Tolonglah STOP cerita tentang kahwin,
SAYA BELUM PUAS HIDUP BUJANG..!!
“kak.. saya bingunglah fikir tentang hubungan kami ni..”
Saya terus menyentuh bahu gadis tersebut lalu membisikkan beberapa baris nasihat buat jiwa yang sedang gersang dan buntu. Namun, sahabat baik yang setia berdiri di sebelah saya dari tadi tiba-tiba melangkah pergi. Ekor mata saya mengiringi setiap langkah sahabat seperjuangan saya itu.
Saya terus menyentuh bahu gadis tersebut lalu membisikkan beberapa baris nasihat buat jiwa yang sedang gersang dan buntu. Namun, sahabat baik yang setia berdiri di sebelah saya dari tadi tiba-tiba melangkah pergi. Ekor mata saya mengiringi setiap langkah sahabat seperjuangan saya itu.
Usai menyiram baja-baja taqwa ke hati gadis muslimah
tersebut. Saya terus menuju ke perpustakaan mencari semula sahabat saya sambil
berdoa semoga gadis yang gersang hatinya
tadi, kembali membugar hatinya dengan benih-benih cinta Illahi. Simpatinya saya
kepada mereka yang menjalinkan hubungan cinta yang tidak halal ini. Setiap kali
ternampak pasangan yang sedang hangat bercinta duduk berdua-duan memacu asmara,
Allah….alangkah ruginya mereka kerana memilih cinta yang murah sedangkan ALLAH
SWT telah membentangkan seluas-luasnya jalan menuju cinta NYA.
APA ADA PADA CINTA ILLAHI…..????
Jika saya masakkan kalian laksa penang.
Lalu kalian bertanya kepada saya, bagaimana rasanya laksa
penang yang saya masak itu.
Ya, saya boleh jawap begini.
“Rasanya masam-masam, pedas pun ada jugak. Tapi tak pedas
sangat. Lepas tu rasa ikan sardinnya kuat.”
Pasti kalian akan….
“????????”
“????????”
Kerana untuk MERASA, bukan boleh dijawap dengan jawapan
seperti itu.
Untuk merasa, kita perlu menyentuh, mengambil, menyuap,
dan menelan sendiri laksa tersebut baru kita tahu apa RASA SEBENAR laksa yang
saya masak itu.
Begitulah juga jika kita ingin MERASAI CINTA ILLAHI.
Untuk merasainya memerlukan MUJAHADAH.
Melaksanakan perintah ALLAH SWT sebaiknya,
Meninggalkan segala larangan NYA.
Demi ALLAH,
Tidakkan mampu seseorang itu merasai manisnya bercinta
dengan ALLAH SWT sedangkan hatinya masih menagih harap pada cinta manusia dan
cinta dunia.
Cintakan ALLAH SWT, ibarat embun pagi yang menyenangkan,
Sejuk
Segar
Menumbuhkan semangat
Melahirkan kesungguhan
Menjadikan insan itu makhluk yang hebat.
Namun, cintakan manusia dan dunia ibarat ibarat kanser
yang menyerang dalam diam..
Ia menyeronokkan
Membuat kita tersenyum riang
Rasa dihargai
Tertawa
Tapi tanpa kita sedari…
Ia menyempitkan jiwa kita
Mengekang kemampuan kita
Merendahkan mentality dan cita-cita kita
Sedangkan khalifah umar yang disanjung tinggi sanggup
bangun malam mengadap Illahi
Menangis hiba di lewat tahajudnya
Kerana apa
Kerana takut akan amanah yang terpikul dibahunya.
Rakyat yang bergantung harap di kaki nya.
Pemuda Islam kita kini,
Menangis
Meraung bagaikan hysteria semata kerana di duakan kekasih
hati nya.
Betapa singa-singa Islam kini bertukar menjadi ayam yang
pengecut dan kanak-kanak bodoh yang menjadi hamba kepada cinta manusia dan
dunia semata….
SIMPATINYA KITA PADA MEREKA….......
“kenapa enti jalan terus tadi. Ana ada sakitkan hati enti
ye? Ana minta maaf sangat..”
“eh..mana ada. Bukanlah pah, Cuma.. Entahlah, ana naik
bosan bila asyik dengar masalah cinta je sekarang ni. Kalau masalah lain ana ok
lagi. Tapi bila orang datang mengadu masalah cintakan, ana rasa malas nak
dengar. Macam dah takda masalah lain atas muka bumi ni.”
Saya menganggukkan kepala.
Bagai kedengaran gema pekik
lolong semasa arab spring yang lepas.
Terlintas di fikiran lumuran darah pada
wajah anak-anak Palestin, saudara seaqidah di Burma dan Syria.
Isu dunia yang berlarutan bagai tiada nokhtah. Dunia
Islam yang membatu berdiam diri bagai tiada rasa peduli.
Argh…. Dunia!!
Di sana engkau bunuh singa-singa kami, di sini kau
hancurkan pemuda-pemuda Islam harapan ummah…!!!
“Tapi sahabat….
Enti nak tahu tak, apa yang menyebabkan syabab di arab
sana berjuang bermati matian menyelamatkan maruah agama, bangsa dan Negara
mereka.
Kenapa pemuda di Malaysia ni berjuang bermati matian
sanggup keluar duit segala demi mengejar buah hati mereka…
Sebab satu je sahabat…
Sebab CINTA…”
Buku motivasi seorang penganut kuat Kristian,
“SEE U AT THE TOP”
~~Love is a power or a force that make human move~~
Jika terjumpa insan yang cintakan ALLAH SWT....
CAMPAKLAH DIA KEMANA SAHAJA..!!
Dia pasti akan membangunkan tanah tersebut menjadi bumi
yang penuh barakah.
Dia pasti akan membangkitkan jiwa-jiwa yang terlena
selama ini.
Dia pasti akan menyusun jiwa-jiwa tersebut menjadi saff
perjuangan yang utuh dan mapan.
Akhirnya,
Saksikanlah pertarungan antara singa-singa ALLAH itu
dengan kebatilan yang bermaharajalela.
Tunggulah dengan sabar kemenangan mereka yang PASTI.
...............................
Sometime there are something that IMPOSSIBLE
But...
IMPOSSIBLE IS NOTHING FOR ALLAH..!!
...............................
“Klau kita dapat keluarkan mereka dari masalah cinta
mereka itu sahabat, dan member mereka kunci menuju cinta yang terhebat yakni
CINTA ALLAH SWT. Mereka akan menjadi MUJAHID MANSYUD atau MUJAHIDAH
MANSYUDAH…!!”
Pemuda pemudi HARAPAN~~~
Yang kita boleh campak kemana sahaja sahabat..!!
Jangan pernah bosan melayan masalah cinta mereka.
Cubalah yang TERBAIK memberi mereka kunci menuju CINTA
ILLAHI.
Jika ada insan yang lapar,
Jangan terus menberi insan tersebut ikan.
Tetapi berilah insan tersebut pancing.
Kerana dengan menberinya ikan,
Engkau hanya meringankan bebannya.
Tetapi dengan memberinya pancing,
Engkau MEMBERI KEHIDUPAN KEPADANYA..!
……………………………
Cukup-cukuplah cakap tentang kahwin,
SAYA BELUM PUAS HIDUP BUJANG..!
Mata ni memang sejuk dan tenang setiap kali melihat
status mahupun post sahabat-sahabat saya di muka buku.
Penuh dengan motivasi
Penuh dengan kata-kata yang membangkitkan iman.
Tapi kadang kala tercabar juga iman bila terbaca..
Allah…
Pertamanya, syukran jiddan kerana meluangkan masa untuk
menulis dan mengepos entri seperti itu. Ya, itu seribu kali lebih bagus dari
melihat pos yang berkaitan kekasih yang tidak halal.
Tapi…
Hurmm….
Alangkah bagus jika entri seperti itu kita gantikan
dengan
Bukannya apa.
Saya hargai pos2 cinta islamik tersebut
Tertapi bila berlambakan pos seperti itu, membuatkan saya
yang berada dalam golongan yang afdal tarku nikah ni menjadi tercabar.
Kadang terdetik juga untuk bernikah awal, sedangkan saya
dalam golongan “afdal tarkuhu”
Golongan ke-4
AFDAL MENINGGALKAN NIKAH
-Apabila ada kemampuan, tetapi tiada niat untuk bernikah.
Samada dia sibuk beribadah atau sibuk menuntut ilmu. Maka pada keadaan tesebut,
beribadat dan menntut ilmu adalah lebih afdal daripada bernikah kerana nikah
kemungkinan akan menyibukkannya daripada perkara tersebut.
*kitab fiq manhaj vol 2 page 14
Cukuplah cakap tentang nikah,
SAYA BELUM PUAS HIDUP BUJANG..!
………………….
Mengenang kembali cuti semester yang lalu.....
Itulah cuti terhebat yang pernah saya lalui buat masa
ini.
Bilamana, dapat betapa di perpustakaan dari jam 10 pagi
hingga 5 petang.
Menggali pelbagai khazanah ilmu yang tersimpan.
Buku-buku lama dan kontemporari,
Membaca tulisan tokoh-tokoh dunia yang telah lama
meninggalkan kita.
Bagaikan mereka berbicara berhadapan kita bila mula
menyelak karya tersebut.
Setiap bait kata,
Seperti ada mesej yang tersirat ingin disampaikan…
Setelah berapa lama saya menjadikan perpustakaan tersebut
sebagai rumah kedua.
Juga diberi kesempatan bertemu beberapa tokoh Islam
kontemporari di bumi Malaysia tercinta…
Akhirnya..
Mesej yang tersirat itu meluru masuk ke minda dan sendi.
to : Sharifah Abdul Samad
“UMMAH DALAM BAHAYA…!!”
…………………………..
Cukuplah tentang kahwin,
SAYA BELUM PUAS HIDUP BUJANG..!
”Kak…bukan kita yang kawal jatuh cinta tu.”
Kadang-kadang lucu bila pemuda-pemuda ini mencipta fatwa
sendiri demi menghalalkan cinta mereka.
Wahai saudara seaqidah sekalian,
Marilah saya kongsikan satu formula.
Jika benar kalian inginkan ketenangan dalam mengharungi
ujian cinta.
Usah lagi berfatwa-fatwa demi menghalalkan yang zahirnya
telah ditegah ALLAH SWT.
Bila kalian jatuh hati atau dirisik mana-mana pemuda,
Maka
ISTIKHARAH lah..
Tanya pada ALLAH SWT.
Kerana DIA yang mengetahui segala.
DIA yang mengawasi 24 jam hamba-hamba NYA
Mungkin yang buruk di mata kita itu merupakan yang
terindah dan yang terhebat di mata ALLAH SWT..
“…dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya”.
(Surah al-Baqarah : 216)
Daripada Sa’ad bahawasanya Rasulullah s.a.w. pernah bersabda : “Daripada kebahagiaan seseorang anak Adam adalah mereka yan sentiasa beristikharah kepada Allah taala, daripada kebahagiaan anak Adam juga adalah mereka yang sentiasa redha dengan setiap ketentuan Allah baginya. Adapun daripada kecelakaan anak Adam adalah meninggalkan beristikharah kepada Allah taala, dan daripada kecelakaan anak Adam juga adalah tidak berpuas hati dengan setiap ketentuan Allah baginya”.
(Riwayat Imam Tarmizi)
Seterusnya musyawarahlah.
Berbincanglah dengan wali anda.
Terima dan hormatilah nasihat mereka yang lebih tua.
Bila kita mengabungkan kedua ini:
ISTIKHARAH + MUSYAWARAH = KETENANGAN YANG HAKIKI
Usah lagi kalian menyeliratkan kan otak dengan urusan
jodoh yang semangnya rahsia itu. Istikharah dan bermusyawarahlah.
Seterusnya, biarlah masa yang menjadi penentu.
Teruslah maju melangkah menongkah arus perjuangan.
Banyak lagi jiwa yang belum dibangkitkan.
Banyak lagi bidang ilmu yang belum dikuasai.
Sampai bila ingin terus leka?
Membiarkan Islam jatuh terhina,
Membiarkan ummah terus teraniaya..?!!
ALLAH…cukuplah tentang kahwin
SAYA TAK PUAS LAGI HIDUP BUJANG..!
………………………….
Puteri Intifadha...
Hidup ni sekali
Ubahlah generasi
Belajar biar sampai PHD
Kahwin tunggulah lepas 1st degree
Puteri Intifadha
Ku tahu diri mu tak risaukan “si dia”
Kerna yakin mu pada janji NYA
Baik itu tercipta buat yang baik juga
Teruslah deras meneraju singa-singa agama
Akhirnya nanti bersatu jua
Jika bukan di dunia
Nantikan di taman syurga
Puteri Intifadha
Ummah mu meraung menderita
Mencari khilafah bagai gila
Masihkah lagi masa bersuka
Darah pejuang siapa nak bela?
DARAH PEJUANG SIAPA NAK BELA..?
Cukuplah cakap tentang kahwin,
SAYA BELUM PUAS HIDUP BUJANG..!
………………………………………
*salam aidilfitri maaf zahir batin, taqabballah minna wa min kum.
semoga askar-askar iblis dan syaitan laknatullah yang baru terlepas dari ikatan tu terkejut dengan DIRI KITA YANG BARU.
Salam sekencang tarbiyah,
Salam sekencang tarbiyah,
semantap dakwah..
Sweet.. Sekarang golongan yang ke berapa?
ReplyDelete