Thursday, 17 May 2012

Mampukah CINTA berpisah dgn RINDU...?





Salam sekencang kerinduanku buat saudara seaqidah sekalian,
Khusus salam kerinduan ini buat sahabat-sahabat seperjuangan yang kini bertebaran di bumi Allah SWT.

Semoga segala urusan kalian dipermudah Illahi, walaupun jalan yang dipilih ini tidak berhamparkan permaidani merah dan kuntuman mawar yang mewangi.
Namun..
teruskanlah langkah menapak duri dan badai 
kerana yakinlah wahai saudara ku,
janji yang kita ikrarkan bersama membawa kepada mahar sejati. 

Mahar CINTA ILLAHI. 

Buat dibeli taman Firdausi. 

Taman indah yang kita janjikan untuk bertemu bercanda bersama SANG KEKASIH kita buat selamanya di sana nanti..







Saudara seaqidah ku sekalian,
Sesungguhnya bingkisan kali ini ku catatkan dengan titisan air mata...

Sakit dan
pedihnya hati seorang perindu..
Sungguh..
kerana alangkah beratnya menanggung beban rindu ini....


..............................................................................



Izinkan saya menggunakan panggilan akhawat, kerana sesungguhnya tulisan ini saya tujukan khusus buat akhawat saya yang sangat saya sayangi kerana ALLAH SWT…

Akhawat…masihkah kalian ingat daurah kita tentang 
“WANITA SOLEHAH & CINTA ILLAHI”…?
Apakah ciri wanita solehah di mata ALLAH…?
Apakah yang engkau ungkapkan sebagai cinta ILLAHI itu…?

Sesungguhnya seorang muslimah tidak dapat dipisahkan dengan CINTA ILLAHI.


Kerana iman itu CINTAnya.


Kerana taqwa itu CINTAnya.


Jihad itu bukti CINTAnya.


Dan zikir itu RINDUnya….


Akhawat…
bila kita mencintai seseorang.
Semestinya kita sentiasa mengingatinya.

Seorang suami yang mencintai isterinya, mampu melupakan seketika wajah isterinya di siang hari.
Atas kesibukan tugas, sang suami itu mampu menepis rindu yang membara kepada isterinya.

Namun....
apabila sang suami ingin melelapkan mata,
pasti wajah isteri tercinta yang akan bermain dan berlegar di ingatan. 


Di sana baru rindu yang terpendam bersuara. 
Sehingga ada segelintir kaum adam yang mampu menitiskan air mata apabila mengenang isteri tercinta yang jauh di mata....









Namun akhawat…
jiwa kita dan kaum adam, sangat berbeza.

Ya mungkin seorang suami mampu menitiskan air mata sekali sahaja dalam sehari apabila dicengkam kerinduan kepada isteri tercinta.

Tetapi, bagi seorang hawa..yang jiwa dan fitrahnya sentiasa sarat dengan rasa dan cinta…


Seorang isteri mampu menitiskan air mata sepanjang hari apabila dicengkam kerinduan kepada suami tercinta yang jauh di mata.




Sehariannya akan dilanda risau.

Dan tidak keruan.


Wajah yang di rindu sentiasa di depan matanya.


Hatinya sentiasa diselubungi rasa rindu.


Dalam kesendirian, hati itu terbang melampaui batas dan waktu.....





Akhawat….dan itulah yang diriku rasakan kini.

Titisan air mata terus-terus membasahi pipi ku dari awal tulisan hingga kini.





subhanAllah…mampukah cinta berpisah dengan rindu…?
Sekali lagi akhawat, jawaplah pertanyaan ku ini..



Mampukah cinta berpisah dengan rindu…?









Sentiasa diri ini tertanya-tanya..




“adakah si dia juga merindui ku…?”


“adakah si dia juga sedang mengingati ku..?”

“betapa hebatkah cinta si dia terhadap ku…?”








“adakah cintanya melebihi cinta ku terhadapnya..?”





“adakah dia juga tertanya-tanya tentang diri ku, sebagaimana aku juga tertanya-tanya tentang dirinya…??”

…………..............









“Dan apabila hamba-hamba KU bertanya kepada mu tentang AKU, maka (jawablah) bahawasanya AKU dekat. AKU memakbulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada KU…”
 (Al Baqarah : 186)






Bila para perindu bergetar jiwanya mencari jawapan,
            Bila para perindu mengharapkan luka-luka di jiwa ini hilang,
                              Bila para perindu ini semakin gelisah meniti pencarian…
                                                    Ku jumpa bunga-bunga mawar di balik lopak kehidupan..





“Apabila seorang hamba mengingati ALLAH dalam dirinya maka ALLAH akan mengingati hamba itu dalam diri NYA pula. Apabila seorang hamba mengingati ALLAH dalam kelompok yang ramai, maka ALLAH akan mengingati hamba NYA dalam kelompok yang lebih ramai lagi..”
( HR Bukhari Muslim)





Wahai akhawat sekalian, demi ALLAH.
Kita tidak dapat menandingi KERINDUAN SANG KEKASIH kita terhadap setiap hamba NYA.
Andai kehangatan tangis itu atas dasar CINTA ILLAHI,
Ketahuilah wahai sang hati.. sesungguhnya SI DIA lebih bergetar dan dahsyat CINTA NYA terhadap diri mu…

Lahaulawala kuata illabillah….siapalah kita…?
Siapalah kita yang hina ini…?
Yang terus-terus lalai saban masa dalam merindui NYA…

Sedangkan SI DIA…


“jika hamba KU mendekati ku sejengkal, AKU akan mendekatinya sehasta…. Dan jika dia mendekati KU sehasta, AKU akan mendekati nya sedepa… dan jika dia mendatangi KU dengan berjalan, AKU akan mendatanginya dengan cara berlari…
(hadith riwayat Tarmidzi)




Apalah perlu ALLAH YANG MAHA KAYA itu untuk berlari ke arah kita…?
Sekali lagi saudara, fikirlah dengan hati mu…hayatilah hadith di atas dengan jiwa nurani mu..
Tidakkah bergetar perasaan mu…
Saya lihat jiwa mu masih kosong.
Kemana CINTA mu wahai saudara seaqidah ku..?
Sedangkan SI DIA sanggup berlari ke arah mu. Ya ke arah mu..
Sedangkan kita bukannya siapa-siapa…!!
subhanAllah.......

....................................



Itulah CINTA saudaraku…
Apa yang mengikat kita dengan NYA
Bukanlah tali hamba dan tuan
Bukanlah tali rakyat kepada pemerintah
Tetapi TALI CINTA

Lihatlah, siapa yang lebih mencintai siapa..?
Adakah wujud tuan di atas muka bumi ini yang lebih mencintai hambanya..?
Bukankah itu sesuatu yang ganjil dan pelik.
Tetapi tidak pada ALLAH SWT yang sememangnya PEMILIK SEGALA CINTA.,

subhanAllah……benarlah, cinta NYA adalah hidup kita…
teruslah merasai cinta itu..
wahai akhawat yang sangat ku sayangi kerana ALLAH…
andai engkau mampu menangis mengenang hebatnya CINTA NYA terhadap diri mu..
menangislah..


menangislah wahai perindu sejati….



Demi ALLAH, tidak akan mampu engkau memisahkan cinta dengan rindu..
Biarlah rindu mu terhadap NYA terus membara.


Biarlah hati mu terus terbang melampaui batas dan waktu.


Biarlah hati mu terus diselimuti rindu, hangat dan bergelora…


Dan…iringilah rindu dendam itu dengan zikrul mahabbah…
Zikir yang penuh rindu dan getaran cinta.
Rindu seorang hamba untuk mendapatkan kasih dan sayang RABB nya..





“Hai orang-orang yang beriman, berzikirlah  (dengan menyebut nama ) ALLAH, zikir yang sebanyak-banyaknya. Dan bertasbihlah kepada NYA di waktu pagi dan petang.”
(Al Ahzab : 41-42)

Hadirkan dirimu dalam keheningan malam..
Waktu berdua dengan NYA
Mampukah engkau bercermin pada permukaan air yang deras dan keruh..??

Engkau hanya mampu menangkap bayangan wajahmu di atas permukaan air yang tenang dan bening.
Maka, dalam kesunyian malam, bangunlah wahai para perindu.
Alunkan zikir mahabbah mu..
Zikir yang penuh rindu dan gelora cinta.
Selaklah tirai kemalasan yang selama ini merobek jiwa mu.
Bangkitlah berdua dengan NYA
Bermesralah dengan penuh cemas tetapi rindu..






“Dan sebutlah nama TUHAN mu pada pagi dan petang. Dan sebahagian dari malam, maka sujudlah kepada NYA pada bahagian yang panjang di malam hari.”
(Al insan: 25-26)




...............................................


Akhawat…tidakkan mampu engkau memisahkan cinta dengan rindu.
Maka, ekspresikanlah rindu itu dengan zikir.

Orang yang berzikir, hakikatnya sedang mempamerkan keghairahan rindu yang melangit, dan pengharapan menggunung serta suasana batin yang memuncak..!!



Ingatlah akhawatku sayang,
Sehebat mana engkau merindui SI DIA,
Hebat lagi rindu NYA pada mu.
Dan..
Siapa yang merindu,
Pasti dirindu…

“Kerana itu, ingatlah kepada KU, nescaya AKU ingat (pula) kepada mu, dan bersyukurlah pada KU dan janganlah kamu mengingkari (nikmat) KU “
(Al Baqarah : 152)








Selamat bercinta dengan NYA wahai akhawat ku sayang~~~~



Wednesday, 29 February 2012

Demi ALLAH, JANGAN JADI MACAM SAYA...

bila terkenang semula jahiliah ku

Salam kerinduan buat sekalian saudara seaqidah ku yang sangat ku cintai kerana ALLAH SWT...


Pena tanpa dakwat ini kembali beraksi..
Lantaran terketuknya iman
mencoret ingatan buat diri sendiri.
Dan sahabat-sahabat perjuangan
di akhir zaman ini..


Bukan ingin membuka aib sendiri..


Cuma ingin berkongsi..
Bersama mengambil ibrah dari kisah hidup ku ini..


Agar tidak menjadi rugi,
seperti si penulis ini~~~


(maaf atas kesalahan tatabahasa dan sebagai nya. Kerana tulisan yg akan anda baca seterus nya ini merupakan penulisan saya 2 tahun yang lepas. Sengaja saya tidak mahu membetulkannya demi untuk MEMBERI SEMANGAT KEPADA SAUDARA SEPERJUANGAN YG INGIN BERDAKWAH MELALUI PENULISAN, NAMUN BELUM ADA KEKUATAN UNTUK MEMULAKAN. InsyaAllah saya yakin kalian mampu..!!)




............................................


JANGAN JADI MACAM SAYA…!!

HUJAN RAHMAT DAN HIDAYAH.
“Balik ni aku nak salam abah n aku nak peluk, cium dia..aku nak ckp yg aku sayaaaaang sgt2 kat abah..!! lantak lah org nak ckp ape, aku tak peduli…aku nak tunjukkan yg aku betul2 SAYANG kn abah… lau dgn mak aku leh peluk cium, tapi nape dgn abah aku tak boleh..?? ala pah ko boleh lah..!! malu..?? laa nak malu ape pah…??? Bukan nye berdosa pun lau tunjukkan kasih syg kat mak ayah…. Lagi dapat pahala ade lah.”


Fuh..!!
memang berkobar kobar semangat aku time tu.Yela baru abis kem ibadah la kata kn haa.. 

Alhamdulillah macam2 yg aku dpt sepanjang program 3 hari 2 malam tu.berFASI kan pemuda pemudi DQ (Darul Quran). Memang terasa yg jiwa aku ni sgt2 terisi n kenyang, tinggal nak di hadam je hee.
Mata aku yg memang semulajadi nye sembab, kini menjadi berganda ganda sembab nye. N aku rasa aku kne banyakkan mengambil skyjus coz badan aku skrg da kekurangan liquid (sepanjang kem asyik menangis jew huhu tu lah dosa bertimbun). 

Aduyai aku memang tersgt sgt respect dgn pihak sekolah coz anjur kan program ni masa kami form5. Tindakan yg sgt bijak..!! coz skrg kami rasa nak jadi SENIOR2 yg BERKEPIMPINAN n BERTANGGUNGJAWAB huhu..

Tumbs up 4 SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG..!!!


BUMI TARBIYAH ku yg pertama



N aku pahat kan di lubuk hati aku yg

PEMILIK CINTAKU SELEPAS ALLAH N RASUL HANYA LAH MAK DAN ABAH AKU….

Teguh kan langkah mujahidah MU ini ya Rabb….
















Masya Allah..nape lah pah ni ‘pandai’ sgt..!!!
Pah…..pah!!! 
azam tinggal azam je. Konon je lah ko pah..! 
kata nak peluk n cium abah lepas salam dia…nak ckp I luv u konon, mana ada..!! 

da brape kali ko balik, tak penah pun nak buat huh…!! Aku kecewa dgn ko pah…………………!!!

Astaghfirullah, kenapa lah hati hamba MU ini sgt3 keras ya Allah….
Ya Latif, ya Latif, ya Latif…..
 Lembut kan lah hati ku ini…..
 astaghfirullah hal a’zim……..






                           Mengapakah sukar
 Menyusun bicara

Meluahkan rasa
Menuturkan sayang

Kasih yg terlimpah
Hanya lah sekadar tingkah

Ungkapan penuh kebisuan yg diselindungkan
KALIMAH RAHSIA


Ya Allah, ampuni hamba MU ya Allah.
Aku masih belum ada kekuatan ya Allah. Beri lah aku sedikit masa lagi ya Rahman.
Lembut kan hati ini ya Latif. 

Abah, maaf kan anak mu ini abah. Mungkin dosa2 lampau ku telah membuat kan lidah ku berat untuk menuturkan kata sayang dan cinta pada mu… astaghfirullah…

Kekal kan aku di jalan jihad MU ya Rabb…
















ABAH SAKIT TENAT..
“Dulu saya dah sarankan dekat pakcik supaya operate, buang kanser kat usus tu. Tapi pakcik taknak. Saya tahu pakcik taknak susah coz lepas operation tu dia kene pakai tube. Tapi sekarang kita dah tak boleh nak buat apa dah coz kanser tu dah merebak ke hati.” 

Dengan telitinya aku n kak ami dengar penjelasan doctor.

Hari tu kami bawak abah pegi hospital coz dah brape hari dia lansung tak selera makan. N abah ngadu yg perut dia keras semacam. 
Mendukacitakan coz rupa2 nya kanser tu dah merebak ke hati….



“Sekarang apa yg pakcik nak…kamu adik beradik bagi aje lah…” 

aku pelik, apa yg doktor nak ckp ni sebenar nya. Agak nya…astaghfirullah, tolonglah jangan ucapkan kata2 tu doktor…ya Allah..kuat kan iman ku ya Allah.


“Pakcik tu dah tak lama..” 

Astaghfirullah…!! astaghfirullah hal a’zim….


“Saya tak berani nak cakap, tapi saya agak kurang daripada 6 bulan.”

Ya Allah..!! 
aku tak sanggup ya Allah…!!! 

Astaghfirullah hal a’zim… astaghfirullah..
 ]aku tahu ya Allah, segalanya milik mutlak MU….ya Allah…..
genggam lah erat hati ku ya Allah…!! 


Berita tu kami rahsia kan drpd mak n abah…
.



..............................


 “ya Allah…ampuni dosa kedua ibu bapa ku.
Rahmati dan Kasihanilah mereka sbagai mana mereka
mengasihi ku semasa kecil.

Ya Allah…
sesungguh nya Engkau Maha Mendengar,
Maha Melihat,
Maha Mengetahui..

Hanya pada Mu aku meminta ya Allah..

beri lah kekuatan
kepada ayahanda ku yg tercinta
untuk menempuhi ujian
dari Mu..


beri lah
apa yg
Terbaik buat nya..


beri lah
apa yg
Terbaik buat nya..



beri lah ya Allah
apa
yg
TERBAIK
buat nya…

amiin ya Rabbal a’lamin..”
Aku tahu dan aku yakin.. ujian ini merupakan tanda2 kerinduan Allah SWT untuk mendengar tangisan, luahan dan doa2 ku….Syukran ya Rahman~







KESEMPATAN DARI ILLAHI.
Di suatu petang yg hening hu~
Lokasi: di secebis tanah d bumi Allah

Watak utama: muslimah dlm dilema

Selebriti jemputan: minah tak paham bahasa



“laa awat hang tolak tawaran matrik. Bazir je. Berpuluh puluh ribu org berebut nak masuk sana, yg hang mentah2 tolak.. haaiii, pape tah hang ni. Wat penat je hang pulun abih mse SPM hari tu.”



“ko tak paham laa..”



“a’ah memang aku tak paham. Tawaran UPU pun hang tolak. Padahal hang dpt 1st choice hang. Pah, pah…ape yg hang nak sbenar nye..??”

“emm pape je lah..janji Allah paham..






Firman Allah SWT, mafhum nya:
“Tiap tiap yang bernyawa pasti akan merasai mati…”
(Ali Imran:185)







Selama ni aku tak penah spend time dgn abah aku. 
Lau borak pun juz borak pasal bende2 penting je. Emm biar lah aku tangguh kan dulu study aku. Bila lagi aku nak jadi anak solehah..??



Pejam....

          Celik…
Pejam…

          Celik…



Fuh, seminggu dah berlalu…
6 bulan tu bukan nye lama…

Tak lama lagi abah aku dah nak pergi buat selamanya…


Tapi….
Tapi nape hati aku ni still keras…??!!astaghfirullah..
Nape aku still ego nak ckp yg aku sayang kan dia…?? Astaghfirullah..
Nape aku ni sombong sgt tok peluk n cium dia..??? astaghfirullah hal a’zim…
Nape…??
Nape pah..???!!!
Guna kan lah kesempatan yg masih Allah bagi ni…










AKU DAPAT PELUK N CIUM ABAH..!!
Dua minggu dah berlalu…
takpe masih ade masa lagi… rilex ar dlu, cari kekuatan(huh poyo je ayat, pah ni tak ingat ke yg ajal maut tu di tgn Tuhan..??)



“abah..abah nak makan ape hari ni..??”

pertanyaan dari anak yg baru nak belajar jadi anak solehah.



“emm..tak tahu la..abah takde selera lah nak makan.”

Tak selera makan merupakan symptom2 org yg mengidap kanser, k takpe2…


“org beli kan abah MacD nak…??”

soalan cepu mas hak3 coz abah aku mne penah makan MacD. KFC, Piza Hut ,MacD tu smue mne penah ade dalam menu hidup abah aku.


“boleh jugak..” 

uh…terkejutz aku!! cam tak pecaya…
Tak kesah lah janji abah aku epi… lau abah epi, berkali kali ganda aku epi he3..!!!



“bah…tak elok tau kalau asyik baring je. Meh org urut kan badan abah ye..”  

sedang berusaha menjadi anak solehah hu~
selama ni tangan abah yg selalu urut badan anak2 dia. Sekarang dia dah lain sangat..
 Dah lemah….
 badan dia kurus sangat…dah takde isi dah…
sedih…
hati aku sakit…!!
hati aku tak tahan tengok abah aku macam ni..subhanAllah……….

ya Allah, tunjukkan lah aku jalan untuk menempuhi semua ini…
tiba-tiba...




“sharifah…amek kan abah selimut panjang….”


“selimut panjang…??? Nak buat ape bah..??”


“abah nak selimut kan badan abah...dari kepala sampai kaki..”


“……………………………???”


“yela bah, nanti org amek kan ye..” anak solehah kene lah taat perintah.


Ya Allah.
Ya Tuhan ku,

Bantu lah aku ya Allah,

Beri lah hamba Mu ini sedikit masa lagi ya Rahman….


Malam tu, sebelum abah masuk tido. Dia pandang ke arah ku, aku balas pandangan nya. Masih segar di ingatan ku senyuman yg terukir di bibir nya. Sungguh menyenang kan. Aku gembira melihat dia tersenyum. Aku dapat rasa kan yg sekarang aku sudah mempunyai kekuatan yg jitu untuk melafaz kan kalimah SAYANG dan CINTA pada nya…
Ok…!!
Esok aku cakap..!!! insyaAllah..





















TARIKH: 25hb OCT 2009, AHAD

WAKTU: 7.30 a.m.

WATAK UTAMA: ABDUL SAMAD B. ABDUL MULOK (abah)

TETAMU YG TIDAK DI UNDANG: IZRAIL
“Abah dah takde..!!!!” subhanAllah..!!! betul ke ape yg aku dengar 
ni..!!! ya Allah, takkan secepat ni..!!!! astaghfirullah hal a’zim, abah………….
Abah………
…………………………………………………………………………………………………………………………………


Mata ku menjadi saksi..
Di atas katil itu,

Sekujur badan kaku mengadap kiblat..

Sepasang tangan sedang erat qiam..

Masih hangat tubuh itu…


“Abah masih ade la.!!” jerit hati ku..

“abah..???”

“abah..??” kenapa abah taknak menyahut ni..???



Tolonglah bah….org ada benda nak bagitahu abah…

Janganlah abah pergi dulu…

Ku lihat air mata berlinangan di kelopak mata nya..
Terbukti..
Terbukti lah PERIT nya SAKARATUL MAUT itu..!!



Ternyata Izrail telah menjemput nya..
..............








Sabda Rasulullah SAW, mafhumnya:


“Tujuh golongan yang pahalanya mengalir walaupun mereka telah mati dan berada di dalam kubur:
·       Guru yang mengajarkan ilmunya
·       Orang yang membuat sungai
·       Menggali sumur
·       Menanam pohon kurma
·       Membangun masjid
·       Mewariskan al Quran
·       Meninggalkan anak soleh yang selalu beristighfar baginya setelah mati





Pantasnya masa berlalu..segalanya bagaikan mimpi. Ruang tamu ku kini di penuhi puluhan umat manusia. Yang sedang siap sedia untuk menyembahyangkan jenazah abah ku.
Kami adik beradik di suruh maju ke depan untuk memberikan penghormatan yang terakhir…




Abah

Dengarlah isi hati anak mu ini
Sayu
Pedih
Hiba
Sedih
Melihat kau terbaring sendirian di sini



Abah
Izinkan aku mencium pipi mu

Maafkan anak mu bah
Selama ini aku terlalu sombong..!!
sombong untuk mencium pipi mu
Sehingga kulit mu sejuk lesu begini
Baru aku mahu menunjukkan rasa cinta ku pada mu



Abah
Izinkan aku memeluk erat tubuh mu
Maafkan anakmu bah
Aku terlalu ego..!!
Ego untuk mempamerkan rasa sayang ini pada mu
Sehingga tubuh mu kaku berselimut kafan begini


Abah
Izin kan aku mengenggam tangan mu
Yang sedang erat berqiam itu


Ampuni anak mu bah

Ampuni dosa2 ku bah



Abah
Hati ku sayu bah
Mengenangkan yang kau akan
Bersendirian
Di alam baru

Ingin sekali aku
Menemani mu
Sebenar benar nya aku terlalu SAYANG pd mu..!!


Abah
Izinkan aku mengusap ubun ubun mu

Pesanan dari ku
“jaga diri ye bah”

“ya Allah
Rahmati perjalanan nya”

PERTEMUAN SETERUSNYA:::JANNAH~~



Akhirnya berjaya juga aku untuk memeluk, mencium dan menyatakan sayang ku pada abah…
Tapi..

Itulah kali pertama,
Dan..
Kali yg terakhir buat aku…

Jangan jadi macam aku..
Jangan..!!!
Aku merayu…tolonglah
Jangan………..


~3hb April 2010~
wsalam...