan dalam
peperangan tersebut
Oo mungkin anda tidak merasakan ada yang istimewa di
sana.
Adakah anda tahu, ketika itu, kemenangan tentera Islam ke
atas tentera ROM adalah seperti diibaratkan di zaman ini… tentera Afrika berjaya
mengalahkan tentera Amerika yang kita gelar sebagai polis dunia pada zaman kita.
subhanAllah, STUDENT POWER.!
Dan perlu juga kita lihat siapa yang memimpin STUDENT
POWER tersebut.
"Kerana tsunami yang hebat terhasil dari gegaran bumi yang
hebat juga"
Nabi SAW telah memilih Usamah bin Zaid untuk menjadi
panglima perang ketika itu.
Adakah anda masih ingat ketika itu Usamah berusia berapa
tahun?
25 tahun
30 tahun
Ooo mungkin 40 tahun kerana tidak kan mungkin Nabi SAW
memerintahkan orang muda untuk mengetuai peperangan sehebat itu.
Sedangkan dalam saff perang tersebut terdapat
sahabat-sahabat kabir, seperti Abu bakar, Umar al Khatab, Sa’ad bin Abi Waqas,
Abu Ubaidah bin Jarrah dan sahabat-sahabat baginda yang lain…
Ya, betul…
Betullah yang anda silap.
Haaa ketika itu Usamah bin Zaid hanya berusia 19 tahun..
Ya 19 tahun.
Sekali lagi saudara, 19 tahun sahaja..
SubhanALLAH , STUDENT POWER..!
Ini lah salah seorang mahasiswa hasil tarbiyah di universiti pertama generasi al quran karim.
Siapa lagi,
Sang penakluk kota Konstantine
Mengetuai hampir 200 000 angkatan tentera
Sedangkan Sultan Muhammad al Fateh yang hebat itu baru
mencecah usia
24 tahun.
Lebih saya tersentuh bila mengenang semula tokoh pembinaan
manusia
Imam syahid Hassan Al banna. |
Di mana ketika beliau berusia belasan tahun
Beliau pernah berjumpa dengan beberapa sarjana Islam di
Universiti Al Azhar lalu menyuarakan kebimbingannya mengenai kejatuhan Khilafah.
Akhirnya beliau dihalau kerana mereka merasakan Imam al
Banna terlalu muda untuk membincangkan isu itu dengan mereka di waktu tersebut.
Akhirnya di usia 23 tahun,
Imam Hasan Al Banna telah
menubuhkan jamaah yang sangat hebat yakni Ikhwan Muslimin di Ismailiyah, Mesir.
Walaupun beliau kembali bertemu SANG KEKASIH nya sewaktu
berusia 40 tahun, namun rentetan perjuangannya terus bersambung sehingga kini.
Calon IM bagi Pilihanraya Mesir 2012, Dr Mohd Morsi |
Resolusi “DIALOG STUDENT POWER: RASIONAL ATAU RADIKAL”:
1. Menjadikan al-Quran dan As-Sunnah sebagai sumber dan neraca utama dalam menilai dan mengambil tindakan sesuatu perkara.
2. Gerakan mahasiswa Islam perlu bersatu dan bersepakat dalam mengembalikan era kegemilangan mahasiswa untuk memartabatkan agenda Islam.
3. Mengembalikan nafas baru Student Power dengan bersikap profesional dan responsif terhadap sesuatu isu, sesuai dengan mahasiswa yang memiliki nilai intelektual yang tinggi.
4. Mengembalikan jatidiri mahasiswa dengan kefahaman Islam yang sebenar-benarnya dan mempunyai matlamat untuk berjaya di dunia dan akhirat melalui pelbagai program pembangunan jatidiri.
5. Menyedarkan mahasiswa terhadap tanggungjawab mereka untuk memberi sumbangan kepada masyarakat agama dan negara dan peka mengenai isu-isu semasa berlaku di dalam dan luar negara.
6. Menolak segala bentuk ancaman yang menjadi punca kelesuan mahasiswa termasuk budaya hedonisme yang melampau, arus liberalisme dan sifat individu dikalangan mahasiswa.
7. Gabungan gerakan mahasiswa Islam perlulah mengambil langkah ke hadapan untuk mengetuai mahasiswa secara keseluruhannya dan berhati-hati agar tidak dipengaruhi oleh gerakan yang membawa fahaman liberal dan songsang.
Seinfiniti penghargaan kepada penganjur dialog tersebut.
Semoga PEMBINA terus maju dengan nama ALLAH SWT dalam “MENERAJU ARUS MAHASISWA”
Bila dilihat kesungguhan aktivis NGO ini, saya sungguh
tersentuh. Kerana setiap kali program saya pasti dapat melihat kesungguhan setiap dari mereka,
sedangkan tiada pun di janjikan wang, sijil atau apa balasan. Namun saya yakin
mereka sungguh komited dalam kerja itu kerana yakin dengan jual beli mereka
bersama ALLAH azza wajalla di dalam surah as Saff ayat 10 hingga 11.
Teruskan membina umat beragenda..!!
Saya yakin dalam tempoh beberapa tahun sahaja PEMBINA
akan menjadi NGO yang sangat berpengaruh dalam membawa suara islam di Malaysia insyaAllah.
Walaupun saya sememangnya ahli PEMBINA berdaftar, namun
kata-kata di atas bukanlah keluar kerana baiah saya kepada jamaah ini tetapi ia
lahir dari hati seorang hamba yang rindu melihat Islam kembali dijulang menjadi
ustaziatul a’lam.
Wallahua’lam, semoga anda dan insan-insan di sekeliling
anda di payungi rahmat dan kasih sayang NYA sentiasa. Salam sekencang tarbiyah,
semantap dakwah..!
subahanALLAH. hebat.. teruskan berjuang,, meneraju arus mahasiswa..
ReplyDeleteALLAHUAKBAR !!! T_T
ReplyDeleteSubhanallah. AKAKLAH STUDENT POWER ^__^
ReplyDelete