Saturday, 25 August 2012

ASYIK-ASYIK ISU KAHWIN




Tolonglah STOP cerita tentang kahwin,
SAYA BELUM PUAS HIDUP BUJANG..!!









“kak.. saya bingunglah fikir tentang hubungan kami ni..”




Saya terus menyentuh bahu gadis tersebut lalu membisikkan beberapa baris nasihat buat jiwa yang sedang gersang dan  buntu. Namun, sahabat baik yang setia berdiri di sebelah saya dari tadi tiba-tiba melangkah pergi.  Ekor mata saya mengiringi setiap langkah sahabat seperjuangan saya itu.


Usai menyiram baja-baja taqwa ke hati gadis muslimah tersebut. Saya terus menuju ke perpustakaan mencari semula sahabat saya sambil berdoa semoga  gadis yang gersang hatinya tadi, kembali membugar hatinya dengan benih-benih cinta Illahi. Simpatinya saya kepada mereka yang menjalinkan hubungan cinta yang tidak halal ini. Setiap kali ternampak pasangan yang sedang hangat bercinta duduk berdua-duan memacu asmara, Allah….alangkah ruginya mereka kerana memilih cinta yang murah sedangkan ALLAH SWT telah membentangkan seluas-luasnya jalan menuju cinta NYA.

APA ADA PADA CINTA ILLAHI…..????



Jika saya masakkan kalian laksa penang.
Lalu kalian bertanya kepada saya, bagaimana rasanya laksa penang yang saya masak itu.
Ya, saya boleh jawap begini.


“Rasanya masam-masam, pedas pun ada jugak. Tapi tak pedas sangat. Lepas tu rasa ikan sardinnya kuat.”


Pasti kalian akan….

“????????”


Kerana untuk MERASA, bukan boleh dijawap dengan jawapan seperti itu.
Untuk merasa, kita perlu menyentuh, mengambil, menyuap, dan menelan sendiri laksa tersebut baru kita tahu apa RASA SEBENAR laksa yang saya masak itu.






Begitulah juga jika kita ingin MERASAI CINTA ILLAHI.
Untuk merasainya memerlukan MUJAHADAH.
Melaksanakan perintah ALLAH SWT sebaiknya,
Meninggalkan segala larangan NYA.

Demi ALLAH,
Tidakkan mampu seseorang itu merasai manisnya bercinta dengan ALLAH SWT sedangkan hatinya masih menagih harap pada cinta manusia dan cinta dunia.

Cintakan ALLAH SWT, ibarat embun pagi yang menyenangkan,
Sejuk
Segar
Menumbuhkan semangat
Melahirkan kesungguhan
Menjadikan insan itu makhluk yang hebat.



Namun, cintakan manusia dan dunia ibarat ibarat kanser yang menyerang dalam diam..
Ia menyeronokkan
Membuat kita tersenyum riang
Rasa dihargai
Tertawa
Tapi tanpa kita sedari…
Ia menyempitkan jiwa kita
Mengekang kemampuan kita
Merendahkan mentality dan cita-cita kita

Sedangkan khalifah umar yang disanjung tinggi sanggup bangun malam mengadap Illahi
Menangis hiba di lewat tahajudnya
Kerana apa
Kerana takut akan amanah yang terpikul dibahunya.
Rakyat yang bergantung harap di kaki nya.

Pemuda Islam kita kini,
Menangis
Meraung bagaikan hysteria semata kerana di duakan kekasih hati nya.


Betapa singa-singa Islam kini bertukar menjadi ayam yang pengecut dan kanak-kanak bodoh yang menjadi hamba kepada cinta manusia dan dunia semata….

SIMPATINYA KITA PADA MEREKA….......




............................


“kenapa enti jalan terus tadi. Ana ada sakitkan hati enti ye? Ana minta maaf sangat..”


“eh..mana ada. Bukanlah pah, Cuma.. Entahlah, ana naik bosan bila asyik dengar masalah cinta je sekarang ni. Kalau masalah lain ana ok lagi. Tapi bila orang datang mengadu masalah cintakan, ana rasa malas nak dengar. Macam dah takda masalah lain atas muka bumi ni.”



Saya menganggukkan kepala.
Bagai kedengaran gema pekik lolong semasa arab spring yang lepas. 
Terlintas di fikiran lumuran darah pada wajah anak-anak Palestin, saudara seaqidah di Burma dan Syria.


Isu dunia yang berlarutan bagai tiada nokhtah. Dunia Islam yang membatu berdiam diri bagai tiada rasa peduli.

Argh…. Dunia!!
Di sana engkau bunuh singa-singa kami, di sini kau hancurkan pemuda-pemuda Islam harapan ummah…!!!




“Tapi sahabat….
Enti nak tahu tak, apa yang menyebabkan syabab di arab sana berjuang bermati matian menyelamatkan maruah agama, bangsa dan Negara mereka.
Kenapa pemuda di Malaysia ni berjuang bermati matian sanggup keluar duit segala demi mengejar buah hati mereka…
Sebab satu je sahabat…
Sebab CINTA…”



Buku motivasi seorang penganut kuat Kristian,
“SEE U AT THE TOP”

~~Love is a power or a force that make human move~~




Jika terjumpa insan yang cintakan ALLAH SWT....

CAMPAKLAH DIA KEMANA SAHAJA..!!


Dia pasti akan membangunkan tanah tersebut menjadi bumi yang penuh barakah.

Dia pasti akan membangkitkan jiwa-jiwa yang terlena selama ini.

Dia pasti akan menyusun jiwa-jiwa tersebut menjadi saff perjuangan yang utuh dan mapan.

Akhirnya,
Saksikanlah pertarungan antara singa-singa ALLAH itu dengan kebatilan yang bermaharajalela.
Tunggulah dengan sabar kemenangan mereka yang PASTI.

...............................


Sometime there are something that IMPOSSIBLE
But...


IMPOSSIBLE IS NOTHING FOR ALLAH..!!


...............................





“Klau kita dapat keluarkan mereka dari masalah cinta mereka itu sahabat, dan member mereka kunci menuju cinta yang terhebat yakni CINTA ALLAH SWT. Mereka akan menjadi MUJAHID MANSYUD atau MUJAHIDAH MANSYUDAH…!!”

Pemuda pemudi HARAPAN~~~
Yang kita boleh campak kemana sahaja sahabat..!!


Jangan pernah bosan melayan masalah cinta mereka.
Cubalah yang TERBAIK memberi mereka kunci menuju CINTA ILLAHI.



Jika ada insan yang lapar,
Jangan terus menberi insan tersebut ikan.
Tetapi berilah insan tersebut pancing.
Kerana dengan menberinya ikan,
Engkau hanya meringankan bebannya.
Tetapi dengan memberinya pancing,
Engkau MEMBERI KEHIDUPAN KEPADANYA..!

……………………………

Cukup-cukuplah cakap tentang kahwin,
SAYA BELUM PUAS HIDUP BUJANG..!










Mata ni memang sejuk dan tenang setiap kali melihat status mahupun post sahabat-sahabat saya di muka buku.
Penuh dengan motivasi
Penuh dengan kata-kata yang membangkitkan iman.

Tapi kadang kala tercabar juga iman bila terbaca..











Allah…
Pertamanya, syukran jiddan kerana meluangkan masa untuk menulis dan mengepos entri seperti itu. Ya, itu seribu kali lebih bagus dari melihat pos yang berkaitan kekasih yang tidak halal.
Tapi…
Hurmm….
Alangkah bagus jika entri seperti itu kita gantikan dengan
























Bukannya apa.
Saya hargai pos2 cinta islamik tersebut
Tertapi bila berlambakan pos seperti itu, membuatkan saya yang berada dalam golongan yang afdal tarku nikah ni menjadi tercabar.
Kadang terdetik juga untuk bernikah awal, sedangkan saya dalam golongan “afdal tarkuhu”



Golongan ke-4
AFDAL MENINGGALKAN NIKAH

-Apabila ada kemampuan, tetapi tiada niat untuk bernikah. Samada dia sibuk beribadah atau sibuk menuntut ilmu. Maka pada keadaan tesebut, beribadat dan menntut ilmu adalah lebih afdal daripada bernikah kerana nikah kemungkinan akan menyibukkannya daripada perkara tersebut.

*kitab fiq manhaj vol 2 page 14


Cukuplah cakap tentang nikah,
SAYA BELUM PUAS HIDUP BUJANG..!


………………….









Mengenang kembali cuti semester yang lalu.....

Itulah cuti terhebat yang pernah saya lalui buat masa ini.
Bilamana, dapat betapa di perpustakaan dari jam 10 pagi hingga 5 petang.
Menggali pelbagai khazanah ilmu yang tersimpan.
Buku-buku lama dan kontemporari,
Membaca tulisan tokoh-tokoh dunia yang telah lama meninggalkan kita.
Bagaikan mereka berbicara berhadapan kita bila mula menyelak karya tersebut.
Setiap bait kata,
Seperti ada mesej yang tersirat ingin disampaikan…
Setelah berapa lama saya menjadikan perpustakaan tersebut sebagai rumah kedua.
Juga diberi kesempatan bertemu beberapa tokoh Islam kontemporari di bumi Malaysia tercinta…

Akhirnya..
Mesej yang tersirat itu meluru masuk ke minda dan sendi.



to : Sharifah Abdul Samad

“UMMAH DALAM BAHAYA…!!”

…………………………..







Cukuplah tentang kahwin,
SAYA BELUM PUAS HIDUP BUJANG..!



”Kak…bukan kita yang kawal jatuh cinta tu.”


Kadang-kadang lucu bila pemuda-pemuda ini mencipta fatwa sendiri demi menghalalkan cinta mereka.

Wahai saudara seaqidah sekalian,
Marilah saya kongsikan satu formula.
Jika benar kalian inginkan ketenangan dalam mengharungi ujian cinta.
Usah lagi berfatwa-fatwa demi menghalalkan yang zahirnya telah ditegah ALLAH SWT.

Bila kalian jatuh hati atau dirisik mana-mana pemuda,
Maka
ISTIKHARAH lah..
Tanya pada ALLAH SWT.
Kerana DIA yang mengetahui segala.
DIA yang mengawasi 24 jam hamba-hamba NYA
Mungkin yang buruk di mata kita itu merupakan yang terindah dan yang terhebat di mata ALLAH SWT..

 “…dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya”. 
(Surah al-Baqarah : 216)

Daripada Sa’ad bahawasanya Rasulullah s.a.w. pernah bersabda : “Daripada kebahagiaan seseorang anak Adam adalah mereka yan sentiasa beristikharah kepada Allah taala, daripada kebahagiaan anak Adam juga adalah mereka yang sentiasa redha dengan setiap ketentuan Allah baginya. Adapun daripada kecelakaan anak Adam adalah meninggalkan beristikharah kepada Allah taala, dan daripada kecelakaan anak Adam juga adalah tidak berpuas hati dengan setiap ketentuan Allah baginya”. 
(Riwayat Imam Tarmizi)





Seterusnya musyawarahlah.
Berbincanglah dengan wali anda.
Terima dan hormatilah nasihat mereka yang lebih tua.

Bila kita mengabungkan kedua ini:

ISTIKHARAH + MUSYAWARAH = KETENANGAN YANG HAKIKI















Usah lagi kalian menyeliratkan kan otak dengan urusan jodoh yang semangnya rahsia itu. Istikharah dan bermusyawarahlah. 
Seterusnya, biarlah masa yang menjadi penentu.
Teruslah maju melangkah menongkah arus perjuangan.
Banyak lagi jiwa yang belum dibangkitkan.
Banyak lagi bidang ilmu yang belum dikuasai.

Sampai bila ingin terus leka?
Membiarkan Islam jatuh terhina,
Membiarkan ummah terus teraniaya..?!!








ALLAH…cukuplah tentang kahwin
SAYA TAK PUAS LAGI HIDUP BUJANG..!
.......................................

………………………….


Puteri Intifadha...
Hidup ni sekali
Ubahlah generasi
Belajar biar sampai PHD
Kahwin tunggulah lepas 1st degree

Puteri Intifadha
Ku tahu diri mu tak risaukan “si dia”
Kerna yakin mu pada janji NYA
Baik itu tercipta buat yang baik juga
Teruslah deras meneraju singa-singa  agama
Akhirnya nanti bersatu jua
Jika bukan di dunia
Nantikan di taman syurga

Puteri Intifadha
Ummah mu meraung menderita
Mencari khilafah bagai gila
Masihkah lagi masa bersuka
Darah pejuang siapa nak bela?

DARAH PEJUANG SIAPA NAK BELA..?
Cukuplah cakap tentang kahwin,
SAYA BELUM PUAS HIDUP BUJANG..!


………………………………………

*salam aidilfitri maaf zahir batin, taqabballah minna wa min kum.
semoga askar-askar iblis dan syaitan laknatullah yang baru terlepas dari ikatan tu terkejut dengan DIRI KITA YANG BARU.
Salam sekencang tarbiyah,
semantap dakwah..







Wednesday, 4 July 2012

PEDIHNYA MEMENDAM CINTA...

Saya masih tidak dapat melupakan detik pertama saya membaca kisah ananda Rasulullah SAW, Fatimah dan sahabat baginda yg mulia, Ali bin Abi Thalib ini.
Ya,
Bagaimana saya boleh lupa sedangkan baru terjadi beberapa bulan yang lepas.
Sakit perut saya dan ukhti Samihah Shukor menahan ketawa terutamanya bila membaca dialog mereka di malam pertama.

Terima kasih banyak lah kepada seorang ukhti ni yang beria-ria meminta saya membaca artikel tersebut.

(Saya harap masulah yg menguruskan bait muslim saya tidak membaca post saya ini, disebabkan itu saya tidak akan mempublishkan post ini seperti post-post saya yang dulu. Kenapa saya tidak mahu beliau membacanya, haa biarlah saya dan ALLAH SWT sahaja yang tahu....)

..................................

Berita itu sampai kepada Ali.
Berita tentang gadis yang sungguh mempesonakannya, baik kesantunannya, ibadahnya, parasnya.
Gadis yang sungguh mengagumkan!
Khabar itu sangat mengejutkan. Puteri kesayangan sepupunya itu dilamar oleh sahabat yang paling akrab dengan Rasulullah. Lelaki yang berjuang dengan seluruh harta dan jiwanya. Lelaki yang menginfakkan seluruh hartanya pada perang badar. Lelaki yang pada hari pertamanya sebagai seorang muslim sahaja sudah berjaya menarik 6 orang untuk bersyahadah! Adakah iman dan akhlaqnya diragui? Tentu tidak! Berita tersebut benar-benar membuat Ali tersentap.
Dari sisi ekonomi, Abu Bakar seorang saudagar, insyaAllah lebih layak membahagiakan Fatimah. Ali hanyalah pemuda miskin daripada keluarga miskin.
"Inilah persaudaraan dan cinta," gumam Ali. "Aku mengutamakan Abu Bakar atas diriku, aku mengutamakan kebahagiaan Fatimah atas cintaku."
*****
Namun takdir Allah terus mengatasi segalanya. Lamaran Abu Bakar ditolak dan Ali terus bersemangat untuk mempersiapkan diri mendapatkan bidadari idaman iman dan hatinya itu.
Tetapi ujian itu rupanya belum berakhir. Datang pula seorang sahabat melamar Fatimah selepas Abu Bakar. Lelaki yang gagah dan perkasa, yang mendapat hidayah selepas didoakan oleh Rasulullah.  Al-Farouq, Umar Ibn Al-Khattab.
Umar adalah lelaki yang berani. Pembela yang gagah. Beliau pasti menjaga Fatimah dengan baik. Umar lebih bersedia daripadanya. Jika dinilai dari semua segi dalam pandangan orang ramai, Ali hanyalah pemuda yang belum bersedia untuk menikah. Umar jauh lebih layak daripadanya. Maka Ali redha....
*****
Walaubagaimanapun, Allah masih punya rancangan lain. Umar juga ditolak. Ali bingung.
Menantu seperti apakah yang diinginkan Rasulullah?
Apakah yang kaya juga, seperti Uthman? Ali sungguh berbeza dengannya.

.....................................









Sewaktu Ali r.a. terperanjat melihat datangnya Abu Bakar As-Shiddiq r.a. dgn tergopoh-gopoh,
lalu ia menyambutnya kemudian bertanya:
“Anda datang membawa berita apa?”


Setelah duduk beristirahat sejenak Abu Bakar As-Shiddiq segera menjelaskan persoalannya:

“Hai Ali...
 engkau adalah orang pertama yg beriman kepada Allah dan Rasul-Nya
serta mempunyai keutamaan lebih dibanding dengan orang lain.
Semua sifat utama ada pada dirimu.
Demikian pula engkau adalah kerabat Rasulullah s.a.w.

Beberapa orang sahabat terkemuka telah menyampaikan lamaran kepada baginda untuk mempersunting puterinya. Lamaran itu kesemuanya telah ditolak oleh baginda.
Baginda mengatakan bahawa persoalan jodoh puterinya telah diserahkan kepada Allah s.w.t.
Akan tetapi hai Ali.......
mengapa sehingga kini engkau sahaja yang belum pernah menyebut-nyebut tentang puteri baginda saw itu...??
dan mengapa engkau tidak melamar untuk dirimu sendiri?
Kuharap semoga Allah dan RasulNya akan menahan puteri itu untukmu.”



.......................
Mendengar perkataan Abu Bakar r.a.... Saidina Ali berlinang air matanya. Ali r.a. berkata:
“Hai Abu Bakar, anda telah membuatkan hatiku yang tenang kembali bergoncang .
Anda telah mengingatkan sesuatu yang sudah ku lupakan...
Demi Allah aku memang menghendaki Fatimah..
tetapi......
yang menjadi penghalang satu-satunya bagiku ialah kerana aku tidak mempunyai apa-apa.”
...................................



Abu Bakar r.a. terharu mendengar jawapan Ali itu.
Untuk  menguatkan hati  Ali r.a., Abu Bakar berkata:

 “Hai Ali, janganlah engkau berkata seperti itu. Bagi Allah dan Rasul-Nya dunia dan seisinya ini hanyalah ibarat debu bertaburan belaka!”


.....................................................................

Ali pun menghadap Rasulullah SAW, menyampaikan hajatnya untuk menikahi Fatimah. Ya, menikahi. Meskipun beliau sedia maklum, secara ekonominya sangat tidak menjanjikan apa-apa pada dirinya. Di rumahnya, hanya ada satu set baju besi serta persediaan tepung kasar untuk makanannya.
Namun untuk meminta waktu dua atau tiga tahun untuk bersedia? Itu memalukan! Meminta Fatimah menantinya sehingga dia bersedia? Itu sangat keanak-anakan!
Namun Ali bersedia bertanggungjawab atas rasa cintanya. Beliau yakin, Allah Maha Kaya.
"Ahlan Wasahlan!" jawab Rasulullah beserta senyuman.
Ali bingung.
Apakah maksudnya? Ucapan selamat datang sukar ditafsirkan sebagai satu penerimaan atau penolakan.
*****
"Bagaimana jawapan Nabi, kawan? Bagaimana lamaranmu?"
"Entahlah..."
"Apa maksudmu?"

"Aku tidak kisah jika Rasulullah saw menolak. Namun baginda memberi jawapan yang aku tidak pasti samada aku diterima atau ditolak.."

"Apakah jawapan baginda pada mu wahai Ali..??"
"Menurut kalian, apakah 'Ahlan Wasahlan' bermaksud sebuah jawapan?"
"Satu sahaja sudah mencukupi dan kau mendapat dua!" Ahlan sahaja sudah bererti ya. Sahlan juga. Dan kau mendapatkan 'Ahlan Wasahlan'. Dua-duanya bererti ya!"
*****
Maka dalam usia 18 tahun, Ali menikahi Fatimah. Dengan menggadaikan baju besi. Keberanian untuk mengorbankan cintanya bagi Abu Bakar, Umar, dan Fatimah. Dengan keberanian untuk menikah. Waktu itu juga. Bukan janji-janji, bukan nanti-nanti.
*****
Ali adalah gentlemen sejati. Tidak hairanlah pemuda arab memiliki jeritan, "La Fatan Illa Alliyan!" Tiada pemuda selain Ali!
Adakah Ali pergi menemui Fatimah kemudian menyatakan, "Aku cinta padamu, Bolehkah kamu menungguku?" tidak! Beliau berjumpa walinya, menyatakan perasaannya, kemahuannnya, kesanggupannya.
Itulah gentlemen sejati. Lelaki yang walaupun mungkin menurut orang ramai masih belum siap untuk menikah, tidak pergi mencabul hak walinya dengan ber'couple', bahkan tidak pula memintanya menunggu. Kerana dia tahu, Fatimah milik Allah, bukan milik dirinya.
Ali tetap berusaha mematuhi syariat walau risikonya tinggi. Dia percaya. Malah lebih lagi. Dia yakin. Yakin bahawa Allah maha berkuasa atas segala sesuatu.
*****

Tapi.....Tiba-tiba saya terfikir. Bagaimana jika posisi Ali itu bukannya seorang lelaki, tetapi seorang wanita..? Pernah seorang sahabat saya memendam rasa kepada seorang ikhwah. Tak silap saya ikhwah tersebut beramal jauh dari cawangan kami. Ya, ikhwah itu memang seorang yang berkepimpinan, asalnya dari keluarga yang besar dan ditarbiyah, mempunyai pencapaian akademik yang sangat cemerlang.
Bagi saya mereka sama-sama hebat. Tetapi di mata saya sahabat saya itu lebih hebat, kerana dia tidak pernah menyuarakan rasa yang berselindung di benaknya itu kepada sesiapa.
Hatta saya sendiri tidak diceritakannya. Namun, akhirnya saya dapat menangkap sakit yang ditanggung oleh sahabat saya itu melalui mata dan kata-katanya.

"Siapalah saya ni kak..tak hebat"

Hurmm ya itulah yang selalu sahabat saya itu tuturkan. Sehinggalah saya sengaja menyebut nama jejaka tersebut. TERPERANJAT yang amat sangat ukhti tersebut. Terus dia memeluk saya dan meminta gar perkara itu dirahsiakan.
Terus sahabat saya itu mengulang kata-kata yang sama,

"Siapalah saya ni kak...tak hebat"

.....................

Pernah satu malam di surau UV  tempat kami mencambah dan menyuburkan iman,
kebetulan saya ditugaskan menjadi MC pada malam tersebut bagi sesi tazkirah.
Saya suka jadi MC ni, sebab bila kita buat tazkirah berantai jadi saya tak perlu nak tergopoh-gopoh cari tajuk.. Hee hurai je apa yang akhawat lain dah tazkirahkan.
Nak dijadikan cerita, maka ada seorang akhawat ini bercerita tentang... hurmmm maaf saya dah terlupa dia bercerita tentang apa.
Tapi yang saya ingat adalah, selesai sahaja tazkirah daripada ukhti tersebut, saya terus menghuraikan isi yang disampaikannya.
Saya mengeluarkan satu dalil dari ayat-ayat cinta ALLAH SWT:

"at toiyibat lit toiyibin..."
tiba-tiba.....saya perasan bahawa sahabat yang berada betul-betul di sebelah kiri saya menekup mukanya. Lama.....
Saya membiarkan sahaja. Lantas saya terus meminta akhawat yang lain meneruskan tazkirh berantai itu. Setelah akhawat di sebelah saya itu membuka wajah yang ditekupnya tadi. Sengaja saya memandang wajahnya yang ayu dan mempersona itu. Hati saya bergetar apabila melihat ada titis-titis jernih di kelopak mata dan pipi akhawat tersebut..
Ayat yang selalu dituturkan oleh akhawat tersebut ligat bermain di fikiran saya,
"saya tak hebat kak macam dia.."
Allah........saya faham berat yang ditanggung oleh sahabat saya itu. Betapa dia sungguh terkesan dgn kalimat ALLAH SWT yang mengatakan "Wanita yang baik itu, untuk lelaki yang baik.."

sahabat.... wahai sahabat ku penguat semangat juangku selama ini. InsyaAllah, teruslah kita yakin dengan janji NYA. Bersama kita persiapkan diri sebaiknya. Menjadi wanita yang mulia. Agar akhirnya ALLAH SWT menghantar jejaka yang mulia di mata NYA untuk menjemput kita.

Wahai sahabat... Adakah engkau merasakan diri mu bukanlah wanita yang baik, bukan wanita yang mulia...? Sehingga engkau merasa rendah untuk mengimpikan jejaka sehebatnya. Sahabat...usah berasa demikian.
Demi Allah, andai ada yang bertanya kepada ku. Apakah ciri wanita solehah, apakah ciri wanita yang baik dan mulia. Demi Allah, aku akan katakan padanya, "Lihatlah sahabat baik ku ini. dia ada semua yang perlu ada pada SEORANG WANITA SOLEHAH.."
...................................
ALLAH SWT PASTI MENOLONG MU SAHABAT,
kerana engkau yg mengajarku.. in tansurullaha yansurkum..!!

..............................










**buat bakal imam ku yg akan  memimpin tangan ku dan generasi ku ke Jannah NYA. Cukuplah kita dgn kadar yg kita ada. Jadilah kita persis Ali dan kekasih hatinya Fatimah dgn kadar kita sendiri.  Di alam realiti, pilihlah watak dalam kehidupanmu sendiri. Yang penting, kau, aku dan kita semua adalah pejuang agama NYA. Kitalah yang menjadi penentu hidup mati dan jatuh bangun umat. Hingga akhirnya sampai saat kita mati, hancur dimamah bumi....
Dan.... bersedialah bila tibanya hari kebangkitan untuk kita menjawab segala amanah yang telah dipertanggungjawabkan di hadapan Ilahi.....
Semoga ALLAH SWT redha, permudah dan berkati kita dan generasi kita seluruhnya...