Thursday, 24 May 2012

KUASA MAHASISWA : Rasional atau Radikal..?




Wow kuasa mahasiswa..!



HEBAT suara MAHASISWA..!


Mutakhir ini, media masa berlumba-lumba membuka tabir arus kebangkitan mahasiswa di bumi Malaysia tercinta.

Sehingga wartawan BERNAMA radio24, Essan Yahya mengatakan bahawa,

 “kami (wartawan) sangat teruja bila ada cerita mahasiswa sepak polis dan sebagainya..”




BERSIH 3.0







Betul juga, bila baca surat khabar tajuk “mahasiswa turun bendera Najib”
Memang lakulah.

Adam Adli (pelajar UPSI) menurunkan bendera Najib Tun Razak di Putrajaya





Semua orang sangat teruja dengan kebangkitan golongan ini.
Golongan pemuda
Belia
Siapa yang tidak teruja untuk melihat “STUDENT POWER”..?
Sejujurnya memang suara mahasiswa sangat di dengari oleh masyarakat di Malaysia
kerana mereka dianggap sebagai golongan intelek dan profesional.


Bagaimana apa yang terjadi dalam lipatan sejarah Negara, pada November tahun 1974
Di mana Peristiwa Baling telah mengambil tempat
Siapa yang bangkit waktu itu untuk perjuangkan hak rakyat yang miskin dan kebuluran
Mahasiswa.

di mana lebih 4,000 mahasiswa dari beberapa universiti telah bersama petani-petani mengadakan demonstrasi membantah kebuluran yang berlaku di Baling.


Siapa yang bangkit di waktu itu?
Timbalan Perdana Menteri ke..?
Tidak..siswazah sahaja.
SubhanAllah STUDENT POWER..!



(Sebelum itu, saya ingin meminta seinfiniti kemaafan kepada sahabat seperjuangan saya yang turut sama menghadiri “DIALOG STUDENT POWER”anjuran PEMBINA, Ayuni Bachtiar kerana dengan terhasilnya aktikel ini, pada hari ini. Maka sesungguhnya saya telah memungkiri janji. “Maaf yun,. Akak janji nak keluarkan dua hari lepas hari kejadiankan. Maaf, sebab nak cari kesahihan maklumat la yun.” Dan syukran jiddan kepada JK Kajian dan Informasi PEMBINA, akhi Aiman Faudzi  yang sanggup melapangkan masa membantu saya mencari kesahihan beberapa fakta sejarah dalam artikel ini , walaupun sedang sibuk menyiapkan tesis beliau. Jzkk)   




Baik..kita sambung,
Seorang tokoh negarawan Indonesia ada mengatakan,

“di Indonesia,
MAHASISWA takut kepada PENSYARAH mereka

Para pensyarah pula takut kepada DEKAN mereka

Para dekan pula takut kepada CANSELOR mereka

Canselor pula takut kepada MENTERI PENDIDIKAN mereka

Menteri pendidikan pula takut kepada PRESIDEN NEGARA mereka

 PRESIDEN NEGARA PULA TAKUT KEPADA KUASA MAHASISWA MEREKA”




Itulah yang kita dapat lihat apabila pemerintahan Soeharto di Indonesia yang dijatuhkan oleh mahasiswa, pemuda dan belia Indonesia sendiri.
SubhanAllah hebat STUDENT POWER…!

Namun berdasarkan neraca apa yang kita guna untuk mendefinisikan power mereka itu..?

Adakah power mereka itu dinilai berdasarkan berapa banyak kereta yang rosak sepanjang demonstrasi…?


Berapa banyak cermin universiti yang pecah sepanjang demonstrasi…?

Berapa banyak student yang digantung pembelajaran dari universiti sebab lantang bersuara..?

Nasib angry bird tak belajar di U ^__^



Ya,
berdasarkan apa kita menilai rasional dan radikal kuasa mahasiswa itu…??

Mungkin kita merasakan STUDENT POWER itu baru wujud marcapada ini.
Silap saudara seaqidahku.

Adakah kita lupa universiti pertama yang telah menghasilkan GRADUAN yg sungguh POWER
Sehingga mahasiswa dari universiti tersebut boleh merempuh berjuang bermati-matian dalam jumlah mereka yang sekadar 313 sahaja
Bergadai nyawa bertarung sengit dengan 1000 kafir quraisy yang dahagakan darah dan dendam terhadap islam.
Mahasiswa-mahasiswa tersebut hanya berbekalkan senjata yang tidak seberapa
Kerana perperangan tersebut bukan sesuatu yang dijangka
Berperang dalam keadaan bulan ramadhan mereka yang pertama
Namun kmenangan milik mereka
SubhanALLAH sungguh POWER..!!



Itulah hasil tarbiyah yakni didikan dari universiti tarbiyah pertama di bumi Makkatul mukaramah
Bercanselorkan Rasulullah SAW sendiri
Qudwah hasanah
Pembawa rahmat ke sekalian alam.
Bermula di rumah Arkam bin Abi Arkam.
Yang pada mulanya jumlah pelajar hanyalah 40orang.
Namun hasil tarbiyah yang mantap berteraskan keimanan yang jitu.
Lahirlah sahabat2 yang menyongsong perjuangan islam sehingga Islam sendiri pernah menakluk 2/3 dunia.
SubhanALLAH STUDENT POWER…!!



Malah ALLAH SWT sendiri telah menyebut tentang STUDENT POWER ini di dalam al quran karim, beribu tahun lampau…




“Wahai orang-orang yang beriman..! Mahukah kamu AKU tunjukkan suatu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih..? Kamu berimanlah kepada ALLAH dan Rasul NYA dan berjihadlah di jalan ALLAH dengan harta dan jiwa mu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui.” (As saff:10-11)




Lihat, bagaimana ALLAH SWT mengajar kita untuk menghidupkan STUDENT POWER.

Ayat, “ berimanlah kepada ALLAH dan Rasul NYA”  menunjukkan bahawa segalanya perlu dimula dengan iman

Seterusnya ALLAH SWT mngatakan “dan berjihadlah di jalan ALLAH dengan harta dan jiwa mu” seterusnya jihad pula disebut..


Maka benarlah STUDENT POWER itu memang ada.
Dan kita sendiri diajar oleh ALLAH SWT bagaimana untuk mencetuskannya.
Ya semuanya bermula dengan iman.
Membuahkan perjuangan fisabilillah..



Namun persoalannya, 
apakah neraca kita untuk menilai rasional atau radikalnya kuasa mahasiswa ini..?

Adakah demonstrasi yang radikal itu satu tanda kejayaan kuasa mahasiswa..?

Adakah dengan menghina pemimpin itu satu tanda kejayaaan bagi STUDENT POWER..?

Demonstrasi MANSUH PTPTN






Pernah dalam satu pertemuan antara Rasulullah dan Sahabat berlakulah dialog yang lebih kurangnya begini:
Sahabat berkata kepada Rasulullah, “Wahai Rasulullah, apakah seorang yang berjuang kerana marahkan sesuatu puak itu dikatakan jihad fisabilillah?”


“Tidak. Itu tidak termasuk jihad fisabilillah.”



“Apakah seorang yang berjuang kerana tunjuk berani itu jihad fisabilillah?” tanya Sahabat lagi.



“Tidak,” jawab Rasulullah.



“Apakah berjuang fisabilillah itu berjihad kerana bangsa?”



“Bukan.”



“Kalau begitu, ya Rasulullah, apa itu jihad fisabilillah?”



“Berjihad fisabilillah itu ialah berjuang di jalan Allah untuk menegakkan kalimah Allah hingga menjadi tinggi.”






Kini kita melihat mahasiswa kita semakin hebat
Semakin berani mengatakan kehendak mereka
Ini petanda yang sangat mengembirakan.
Namun apa yang menyedihkan, ada segelintir pemuda yang bangkit menyuarakan kehendak dan pendapat mereka namun cara mereka mengatasi norma-norma kemanusian.

Lebih menyedihkan apabila wujud juga golongan mahasiswa yang bermati-matian memperjuangkan ideologi yang bertentangan dengan Islam itu sendiri.





Ya ALLAH,
Sangat dikesali apabila KEHEBATAN yang ada pada para PEMUDA mengalir pada bendang yang salah. Hasilnya di tuai dan diraih oleh musuh. Sedangkan ummah terus terpinga melopong menunggu kebangkitan khalifah.

STUDENT POWER
KUASA MAHASISWA



Mari kita menyingkap kembali sejarah beberapa kurun dahulu.
Semasa peperangan ISLAM dengan tentera ROM.
Dan tentera Islam telah memperoleh kejayaan dalam peperangan tersebut

Oo mungkin anda tidak merasakan ada yang istimewa di sana.
Adakah anda tahu, ketika itu, kemenangan tentera Islam ke atas tentera ROM adalah seperti diibaratkan di zaman ini… tentera Afrika berjaya mengalahkan tentera Amerika yang kita gelar sebagai polis dunia pada zaman kita.
subhanAllah, STUDENT POWER.!

Dan perlu juga kita lihat siapa yang memimpin STUDENT POWER tersebut.


"Kerana tsunami yang hebat terhasil dari gegaran bumi yang hebat juga"



Nabi SAW telah memilih Usamah bin Zaid untuk menjadi panglima perang ketika itu.
Adakah anda masih ingat ketika itu Usamah berusia berapa tahun?

25 tahun
30 tahun
Ooo mungkin 40 tahun kerana tidak kan mungkin Nabi SAW memerintahkan orang muda untuk mengetuai peperangan sehebat itu.
Sedangkan dalam saff perang tersebut terdapat sahabat-sahabat kabir, seperti Abu bakar, Umar al Khatab, Sa’ad bin Abi Waqas, Abu Ubaidah bin Jarrah dan sahabat-sahabat baginda yang lain…

Ya, betul…
Betullah yang anda silap.
Haaa ketika itu Usamah bin Zaid hanya berusia 19 tahun..
Ya 19 tahun.
Sekali lagi saudara, 19 tahun sahaja..
SubhanALLAH , STUDENT POWER..!
Ini lah salah seorang mahasiswa hasil tarbiyah di universiti pertama generasi al quran karim.



Siapa lagi,
Sang penakluk kota Konstantine
Mengetuai hampir 200 000 angkatan tentera
Sedangkan Sultan Muhammad al Fateh yang hebat itu baru mencecah usia
24 tahun.



Lebih saya tersentuh bila mengenang semula tokoh pembinaan manusia

Imam syahid Hassan Al banna.










Di mana ketika beliau berusia belasan tahun
Beliau pernah berjumpa dengan beberapa sarjana Islam di Universiti Al Azhar lalu menyuarakan kebimbingannya mengenai kejatuhan Khilafah.
Akhirnya beliau dihalau kerana mereka merasakan Imam al Banna terlalu muda untuk membincangkan isu itu dengan mereka di waktu tersebut.

Akhirnya di usia 23 tahun, 
Imam Hasan Al Banna telah menubuhkan jamaah yang sangat hebat yakni Ikhwan Muslimin di Ismailiyah, Mesir.
Walaupun beliau kembali bertemu SANG KEKASIH nya sewaktu berusia 40 tahun, namun rentetan perjuangannya terus bersambung sehingga kini.


Calon IM bagi Pilihanraya Mesir 2012, Dr Mohd Morsi



Resolusi “DIALOG STUDENT POWER: RASIONAL ATAU RADIKAL”:

1. Menjadikan al-Quran dan As-Sunnah sebagai sumber dan neraca utama dalam menilai dan mengambil tindakan sesuatu perkara.

2. Gerakan mahasiswa Islam perlu bersatu dan bersepakat dalam mengembalikan era kegemilangan mahasiswa untuk memartabatkan agenda Islam.

3. Mengembalikan nafas baru Student Power dengan bersikap profesional dan responsif terhadap sesuatu isu, sesuai dengan mahasiswa yang memiliki nilai intelektual yang tinggi.

4. Mengembalikan jatidiri mahasiswa dengan kefahaman Islam yang sebenar-benarnya dan mempunyai matlamat untuk berjaya di dunia dan akhirat melalui pelbagai program pembangunan jatidiri.

5. Menyedarkan mahasiswa terhadap tanggungjawab mereka untuk memberi sumbangan kepada masyarakat agama dan negara dan peka mengenai isu-isu semasa berlaku di dalam dan luar negara.

6. Menolak segala bentuk ancaman yang menjadi punca kelesuan mahasiswa termasuk budaya hedonisme yang melampau, arus liberalisme dan sifat individu dikalangan mahasiswa.

 7. Gabungan gerakan mahasiswa Islam perlulah mengambil langkah ke hadapan untuk mengetuai mahasiswa secara keseluruhannya dan berhati-hati agar tidak dipengaruhi oleh gerakan yang membawa fahaman liberal dan songsang. 






Seinfiniti penghargaan kepada penganjur dialog tersebut. 
Semoga PEMBINA terus maju dengan nama ALLAH SWT dalam “MENERAJU ARUS MAHASISWA”


Bila dilihat kesungguhan aktivis NGO ini, saya sungguh tersentuh. Kerana setiap kali program saya pasti dapat melihat kesungguhan setiap dari mereka, sedangkan tiada pun di janjikan wang, sijil atau apa balasan. Namun saya yakin mereka sungguh komited dalam kerja itu kerana yakin dengan jual beli mereka bersama ALLAH azza wajalla di dalam surah as Saff ayat 10 hingga 11.

Teruskan membina umat beragenda..!!

Saya yakin dalam tempoh beberapa tahun sahaja PEMBINA akan menjadi NGO yang sangat berpengaruh dalam membawa suara islam di Malaysia insyaAllah.

Walaupun saya sememangnya ahli PEMBINA berdaftar, namun kata-kata di atas bukanlah keluar kerana baiah saya kepada jamaah ini tetapi ia lahir dari hati seorang hamba yang rindu melihat Islam kembali dijulang menjadi ustaziatul a’lam.

Wallahua’lam, semoga anda dan insan-insan di sekeliling anda di payungi rahmat dan kasih sayang NYA sentiasa. Salam sekencang tarbiyah, semantap dakwah..!




Thursday, 17 May 2012

Mampukah CINTA berpisah dgn RINDU...?





Salam sekencang kerinduanku buat saudara seaqidah sekalian,
Khusus salam kerinduan ini buat sahabat-sahabat seperjuangan yang kini bertebaran di bumi Allah SWT.

Semoga segala urusan kalian dipermudah Illahi, walaupun jalan yang dipilih ini tidak berhamparkan permaidani merah dan kuntuman mawar yang mewangi.
Namun..
teruskanlah langkah menapak duri dan badai 
kerana yakinlah wahai saudara ku,
janji yang kita ikrarkan bersama membawa kepada mahar sejati. 

Mahar CINTA ILLAHI. 

Buat dibeli taman Firdausi. 

Taman indah yang kita janjikan untuk bertemu bercanda bersama SANG KEKASIH kita buat selamanya di sana nanti..







Saudara seaqidah ku sekalian,
Sesungguhnya bingkisan kali ini ku catatkan dengan titisan air mata...

Sakit dan
pedihnya hati seorang perindu..
Sungguh..
kerana alangkah beratnya menanggung beban rindu ini....


..............................................................................



Izinkan saya menggunakan panggilan akhawat, kerana sesungguhnya tulisan ini saya tujukan khusus buat akhawat saya yang sangat saya sayangi kerana ALLAH SWT…

Akhawat…masihkah kalian ingat daurah kita tentang 
“WANITA SOLEHAH & CINTA ILLAHI”…?
Apakah ciri wanita solehah di mata ALLAH…?
Apakah yang engkau ungkapkan sebagai cinta ILLAHI itu…?

Sesungguhnya seorang muslimah tidak dapat dipisahkan dengan CINTA ILLAHI.


Kerana iman itu CINTAnya.


Kerana taqwa itu CINTAnya.


Jihad itu bukti CINTAnya.


Dan zikir itu RINDUnya….


Akhawat…
bila kita mencintai seseorang.
Semestinya kita sentiasa mengingatinya.

Seorang suami yang mencintai isterinya, mampu melupakan seketika wajah isterinya di siang hari.
Atas kesibukan tugas, sang suami itu mampu menepis rindu yang membara kepada isterinya.

Namun....
apabila sang suami ingin melelapkan mata,
pasti wajah isteri tercinta yang akan bermain dan berlegar di ingatan. 


Di sana baru rindu yang terpendam bersuara. 
Sehingga ada segelintir kaum adam yang mampu menitiskan air mata apabila mengenang isteri tercinta yang jauh di mata....









Namun akhawat…
jiwa kita dan kaum adam, sangat berbeza.

Ya mungkin seorang suami mampu menitiskan air mata sekali sahaja dalam sehari apabila dicengkam kerinduan kepada isteri tercinta.

Tetapi, bagi seorang hawa..yang jiwa dan fitrahnya sentiasa sarat dengan rasa dan cinta…


Seorang isteri mampu menitiskan air mata sepanjang hari apabila dicengkam kerinduan kepada suami tercinta yang jauh di mata.




Sehariannya akan dilanda risau.

Dan tidak keruan.


Wajah yang di rindu sentiasa di depan matanya.


Hatinya sentiasa diselubungi rasa rindu.


Dalam kesendirian, hati itu terbang melampaui batas dan waktu.....





Akhawat….dan itulah yang diriku rasakan kini.

Titisan air mata terus-terus membasahi pipi ku dari awal tulisan hingga kini.





subhanAllah…mampukah cinta berpisah dengan rindu…?
Sekali lagi akhawat, jawaplah pertanyaan ku ini..



Mampukah cinta berpisah dengan rindu…?









Sentiasa diri ini tertanya-tanya..




“adakah si dia juga merindui ku…?”


“adakah si dia juga sedang mengingati ku..?”

“betapa hebatkah cinta si dia terhadap ku…?”








“adakah cintanya melebihi cinta ku terhadapnya..?”





“adakah dia juga tertanya-tanya tentang diri ku, sebagaimana aku juga tertanya-tanya tentang dirinya…??”

…………..............









“Dan apabila hamba-hamba KU bertanya kepada mu tentang AKU, maka (jawablah) bahawasanya AKU dekat. AKU memakbulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada KU…”
 (Al Baqarah : 186)






Bila para perindu bergetar jiwanya mencari jawapan,
            Bila para perindu mengharapkan luka-luka di jiwa ini hilang,
                              Bila para perindu ini semakin gelisah meniti pencarian…
                                                    Ku jumpa bunga-bunga mawar di balik lopak kehidupan..





“Apabila seorang hamba mengingati ALLAH dalam dirinya maka ALLAH akan mengingati hamba itu dalam diri NYA pula. Apabila seorang hamba mengingati ALLAH dalam kelompok yang ramai, maka ALLAH akan mengingati hamba NYA dalam kelompok yang lebih ramai lagi..”
( HR Bukhari Muslim)





Wahai akhawat sekalian, demi ALLAH.
Kita tidak dapat menandingi KERINDUAN SANG KEKASIH kita terhadap setiap hamba NYA.
Andai kehangatan tangis itu atas dasar CINTA ILLAHI,
Ketahuilah wahai sang hati.. sesungguhnya SI DIA lebih bergetar dan dahsyat CINTA NYA terhadap diri mu…

Lahaulawala kuata illabillah….siapalah kita…?
Siapalah kita yang hina ini…?
Yang terus-terus lalai saban masa dalam merindui NYA…

Sedangkan SI DIA…


“jika hamba KU mendekati ku sejengkal, AKU akan mendekatinya sehasta…. Dan jika dia mendekati KU sehasta, AKU akan mendekati nya sedepa… dan jika dia mendatangi KU dengan berjalan, AKU akan mendatanginya dengan cara berlari…
(hadith riwayat Tarmidzi)




Apalah perlu ALLAH YANG MAHA KAYA itu untuk berlari ke arah kita…?
Sekali lagi saudara, fikirlah dengan hati mu…hayatilah hadith di atas dengan jiwa nurani mu..
Tidakkah bergetar perasaan mu…
Saya lihat jiwa mu masih kosong.
Kemana CINTA mu wahai saudara seaqidah ku..?
Sedangkan SI DIA sanggup berlari ke arah mu. Ya ke arah mu..
Sedangkan kita bukannya siapa-siapa…!!
subhanAllah.......

....................................



Itulah CINTA saudaraku…
Apa yang mengikat kita dengan NYA
Bukanlah tali hamba dan tuan
Bukanlah tali rakyat kepada pemerintah
Tetapi TALI CINTA

Lihatlah, siapa yang lebih mencintai siapa..?
Adakah wujud tuan di atas muka bumi ini yang lebih mencintai hambanya..?
Bukankah itu sesuatu yang ganjil dan pelik.
Tetapi tidak pada ALLAH SWT yang sememangnya PEMILIK SEGALA CINTA.,

subhanAllah……benarlah, cinta NYA adalah hidup kita…
teruslah merasai cinta itu..
wahai akhawat yang sangat ku sayangi kerana ALLAH…
andai engkau mampu menangis mengenang hebatnya CINTA NYA terhadap diri mu..
menangislah..


menangislah wahai perindu sejati….



Demi ALLAH, tidak akan mampu engkau memisahkan cinta dengan rindu..
Biarlah rindu mu terhadap NYA terus membara.


Biarlah hati mu terus terbang melampaui batas dan waktu.


Biarlah hati mu terus diselimuti rindu, hangat dan bergelora…


Dan…iringilah rindu dendam itu dengan zikrul mahabbah…
Zikir yang penuh rindu dan getaran cinta.
Rindu seorang hamba untuk mendapatkan kasih dan sayang RABB nya..





“Hai orang-orang yang beriman, berzikirlah  (dengan menyebut nama ) ALLAH, zikir yang sebanyak-banyaknya. Dan bertasbihlah kepada NYA di waktu pagi dan petang.”
(Al Ahzab : 41-42)

Hadirkan dirimu dalam keheningan malam..
Waktu berdua dengan NYA
Mampukah engkau bercermin pada permukaan air yang deras dan keruh..??

Engkau hanya mampu menangkap bayangan wajahmu di atas permukaan air yang tenang dan bening.
Maka, dalam kesunyian malam, bangunlah wahai para perindu.
Alunkan zikir mahabbah mu..
Zikir yang penuh rindu dan gelora cinta.
Selaklah tirai kemalasan yang selama ini merobek jiwa mu.
Bangkitlah berdua dengan NYA
Bermesralah dengan penuh cemas tetapi rindu..






“Dan sebutlah nama TUHAN mu pada pagi dan petang. Dan sebahagian dari malam, maka sujudlah kepada NYA pada bahagian yang panjang di malam hari.”
(Al insan: 25-26)




...............................................


Akhawat…tidakkan mampu engkau memisahkan cinta dengan rindu.
Maka, ekspresikanlah rindu itu dengan zikir.

Orang yang berzikir, hakikatnya sedang mempamerkan keghairahan rindu yang melangit, dan pengharapan menggunung serta suasana batin yang memuncak..!!



Ingatlah akhawatku sayang,
Sehebat mana engkau merindui SI DIA,
Hebat lagi rindu NYA pada mu.
Dan..
Siapa yang merindu,
Pasti dirindu…

“Kerana itu, ingatlah kepada KU, nescaya AKU ingat (pula) kepada mu, dan bersyukurlah pada KU dan janganlah kamu mengingkari (nikmat) KU “
(Al Baqarah : 152)








Selamat bercinta dengan NYA wahai akhawat ku sayang~~~~